Sunday 29 December 2013

You're mine, only mine! BAB 21



Bab 21
            ‘Am. Bangunlah! Apa ni.’ Farisha menolak-nolak dada Armand dengan tangan halusnya. Tetapi sedikitpun tidak berganjak kedudukannya. Lemas aku kalau kena hempap macam ni lama-lama. Dia ni pun tak tahu ke yang badan berat macam batu. Lagi nak buat hal.
            ‘Ok, tapi dengan satu syarat.’ Armand tersenyum menampakkan kecacatan kroniknya.
            ‘Apa dia?’ tanya Farisha kurang sabar. Bukan apa, kalau boleh nak sangat si Pg ni bangun. Takdelah menyiksa aku terus.
            ‘Kiss me.’
            Ah, sudah. Datang dah gatal tak bertempat dia ni. Gila ke nak suruh aku kiss dia? no way! Disgusting! Pass! Syarat yang ni tak ley pakai la. Nak nayakan aku je kerja dia ni.
            ‘Syarat lain?’ Farisha mengerdipkan matanya. Bajet cute gitu.
            ‘Kiss me!’ Ujar Armand serius. Hilang sudah senyuman diwajahnya. Diganti pula dengan pandangan yang bisa membuatkan Farisha gelabah biawak!
            Armand mendekatkan mukanya ke muka Farisha. Geli hati pula melihat Farisha yang sudah pucat mukanya. Takutlah tu! Farisha telan liur.
            ‘Lain, ple..’ bicaranya terhenti saat bibir Armand sudah menekan bibirnya. Membulat biji mata Farisha. Serta-merta kosong fikirannya. Jantung juga seakan berhenti berdegup. Lemah anggota badannya. Jemari Armand yang menyelinap masuk ke dalam baju kemeja yang dipakainya juga tidak mampu ditepis.
            ‘You’re mine, only mine.’ Armand bersuara perlahan seraya menjarakkan mukanya. Jelas kelihatan wajah Farisha yang berubah kepada kemerahan. Comel! Pipi Farisha diusap perlahan.
            Apa dah jadi? Apa yang malaun ni dah buat? Alamak, first kiss aku! Sengal punya perverted guy! Gilalah dia ni. Kebas sekejap bibir aku. Bengong betul Armand ni. Suka-suki dia je. Farisha berdecit.
            ‘Je’ taime.’ Armand mengungkapkan kata hatinya. Farisha tercengang-cengang. Tangannya masih di dada Armand yang tidak berbaju. Dapat dirasakan jantung milik lelaki itu yang berdenyut laju. Seperti jantung miliknya.
            ‘Jah time? Apa yang awak cakap?’ Soal Farisha. Dia ni tanya jam pukul berapa kat aku ke? Dia kan pakai jam. Brand Polo lagi tu. Tak reti tengok sendiri ke?
            ‘Je’ taime lah sayang. Maksudnya I love you.’ Armand senyum meleret. Lucu pula melihat wajah blurr Farisha. Jah time? Ada-ada je Risha ni.
            Wajah Farisha kembali merona merah. Malu pula bila Armand mengucapkan kata sayang kepadanya. Memang sah aku yang gila sekarang. See, muka aku tak habis-habis kena cat Nippon warna merah.
            ‘Sampai bila awak nak duduk atas saya macam ni Encik Armand Mikhael? Nak suruh saya mati lemas ke? Tu baju-baju saya belum siap kemas lagi. saya mogok tak mahu ikut awak baru tau.’ Farisha berdalih. Cuba berlagak selamba mungkin.
            Armand bingkas bangun sebelum bergerak ke almari. Pijama biru gelap dikeluarkan. Farisha tekun di katil menyudahkan kerjanya. Tidak berani memandang ke arah Armand. Setiap kali matanya bersambung pandang dengan anak mata lelaki itu, jantungnya memainkan irama seperti di medan perang.
            ‘Nak ke mana pulak tu sayang?’ tegur Armand. Farisha yang sudah berada di pintu bilik dipandang.
            ‘Minum air.’ Jawab Farisha seraya cepat-cepat berlalu meninggalkan Armand.
                                    ------------------
