Monday 25 February 2013

You're mine, only mine! BAB 11




Bab 11
            Ish, bosanlah duduk dalam bilik ni. Dah dua hari aku berkurung dalam bilik ni tak keluar-keluar. Sakit jugak telinga aku dok dengar kak Laila dan abang tak putus-putus memujuk. Bahu aku pun sakit lagi ni. Armand sengal punya pasal. Kucar-kacir hidup aku dua tiga hari ni.
            Aku merajuk bukannya real sangat. Untuk cukup syarat atas kejadian kat hotel hari tu. Takkan nak senang lenang enjoy dan buat macam biasa je. Nanti kantoi pulak. Lagipun kalau duduk dalam bilik ni, boleh buat apa sangat. Aku nak balik ladang, abang tak kasi. Disuruhnya aku stay kat umah dorang.
            Eh, Hana dah jumpa ke Bella? Kurang asam punya perempuan, kau lari dengan duit aku. Dahlah kerja tak buat. Tak pasal-pasal aku jadi bidan terjun settlekan kerja kau. Aku punyalah syok nak gi ambush korang kat hotel tu, alih-alih aku yang kena ambush. Sial punya pompuan! Samsung Galaxy Note II diambil. Takde pulak berita dari Hana. Mesej pun takde, apatah lagi call. Sesak nafas aku macam ni.
            Hana, kau kena pastikan kau jumpa minah bedebah tu. Aku nak duit aku balik. Aku bukannya bayar free-free. Aku pun takde kaya sangat pun. Walaupun plan lari dari plan sebenar, aku tetap suka sebab kali ni mamat bengong tu takkan ganggu kak Laila lagi. Aku pun dah boleh balik ke ladang. Kiranya bab Bella ni je yang belum settle. Apa pun tak boleh!
            Eh, apa yang kecoh-kecoh kat bawah tu? Tak reti nak senyap agaknya pepagi buta macam ni. Sengallah! Farisha bangkit  dari katil. Dihayunkan kaki menuju ke beranda bilik tidur. What the hell?? Apa yang mamat tu buat kat sini? Ni lagi satu bala. Adoi, memang aku ni takde jodoh dengan masa senang kot. Susah memanjang.
            Terkecoh-kecoh Farisha berlari turun tangga. Hampir sahaja tersadung menyembah lantai kerana tersalah langkah. Nasib baiklah dia sempat berpaut pada tiang tangga. Kalau tak, romponglah hidung mancungnya menyembah lantai.
            'Woi, apa yang kau buat kat sini hah?' Jerkah Farisha dalam nafas yang tercungap-cungap berlari. Semua mata yang berada di situ berpaling ke arahnya. Ada abang Daniel, kak Laila, mak Munah dan juga pak Daud.
            'Oh, hai sayang. There you are. Don't you know that I miss you so much?' ujar Armand dengan muka tak bersalahnya sambil mendepangkan tangan ke arah Farisha. Semua mata tertumpu pada Armand pula. Armand hanya tersenyum. Dia berjalan laju menghampiri Farisha.
            'Stop, stop right there!' Jerkah Farisha. Eww, meluatnya aku tengok muka mamat ni. Buang tebiat ke apa? Menghancurkan keindahan pagi jelah. Aku baru nak layan drama rekaan sendiri. Kau pulak datang sini. Siap bersayang-sayang lagi. Nak mampus??
            'Kenapa kau datang sini? Masuk rumah orang buat kecoh pulak.' Daniel sudah naik angin. Tak settle lagi ke hal bini aku ni? Laila di sebelah dipandang dengan ekor mata. Kemas terasa pautan tangan Laila di lengannya. Farisha yang berada di sebelah Laila turut dipandang. Takkan hal Risha pulak?
            ‘Oh, aku datang nak bertanggungjawab. Aku sanggup kahwin dengan Farisha.’ Ujar Armand bersungguh-sungguh. Pandangannya jatuh kepada Farisha yang jelas terkejut dengan kata-kata yang baru dikeluarkan.
            ‘What??’ serentak Daniel dan Laila bersuara. Farisha tetap kelu tak bersuara. Apa pulak dah ni?
            ‘Yelah, aku sanggup kahwin dengan Farisha sebab kejadian kat hotel malam tu.’ ujar Armand lagi. Armand tersenyum memandang Farisha yang kelihatan kaget. Hah, tak terkara kau kan? Rasakan.
            ‘Kau gila?? Aku takkan benarkan kau kahwin dengan adik aku! Aku dah ada calon yang sesuai untuk adik aku. Jauh lebih baik dari kau. Baik kau blah dari sini kalau kau sayang nyawa kau.’ Daniel mengugut. Kolar baju Armand dicekam. Tapi Armand hanya berlagak selamba.
            ‘Daniel, kau patut berterima kasih kat aku sebab aku sanggup nak bertanggungjawab. Kalau lelaki lain, aku tak rasa dia buat macam apa yang aku buat sekarang. Lagi satu, kalau calon yang kau suka tu tau tentang kejadian kat hotel semalam, kau rasa dia boleh terima ke?’ Armand menduga. Sengaja dia mahu mengapi-apikan Daniel.
            ‘Ada betulnya juga kata-kata Armand tu. I tak rasa dia nak tipu kita.’ Ujar Laila kemudiannya. Farisha sudah panggung kepala. Apa pulak dah ni?
            Daniel buntu. Apa rancangan Armand sebenarnya? Kenapa perlu dia nak kaitkan Risha dalam hal ni? Macam tak waras je mamat ni Tapi perkara yang memalukan tu dah jadi, walaupun secara logiknya bukan Jabatan Agama Islam yang serbu.
            ‘Dan kalau jadi benih dalam tubuh Farisha, siapa lagi yang sanggup bertanggungjawab?’ Laila menyambung kata-katanya. Perkara yang paling menakutkan mungkin juga berlaku. Tambah memalukan jika Farisha terpaksa menanggung malu seumur hidup.
            ‘No. Risha takkan kahwin dengan Armand!’ Farisha naik angin. Kuat suaranya mempertahankan diri. Gilalah kalau nak kena kahwin dengan mamat sengal ni. Kak Laila pun kenapa macam mengiakan je kata-kata Armand? Bencinya! Tak jadi pape pun malam tu.
            Daniel meraup mukanya. Keluhan berat dilepaskan. Apa kata ayah ngah dan mak ngah nanti? Habislah! Sudah sah-sah Daniel akan disembelih hidup-hidup. Adik sorang pun susah nak jaga.
            ‘Kenapa Risha taknak kahwin dengan Armand?’ soal Daniel setelah lama berjeda. Dia perlu tahu alasan Farisha. Mungkin rancangan untuk menyatukan Armand dan adiknya tidak perlu diteruskan. Farisha hanya mendiamkan diri.
            ‘Akak bukan nak paksa Risha, tapi hal ni berkaitan dengan masa depan Risha.’ Pujuk Laila perlahan. Dipandang muka Farisha dengan pandangan yang sukar simpati. Daniel pula serius memandang Armand.
            ‘Masa depan apanya? Takyah nak kalut sangatlah kalau ya pun. Kami bukannya…’ Shit! Farisha gigit bibirnya. Segera muka dipalingkan kearah lain. Adei, mulut! Terlepaslah pulak. Habis hancur plan kau Risha! Semua mata tertumpu di wajah Farisha.
            ‘Bukan apa Farisha?’ soal Armand pula. Berkerut dahinya bertanya. Eh, kau. Saja nak mengenakan aku kan? Sengal! Seronoklah tu.
            ‘Sebab kami bukannya saling cinta-cintun. So tak perlu sampai kahwin ni. Ok?’ jawab Farisha lantang. Sebelah keningnya diangkat seraya memandang Armand. Armand pula hanya diam berpeluk tubuh. Berkerut dahinya. Kepala diangguk-angguk.
            ‘Kalau betul apa dakwaan awak tu kan sayang, macam mana awak boleh ada dengan saya malam tu?’ Soal Armand cuba mengorek rahsia. Dia tersenyum melihatkan muka Farisha yang serba salah apabila direnung tajam oleh Laila dan Daniel.