            ‘Gilalah. Hilang taring aku macam ni. Layanan dia kat aku, lain betul. Ah, aku takkan terpedaya. Risha, jangan percaya apa yang dia lakukan. Mamat tu saja nak ambik kesempatan.’ Farisha bersuara perlahan. Orange juice dikeluarkan dari peti ais dan dituangkan ke dalam gelas.
            Serabut kepala otak aku ni. Yang peliknya aku macam suka pulak apa yang dia buat. Boleh pulak aku tak melawan. Selalunya akulah orangnya. Semua tak berani nak cari pasal dengan aku. Aku dah agak dah, mamat tu memang something. Apa perlu aku buat sekarang? Patut ke aku percayakan dia?
            Tapi tak elok juga aku cari pasal dengan dia sekarang ni. Nanti Abang Daniel dengan kak Laila tak percaya pulak aku dengan Armand tu dah berbaik. Huh, serabut weh!
            Farisha menapak ke ruang tamu bersama gelas yang dipenuhi dengan orange juice. Jam didinding dipandang sekilas sebelum punggung dilabuhkan ke atas sofa bertentangan dengan kaca televisyen.
            Patutlah senyap je. Dah pukul 12 tengah malam rupanya. Ada cerita best tak tengah-tengah malam macam ni? HBO? Alah, cerita ni berapa kali astro nak ulang siar? Aku dah tengok beratus kali dah cerita Salt lakonan Angelina Jolie ni. Televisyen ditekan butang off. Remote diletakkan ke atas meja dihadapnnya.
            ‘Subhanallah… nak bagi aku mati cepat ke mamat ni?’ Farisha mengurut dada perlahan saat mata terpandangkan pantulan imej Armand di televisyen. Entah bila terpacak kat situ aku pun tak tahu.
            ‘Sha buat apa? Tak nak masuk tidur lagi ke? Kata nak minum je tadi.’ tegur Armand. Armand yang menunggu di dalam bilik lama keluar untuk mencari Farisha. Minum air ke buat air ni?
            ‘Tak mengantuk lagi.’ balas Farisha pendek. Aku nak tidur macam mana kalau kau ada kat dalam bilik tu? Serba tak kena aku rasa.
            ‘Duduk sini buat apa je? Abang nak join boleh?’ Armand mengorak langkah menuju ke arah Farisha yang memandang kosong televisyen yang tidak dipasang.
            ‘Joinlah. Saya tiba-tiba mengantuk. Bye.’ Farisha bingkas bangun saat Armand melabuhkan punggung bersebelahannya. Laju kakinya mengorak langkah menuju ke bilik.
            ‘Huh, padan muka. Nak sangat duduk kat luar tu kan? Rasakan.’ Farisha ketawa kuat selepas mengunci pintu biliknya. Panggilan Armand dari luar langsung tidak dihiraukan. Lantas direbahkan tubuh ke atas tilam. Tidak sampai beberapa minit, Farisha lena dengan hati yang gembira.
                                    --------------------
            ‘Apa ni? Aku dapat dulu tempat ni. Kau nak tidur, gi masuk bilik.’ Marah Daniel. Apa tidaknya, sedap-sedap dia tengah landing baik sambil memikirkan cara untuk memujuk Laila, entah dari mana datangnya Armand menghempap badannya.
            ‘Aik, kau buat apa kat sini?’ Armand menyoal sambil berpeluk tubuh melihat Daniel yang duduk di sofa. Siap dengan bantal sekali.
            ‘Aku nak tidurlah. Kau sibuk apahal?’ Daniel menepuk-nepuk bantal yang diletakkan dihujung sofa sebelum berbaring. Tidak dihiraukan Armand yang mengangga luas.
            ‘Nak tidur gi masuk bilik kau lah. tempat ni aku sewa dulu.’ Kaki Daniel ditarik ke bawah. Cepat-cepat Armand duduk di sofa yang kosong itu. Daniel merengus.
            ‘Kau ni apasal suka sangat nak cari gaduh dengan aku hah? Siapa cepat dia dapatlah.’ Daniel meninggi suara.
            ‘Aku cepat, aku dapat.’ Armand menganjeng. Dihenyak-henyak punggungnya berkali-kali atas sofa. Senyum sinis dihadiahkan kepada Daniel.
            ‘Dah, gi sana lah. main jauh-jauh. Kau nak tidur, masuk bilik sendiri.’ Daniel menolak tubuh Armand dengan kakinya. Tergolek Armand jatuh menyembah permaidani.