            Farisha diam tidak menjawab. Ish, mamat ni. Saja nak perangkap aku kan? Seronoklah kau! Jangan harap aku akan bagitau cerita sebenar pada kak Laila dan abang. Nanti sampai mati dorang bencikan aku.
            Tapi apa yang perlu aku jawab sekarang ni? Macam mana aku nak pertahankan diri aku? Mamat ni pun satulah. Berdrama pun biar bertempat. Kat sini takde audition. Kau dah salah tempat ni.
            ‘Abang rasa memang Risha patut kahwin dengan Armand. And Armand, jangan ingat aku bagi kau kahwin dengan adik aku, aku akan terima kau dalam keluarga kami. Tidak sama sekali! Sebab aku dah tak jumpa jalan lain, aku terima jalan yang kau bagi ni.’ Daniel berkata setelah lama berjeda.
            ‘No way! Apa yang abang merepek ni?? Risha takkan kahwin dengan Armand. Risha ada hak untuk membantah! Ni soal masa depan Risha!’ Farisha naik berang. Abang pun sama? Shit! Ni yang aku nak mengamuk tak ingat dunia ni.
            ‘Risha dah lama hilang hak tu bila Risha masuk bilik hotel dengan Armand. Keputusan abang muktamad. Risha akan kahwin dengan Armand. Full stop!’ Daniel seperti memberi arahan. Air mata yang bergenang di kelopak matanya jatuh berderai. Abang pun memihak pada Armand ke?
            Sungguh Farisha sedih dengan keputusan yang diberikan Daniel. Armand hanya tersenyum berpuas hati melihat Daniel dan Laila yang berlalu meninggalkan mereka berdua di laman.
            ‘Apa rancangan kau sebenarnya hah? Kenapa nak libatkan aku pulak?’ jerkah Farisha. Membutang matanya marahkan lelaki yang tersengih-sengih dihadapannya.
            ‘Just wait and see. Bye-bye sayang.’ Armand gelak dan berlalu dari situ. Sempat dia mencuit hidung Farisha. Farisha merengus tidak puas hati. Kakinya dihentak ke tanah.

Saturday 23 February 2013

You're mine, only mine! BAB 10


You all, tolong bagi komen lepas baca k? kalau komen you all lebih dari 5, Apple upload lagi next entry k? Thanks ... ^_^
 

Bab 10
            ‘Takde orang lain ke kau nak upah, wei?’ tanya Farisha ragu-ragu. Ish, boleh pakai ke minah ni? Kelam kabut je aku tengok. Kang hancur plan brilliant ni. Diperhatikan Bella yang akan menjayakan misi mereka. Pakaiannya usah dicakap, dah macam sarung nangka aku tengok. Dengan skirt pendeknya tu. Tunduk sikit je habis hancur mata. Ish!
            ‘Ala, kau jangan risaulah. Dia cakap kat aku dia boleh buat kerja ni. Aku pun dah bayar deposit, takkan nak biar burn je duit tu. Gilalah!’ bisik Hana. Takut pulak didengari Bella. Bella adalah satu-satunya orang yang sanggup buat apa sahaja demi wang. Hana kenal Bella pun melalui kawannya yang pernah menggunakan khidmat Bella.
            ‘Bella, kau tau apa kau perlu buat kan?’ tanya Hana kepada Bella menerusi cermin pandang belakang. Farisha di sebelah Hana diam tidak bersuara.
            ‘Yup. I know.’ Bella membetulkan skirt pendek yang dipakainya. Bella keluar dari kereta dan menuju ke pintu masuk hotel. Wah, cantiknya hotel ni. Class kau Jah! Ngomel Bella perlahan.
            ‘Ko yakin ke dengan Bella tu? 100%? Curiga betullah aku tengok minah tu.’ Ujar Farisha. Diperhatikan gelagat Bella dari dalam kereta. Macam tak pernah buat kerja je. Boleh pulak buat perangai macam rusa masuk kampung dalam hotel tu.
            ‘Kau jangan risaulah. Duit dia dah ambik, takkan kerja taknak buat.’ Hana memberitahu. Sebenarnya dia sendiri berasa curiga dengan kepakaran Bella. Tapi menurut maklumat yang diperolehi, Bella seorang yang boleh diharap.
            Twisties dihulurkan kepada Farisha yang tidak berkelip-kelip memandang kea rah pintu masuk hotel. Sudah tidak dipedulikan huluran Hana. Matanya terpaku disitu. Sebarang kemungkinan boleh berlaku saat itu.
            ‘Eh, jomlah. Kita ambush? Boleh aku call kak Laila terus.’ Cadang Farisha. Bella sudah melangkah masuk ke dalam Hotel Swiss 30 minit lalu. Sementara mereka berdua masih berada dalam kereta.
            Hana mengangguk setuju dengan kata-kata Farisha. Mereka keluar dari kereta dan berjalan beriringan menuju ke pintu masuk. Samsung Galaxy Note II dikeluarkan dari dalam handbag milik Farisha. Mesej dihantar.
            ‘Kau tunggu kak Laila kat sini. Aku naik atas dulu tengok progress. Nanti kau bawak kak Laila naik. Ok?’ Hana hanya mengangguk mengiakan. Dia melangkah ke bahagian menunggu sementara Farisha menuju ke lif. Pintu lif dibuka. Farisha hilang dari pandangannya. Good luck Risha!
            La, kenapa pintu terbuka luas ni? Biar betul si Bella ni buat kerja. Meh nak skodeng sikit. Tengok mamat tu mesti tengah tangkap cintan dengan si Bella. Dengan penuh berhati-hati, Farisha melangkah masuk ke dalam bilik yang bernombor 8. Terbongkok-bongkok Farisha masuk, takut kehadirannya disedari.
            ‘Aww!’ Farisha mengaduh perlahan apabila dirasakan tengkuknya seperti dihentak kuat. Pandangannya mulai kabur. Farisha rebah tidak sedarkan diri. Gelap pandangannya.
----
            Lamanya kak Laila ni, kenapa tak sampai lagi? Dah naik kematu aku tunggu. Jam di tangan dipandang sekilas. Dah dekat 1 jam ni. Farisha pun, tak turun-turun pulak. Berapa lama lagi aku nak kena tunggu ni? Gerutu Hana sendirian. Sudah kembung perutnya minum air yang disediakan pelayan. Nombor telefon Farisha didail.
            Risha, kau kat mana wei? Kenapa tak turun-turun lagi ni? Aku call pun, kenapa susah benar ko nak jawab Risha oi?? Kak Laila ni pun satu, entah mana perginya. Hana bermonolog. Handphone ditangan dipandang sepi.
            Hana bangun menuju ke pintu masuk hotel. Dipandang kiri dan kanan. Mungkin kak Laila dan abang Daniel sampai. Masalahnyanya sekarang, kereta yang lalu lalang kat depan aku ni semuanya bukan orang yang aku tunggu-tunggu.
            Mana kak Laila ni? Jangan cancel pulak plan aku ni. Kang mampus kena marah dengan Risha. Deposit kasi kat Bella pun bukan sikit-sikit. Kalau cancel, duit tu dah kira burn. Rugi!
----
            ‘Woi, bangunlah!’ Farisha yang merasa bahunya digerak kasar, cuba mencelikkan mata. Bulat matanya apabila melihat Armand berada di hadapannya. Dan yang lebih memuskilkan sekarang adalah keadaan dirinya saat itu.
            ‘Woi, apa kau dah buat ni ha? Lepaskan aku, setan!’ marah Farisha berapi. Apa tidaknya, satu badan sudah digulung seperti sandwich menggunakan toto. Farisha cuba bergerak untuk melepaskan dirinya tetapi hanya mengundang ketawa dari Armand.
            ‘Buat letih je awak bergerak and berpusing-pusing macam tu. Toto tu takkan terbuka punyalah.’ Ujar Armand yakin dalam ketawa yang masih bersisa.
            ‘Bukakan toto ni woi! Lepaskan aku woi bangang!’ jerit Farisha kuat. Farisha meronta-ronta dalam toto yang membaluti tubuhnya. Entah macam manalah mamat ni bungkus aku, tak terbuka pun toto ni. Sial betul! Aku dapat ko, aku bunuh ko sekarang jugak!