            ‘Risha kunci bilik. Aku tak dapat masuk. Kau cerdik sangat, gi masuk bilik sendirilah.’ Armand menarik-narik tangan Daniel yang jelas sedang berpura-pura tidur. Kalau dah tidur, mana boleh mengeraskan badan kan? Ha, nampak sangat nak menipu si Daniel ni. Auta lebih!
            ‘Woi, gi masuk bilik kau lah!’ dengan segala kudrat yang ada, Armand berjaya juga menarik Daniel supaya angun dan berganjak. Cepat-cepat, dia pula baring di sofa itu. Weh, pinjam bantal kau satu malam eh?
            ‘Kalau aku boleh masuk bilik sekarang, aku dah masuk dah, masalahnya Laila pun dah kunci bilik kami. Dia kurung aku kat luar.’ Daniel mengeluh berat. Armand yang tadi pura-pura pejam mata celik luas. Biar betul Daniel ni?
            ‘Kau pun kena kurung kat luar jugak ke? Takpelah, aku kasi kau tidur kat sini. Tapi sofa tiga ni aku punya. Kau boleh guna sofa dua tu. Consider sikit sebab aku memang langsung tak muat nak baring kat situ. Kau tak pe la, kecik dari aku. Good night my brother in-law.’ Bebel Armand panjang seraya muncungnya menghala ke arah sofa yang boleh memuatkan dua orang. Serentak itu, matanya dipejamkan.
            ‘Good night to you to Armand.’ Balas Daniel perlahan. Tidak kuasa untuk berbalah lagi. mata dah kuyu. Mengantuk tahap biawak hidup dah ni. Akhirnya mereka berdua lena di ruang tamu bersama dengkuran halus.
                                    ----------------
            ‘Kak, tengok apa tu?’ tegur Farisha. Pelik juga melihat kak Laila terjengok-jengok sambil tersengeh macam panda sopan  pepagi buta ni.
            ‘Tu. Tengoklah.’ Panjang muncung Laila menghala ke arah ‘sesuatu’ yang menarik minatnya. Farisha tayang muka pelik. Laju kakinya melangkah ke arah Laila yang berdiri di hadapannya.
            ‘Sayang, cium abang sekali. Please. Abang sayang Laila.’ Membutang biji mata Farisha melihat Daniel dan Armand yang berpelukkan. Sah tak sedar mereka berdua ni. Daniel memegang tangan Armand dan kakinya diatas peha lelaki itu. Mereka tidur berpelukan.
            ‘Mengigau dah dorang ni kak. Nanti Risha kejutkan.’ Menggeleng kepala Farisha yang melihat perilaku kurang senonoh mereka berdua. Armand pula dengan sengeh memanjang. Enjoy ke?
            ‘Eh, jangan. Biarkan dorang. Dorang dah berbaiklah tu. Kalau tidak asal berjumpa je macam anjing dengan kucing.’ Laju Laila menarik tangan Farisha yang mahu mengejutkan Daniel dan Armand dari mimpi ‘indah’ mereka.
            ‘Hah, Laila. Risha. Kamu berdua buat apa tu?’ tegur Ismadi yang berseluar track bersama Fatimah. Baru balik berjoging lah tu. Amalan hidup sihat.
            ‘Abangnya. Tengoklah budak dua orang ni ha. Apalah mimpi mereka berdua ni. Berpelukan macam belangkas dah ni ha.’ Fatimah bersuara separuh berbisik.
            ‘Ish, apa nak jadi budak berdua ni? Dah pupus ke perempuan kat dunia ni? Gelinya aku tengok. Laila. Risha. Kamu berdua boleh buat tak tahu je? Hancur!’ Ismadi menggaru kepalanya yang tidak gatal. Laila dan Farisha tayang muka bersahaja. Mengeletik badan Ismadi bila melihat ‘drama’ tak semenggah itu.
            ‘Jomlah Fatimah. Buatkan abang kopi. Cepat. Kang terbantut selera ni.’ Ismadi menarik tangan Fatimah dan berlalu ke dapur. Fatimah hanya menurut. Laila dan Farisha sudah ketawa mengekek.

4 comments:

  1. best x ada sambung lagi ke.

    ReplyDelete
  2. Cantik blog, Teruskan usaha menghasilkan karya..semoga terus maju...jangan lupa juga lawat blog sya ya kat https://ceritaberemosi.blogspot.my/

    ReplyDelete