            Armand bergerak menuju ke balkoni. Tidak dihiraukan rontaan dan jeritan Farisha. Dia tersenyum. Suasana dari tingkat 8 memang menakjubkan. Sungguh mempersonakan.
            ‘Woi! Lepaskan aku!’ Farisha menjerit untuk kesekian kalinya. Sukar pergerakannya dengan keadaan yang berbalut kemas seperti sandwich.
            Armand kembali masuk ke dalam. Dilabuhkan punggung ke atas kerusi panjang berwarna putih ditepi sudut. Farisha yang terbaring di atas katil dipandang dengan ekor mata. Dicapainya majalah Top Gear yang disediakan. Dibelek satu persatu muka surat majalah dengan penuh minat.
            ‘Armand! Kau saja nak naikkan angin aku kan? Buka toto ni! Sengal!’
            Armand mendekati Farisha yang digulung kemas. Majalah sudah diletakkan ke tepi. Armand tersengih menampakkan lesung pipit di kedua belah pipinya. Dilabuhkan punggung di sisi Farisha. Wajah Farisha ditenung dalam. Timbul idea di fikirannya.
            ‘Buka? Buka apa? Buka ni? Ok.’ Armand berkata nakal sambil tangannya perlahan membuka satu butang baju kemeja yang dipakai Farisha. Seronok pulak melihat wajah Farisha yang sudah pucat tak berdarah.
            ‘Woi, kau ni memang bangang kan? Aku suruh kau bukak balutan toto ni. Bukan menda lain. Pekak!' Jerit Farisha kalut. Dia berusaha menjauhkan dirinya dari Armand. Tapi sejauh manalah sangat boleh dia pergi dengan keadaan terbaring berbalut macam sandwich itu.
            'Sebab awak asyik menjerit sejak kali pertama kita jumpa, saya dah dapat masalah pendengaran tau tak. Cuba awak cakap dengan saya tak terjerit-jerit macam orang gila boleh tak? Senang kita nak berbincang.' Armand berpura-pura mengorek telinganya yang seperti punya masalah pendengaran menggunakan jari kelingking.
            'Ok. Tapi buka balutan toto ni dulu. Saya janji saya cakap baik-baik dengan awak.' Terus berubah nada suara Farisha. Nadanya berubah lembut serta merta. Armand tersenyum. Balutan toto ditubuh Farisha dibuka.
            Farisha melompat turun dari katil apabila balutan di tubuhnya dileraikan. Pasu bunga di atas meja berhampiran katil diambil. Bunga rose merah yang berada di dalam pasu dibuang ke lantai.
            'Kau jangan ingat aku nak ikut kata-kata kau mambang. Kau jangan ingat semudah tu je aku nak menyerah. Aku akan bongkar rahsia kau pada kak Laila. Biar dia tau sapa kau sebenarnya. Perverted guy!' Armand hanya duduk diam tidak bergerak. Matanya tertumpu di bahagian dada Farisha yang terdedah.
            Cepat-cepat Farisha menutup bahagian itu dengan sebelah tangannya apabila menyedari mata Armand terpaku ke arah itu tidak berkelip. Sengal! Gatal! Marah Farisha di dalam hati. Farisha cuba membutangkan kemejanya dengan sebelah tangan. Merah mukanya menahan amarah.
            Armand bangun dari katil dan menghampiri Farisha. Pasu bunga yang berada ditangannya diajukan kepada Armand. Tetapi Armand pantas bertindak memeluk Farisha. Pasu bunga diambil dan diletakkan kembali ke atas meja. Farisha meronta. Lagi kuat rontaan Farisha, lagi kemas terasa pelukan di tubuhnya.
            Abang Daniel, tolong Risha! Kau tak boleh mengalah Risha. Kau kena kuat. Jangan biar mamat ni buat sesuka hati dia. Tanpa membuang masa, Farisha memijak kuat kaki Armand. Terlepas pelukan di tubuh Farisha. Armand membongkok mengosok kakinya.
            Belum sempat Farisha berlari keluar dari bilik itu, lengannya direntap kasar. Terhumban Farisha ke katil akibat rentapan yang kuat dari Armand. Jelas kelihatan urat timbul dimuka Armand. Gigi diketap geram.
            'Aku takkan lepaskan kau. Kau takkan gi mana-mana. Bukan saat ni. Perverted guy ya?' Armand gelak kuat. Farisha yang berada diatas katil dihampiri. Semakin dekat Armand menghampiri, semakin ke belakang Farisha mengundur.
            'Apa yang kau nak cuba buat ni Armand?' Farisha semakin kalut melihat Armand yang semakin mendekat. Serba tak kena perbuatannya. Armand ketawa kuat. Farisha benar-benar mencabar kesabarannya.
            'Aku akan buat kau menyesal atas kata-kata kau pada aku. Ni adalah akibat dari ego kau yang melangit tu.' Armand ketawa kuat. Tubuh Farisha ditekan ketilam. Armand memanjat atas tubuh Farisha. Sudah tidak dipedulikan lagi rontaan gadis itu.
            Tanpa teragak-agak, baju kemeja yang dipakai Farisha direntap kasar. Kedua belah tangannya menekan bahu  Farisha yang terdedah.
            ‘No! Lepaskan aku!’ Farisha meronta sambil menjerit. Tetapi sekuat mana sangat tenaganya jika dibandingkan dengan Armand.
            Baru sahaja Armand berkira-kira membenamkan mukanya ke wajah Farisha, badannya ditarik ke belakang. Satu tumbukan padu kena di mukanya. Berpinar pandangan seketika. Terlentang Armand dek tumbukan yang tidak disangka itu.
            Daniel meluru mendapatkan Farisha yang terhinjut menahan tangis sambil memeluk lutut sendiri. Disarungkan kot yang dipakai ke tubuh Farisha yang terdedah. Laila berjalan mendekati Armand yang sudah berdiri mengesat darah yang keluar di bibirnya.
            Tangannya naik ke muka Armand. Terpana Armand seketika. Pipinya dipegang. Buntang biji matanya memandang ke arah Farisha yang tersenyum menunduk. Ni rancangan kau sebenarnya ya Farisha?
            ‘Laila.’ Armand terpana. Laila dihadapannya dipandang serba salah. Tidak disangka-sangka. Ini kali pertama Laila mengangkat tangan ke wajahnya. Diusap pipi yang terasa perit.
            Padan muka kau setan! Kau memang patut dapat penampar pun. Farisha tersenyum kemenangan. Lepas ni kak Laila takkan percayakan kau lagi. Jangan kau nak berangan lebih- lebih pulak ya. Nasib baik jugak aku pakai tube kat dalam. Tak rela aku!
            'Laila, ni semua bukan salah I. I diperangkap. Laila!' laung Armand memanggil Laila yang sudah berlari keluar. Armand membuka langkah mengejar Laila yang sudah keluar dari bilik. Tidak semena-mena satu tumbukan lagi singgah di wajahnya. Terduduk Armand dek tumbukan itu. Sengal rasa dipipinya.
            'Apa lagi yang kau nak buktikan? Dasar lelaki tak guna. Sebab tak dapat bini aku, adik aku pulak jadi mangsa ya? Jahanam! Jangan kau ganggu lagi family aku kalau kau sayang nyawa kau!' ujar Daniel sambil memimpin Farisha yang teresak-esak keluar dari bilik hotel.
            Farisha sempat menayangkan senyum kemenangannya kepada Armand. Armand mengetap bibir.
            'Ok Farisha, let's the game begin. Kau dah hancurkan kepercayaan Laila pada aku dan kau berjaya buat dia benci aku. Aku takkan berdiam diri macam tu je. Senang-senang je kau nak pijak maruah aku kan? Aku takkan benarkan kau hidup senang. Kau tunggu!' Nekad Armand. Dendamnya membara untuk gadis yang bernama Farisha.

You're mine, only mine! BAB 9


 

Bab 9
            Dasar lelaki bangang! Arghhhh!! Aku benci dia! Aku benci Armand! Kau mati! Mati! Mati! Farisha melihat mukanya di dalam cermin. Tapi apa yang dilihat, hanya raut wajah Armand tersenyum kemenangan. Aku takkan biarkan kau hidup senang! Aku akan buat kau menderita!
            Hampir 2 jam Farisha berteleku di dalam bilik air. Shower yang dipasang dibiar membasahkan badannya. Habis lencun bersama t-shirt merah yang dipakai tadi. Semakin diingat, semakin sakit hati dibuatnya. Jahanam kau Armand! Bentak Farisha dalam hati.
            Aku tak boleh terus macam ni. Aku kena kuat. Aku tak boleh mengalah macam tu je. Aku kena lawan. Ya, kau kena lawan dugaan ni. Kau kena kuat. Kau tak boleh sekali-kali mengalah. Nak dilupakan pun, sakit hati jugak. Dengan kak Laila dia boleh main-main. Tapi dengan aku, kau memang cari maut.
              Pili air di tab mandi ditutup. Farisha keluar dari dalam tab dan mengeringkan badannya. Baju ditukar kepada pakaian yang baru. Samsung Galaxy Note II di atas meja solek diambil.
            ‘Hana, jumpa jom. Kau free tak sekarang?’ serius kedengaran suara Farisha.
            ‘Aku free sekarang. Kenapa wei?’ tanya Hana bimbang. Apa dah jadi dengan Farisha ni? Macam ada hal yang tak kena je. Desis hati kecilnya.
            ‘Ok. Aku on the way. Bye.’ Belum sempat Hana bertanya lebih, Farisha sudah memutuskan talian. Kardigan biru laut yang disangkut di kerusi dipakai. Tidak lupa kunci kereta bersama handphone miliknya. Farisha membuka langkah seribu menuju ke kereta.
            Bingit kedengaran bunyi handphone Samsung Galaxy note II miliknya minta diangkat. Dek malas melayan si pemanggil, cepat-cepat handphone ditukarkan ke mode silence. Kereta laju membelah jalan raya. Tidak sampai 10 minit Farisha sampai di hadapan kediaman Hana. Dilihat Hana sedang menunggunya di luar rumah.
            ‘Kau kenapa? Tadi aku nak tanya tak sempat. Cepat pulak kau letak phone. Aku call pun kau tak jawab. Apa cer?’ Soal Hana sebaik sahaja punggung mencecah tempat duduk sebelah pemandu. Seat belt dipasang.
            ‘Aku nak ajak kau bunuh orang.’ Serius kedengaran suara Farisha. Mata masih tertumpu pada pemanduan.
            ‘What?? Kau dah gila ke? Kau nak bunuh sape pulak ni? Apa dia dah buat kat kau sampai nak bunuh bagai ni?’ soal Hana bertubi-tubi. Terkejut Hana mendengar kata-kata dari Farisha. Setakat bunuh nyamuk, bolehlah nak harapkan aku. Ni kalau bab nyawa manusia, memang aku lemah semangat.
            ‘Yang kau terkejut sangat ni kenapa? Kau taknak tolong aku ke?’ Kereta diberhentikan secara mengejut di tepi jalan. Huh, nasib baik takde kereta kat belakang. Kalau tak dah arwah agaknya. Nauzubillah. Risha, kau ni bawak kereta ikut perasaan betullah.
            ‘Relax, yang kau nak marah aku pulak ni kenapa? Cuba kau cerita kat aku biar kasi jelas sikit. Mana tau kot-kot ada cara lain selain plan nak jadi pembunuh ni. Kang free-free je masuk lokap. Taknak aku! Kawin pun tak lagi ni.’ Ujar Hana berlawak. Badan dipalingkan menghadap Farisha yang berada disebelahnya.
            Farisha menceritakan dari mula kejadian sehingga akhir. Cuma dia tidak memberitahu Hana berkenaan adegan di hospital sewaktu melawat Safiya. Hish, takkan hal tu pun nak bagitau Hana kot! Puas kena gelak dengan minah senget ni nanti.
            ‘Ok, sekarang ni masalahnya kak Laila dah percaya kat Armand tu 100% lah ya? Apa kata, kalau kita gugurkan kepercayaan kak Laila? Sekurangnya takde lah dapat dosa membunuh dan selamat dari kena masuk lokap.’ Hana beri cadangan. Keningnya diangkat-angkat sambil bibir tersenyum ke arah Farisha. Gugur-gugur macam nak gugur anak pulak.
            ‘Tapi masalahnya sekarang, susah nak buang kepercayaan kak Laila tu. Aku dah try banyak benda dah sebelum ni. Armand tu pulak ex dia dulu sebelum dia kahwin dengan abang aku. Mesti dia takkan percaya.’ Keluh Farisha berat. Kepalanya terasa berdenyut-denyut sakit. Gigi diketap.
            ‘Belum cuba, belum tahu. Kali ni kita ikut plan aku. Plan baik punya.’ Hana tersenyum. Kepalanya terangguk-angguk mengenangkan plan yang akan dilaksanakan. Kali ni aku serahkan segalanya pada kau Hana. Kalau tak berjaya jugak, tak tahu lah. aku dah buntu sekarang. Aku suggest kita bunuh je mamat tu, kau taknak.
            ‘Ok, sekarang ni jangan pikir banyak. Kita gi makan dulu. Aku lapar ni.’ Hana tayang muka kesian. Perutnya digosok-gosok. Sudah berkeroncong memdendangkan irama lagu pop rock lagaknya. Menggeleng kepala Farisha dengan perangai Hana.
            Hari sudah menginjak ke pukul 6 petang rupanya. Memang patut pun jalan jammed. Orang dah balik dari kerja. Perut yang berkeroncong hebat minta diisi entah sudah kali berapa minta diisi. Hana di sebelah sudah tersandar kelaparan. Orang lain bila kekenyangan sahaja bersandar. Tapi minah ni pelik sikit. Bila lapar dia akan tersandar automatic. Bila sudah kenyang dia akan jadi hyperaktif.
            ‘Eh, aku nampak KFC kat sebelah kanan kau tu. Masuk sana jom. Drive thru je.’ Gelak Hana sambil terhinjut-hinjut di dalam keretanya. Farisha hanya tersenyum. Di waktu otak tengah serabut, memang berbaloi bawa Hana bersama. Ada guna jugak. Release sikit tension.
            Kereta memasuki kawasan drive thru KFC. Makan dalam kereta pun best jugak hujan-hujan macam ni. Dipandang ke luar kereta, hujan lebat mencurah-curah membasahi bumi. Patutlah siang tadi panas semacam je. Rupanya tanda hari nak hujan.
            ‘Kita nak makan kat mana ni Hana? Hujan lebat ni. Nak lepak kat taman botani pun takde mood.’ Gerutu Farisha. Hana disebelah dipandang. Eh, minah ni, aku tengah cakap dengan dia, dia boleh melantak pulak. Keluh Farisha perlahan. Kereta bergerak meninggalkan kawasan KFC.
            ‘Wei, Risha. Kau nak dengar tak plan aku?’ tanya Hana dengan mulut penuh dengan makanan. Sekejap-sekejap dihirupnya air milo miliknya.
            ‘Apa dia, cerita lah. Aku dengar ni.’ Ujar Farisha sambil meneruskan pemanduannya. Harap-haraplah plan kau ni boleh berjaya. Aku bukannya apa, sakit hati ni bila terbayangkan muka lelaki tak sedar diri tu.
            ‘Perempuan ni, satu je cara dia senang nak buang kepercayaan dia kat lelaki. Dan cara tu sangatlah berkesan.’ Hana tergelak. Farisha di sebelahnya memandang dengan raut muka curiga. Ish, entah apalah yang terlintas kat kepala kau tu, harap-haraplah brilliant punya idea.
            ‘Just straight to the point. I can’t wait.’ Luah Farisha kurang sabar. Hana disebelah sudah tayang muka seposen. Apalah kau ni Risha, cuba belajar bersabar sikit.
            ‘Hurm, kita upah orang buat kerja ni. Mana ada kucing menolak ikan free kan? Pekena ayat sikit je dah melentok macam disorongkan bantal.’ Peh, seram pulak aku dengar kau mengilai macam pontianak ni Hana oi. Tapi, macam best je plan ni. Persoalannya sekarang, mana nak dapat ikan?
            ‘Kau jangan risau pasal ikan tu. Aku dah tau lubuk banyak ikan baik punya yang akan tolong kita.’ ujar Hana seolah dapat membaca apa yang berada di dalam fikiran Farisha. Farisha hanya mencebik.