Saturday 23 February 2013

You're mine, only mine! BAB 7




Bab 7
            ‘Risha, kenapa Risha suka masuk campur urusan abang hah?!’ marah Daniel membuak-buak. Kalau tidak kerana Farisha adiknya, mahu lunyai dikerjakan. Semalam Ina datang ke pejabatnya menangis mengatakan ada orang mengugut mahu membunuhnya jika dia teruskan hubungan dengan Daniel.
Itu yang Daniel bergegas keluar dari pejabat. Habis appointment penting dibatalkan. Sangkanya Farisha ada di dalam bilik hotel, tapi ternyata sangkaannya meleset. Jadi hari ini dia bangun awal pagi semata-mata mahu berjumpa dengan Farisha sebelum dia bertolak ke pejabat.
            Terus terlintas di fikirannya tentang Farisha. Adiknya yang satu ni memang buat perangai bukan-bukan. Dulu pernah juga perkara sebegini ini berlaku. Tapi sudah agak lama. Kira-kira setahun lepas, Farisha pernah menghantar kiriman surat yang ditulis menggunakan darah mengatakan hal yang sama. Kali ini, dia yakin Farisha punya kerja menyelinap masuk ke villa DaVinci dan meletakkan bangkai kucing di hujung katil Ina.
            ‘Apa yang abang mengarut ni? Risha masuk campur apa?’ Farisha tayang muka bodoh. Malas dilayan kata-kata Daniel sebenarnya. Daniel mengekori langkah Farisha ke dapur. Fresh orange dituangkan ke dalam gelas dan diteguk perlahan.
            ‘Risha boleh tak jangan masuk campur hal peribadi abang? Kenapa Risha serang Ina malam semalam?’ bergema suara Daniel di dalam bilik hotel Farisha. Mencerlung matanya marahkan Farisha.
            ‘Suraya? Suraya tu sapa? Perempuan simpanan abang? Nampaknya abang lebih pentingkan betina tu dari kak Laila. Apa kena dengan abang ni?’ Farisha melenggang ke ruang tamu pula. Aku ingatkan abang nak cakap pasal kak Laila tapi dia boleh cakap tentang betina tak sedar diri tu? Melampau!
            ‘Risha, jaga bahasa tu sikit! Jangan kurang ajar dengan abang! Oh, Risha berubah sampai macam ni sekali sejak duduk kat ladang tu? Apa ni ke pengaruh yang pekerja-pekerja ayah ngah kasi?’ marah Daniel meluap-luap. Mundar mandir dia jalan di dalam bilik itu.
            ‘Risha kurang ajar? Oh, jadi ni semua salah Risha ye? Abang tak salah? Ada bini pun masih nak cari betina lain. Apa tak cukup ke kak Laila sorang?? Atau abang takut ‘benda’ abang tu tak boleh pakai sebab dah lama tak guna?’ Farisha turut meninggikan suaranya. Bahang terasa antara mereka. Anak matanya tajam menikam pandangan Daniel yang berada di depannya.
            ‘Farisha!!!’ Farisha terkejut saat tangan Daniel mula naik hendak menampar mukanya. Berani-berani Farisha berkata sedemikian.
            ‘Abang dah berani naik tangan pada Risha kan? Nampaknya memang Suraya tu penting pada abang. Kami keluarga abang langsung abang tak nampak.’ Ujar Farisha lagi. suaranya sudah tidak setinggi tadi. Kalau aku tahu abang macam ni, baik aku bunuh je minah sengal tu. Senang cerita. Marahnya dalam hati.
            ‘Risha, I’m sorry. Bukan abang tak sayangkan Risha. Abang sayangkan keluarga abang. Abang sayangkan kak Laila.’ Daniel memegang bahu Farisha. Keluhan berat dilepaskan.
            ‘Abang cakap macam ni kat Risha takde gunanya pun. Abang kena cakap kat kak Laila. Dia nak sangat dengar abang cakap macam tu kat dia.’ Jelas Farisha sambil mencari anak mata Daniel. Nampaknya perkara ni kena guna bantuan psykologi Risha. Apa lagi, gunalah kemahiran kau.
            ‘Abang tak pernah pikir jauh pun dengan Ina tu. Dia cuma tempat abang lepaskan masalah. Hati abang cuma ada satu. Dan abang dah serah pada kak Laila.’ Daniel mengeluh berat. Mukanya diraup.
            ‘And kalau betul dia sayangkan abang, dia takkan berbalik pada kekasih lama dia tu. Dah bernanah mata dan telinga abang dengan dorang. Risha tak alaminya, memang Risha takkan faham.’ Suara Daniel mula mengendur. Mukanya diraup perlahan. Dia duduk di atas sofa.
            Eh? Kekasih lama kak Laila? Siapa kekasih lama kak Laila? Ah, peningnya kepala. Masing-masing menuduh sama sendiri. Buntu! Farisha mengerutkan dahinya.
            ‘Abang salah faham ni. Takkan kak Laila tergamak nak curang pulak? Risha kenal kak Laila tu.’ Farisha duduk bersebelahan Daniel. Ya, aku yakin dengan kak Laila. Tapi aku pun percayakan abang. Macam mana ni?
            ‘Abang tak tahu macam mana nak terangkan pada Risha. Abang tak cakap perkara yang abang buat ni betul, tapi abang cuma rasa tertekan. Abang tak jumpa jalan lain dah.’ keluh Daniel. Mukanya nampak sangat sedih.
            ‘Ok. Macam ni, Risha akan tolong abang kalau apa yang abang cakap ni betul. Dengan syarat, hal ni kak Laila tak boleh tau. Itupun kalau abang betul-betul taknak berpisah dengan kak Laila.’ Farisha mendapat idea. Yup, aku akan siasat perkara ni. Aku takkan biarkan benda ni jadi kudis dalam family aku.
            ‘Mestilah abang tak sanggup berpisah dengan kak Laila. Tapi, apa Risha nak buat pulak?’ soal Daniel. Hish, bukan boleh dibiarkan budak ni. Kang dia buat hal bukan-bukan pulak. Aku jugak yang salah sebab tak jaga adik sendiri. Getus hatinya.
            ‘Abang jangan risau. Risha tau ape yang perlu Risha buat. Nama mamat sewel tu apa?’ tanya Farisha bersama senyum di bibir. Keningnya diangkat sebelah. Daniel didepannya dipandang dengan mata yang bersinar-sinar.
            Langkah pertama adalah menyiasat kebenaran kata-kata abang. Bila dah betul-betul pasti baru boleh mula rancangan. Tak boleh bertindak melulu nanti buruk padahnya. Sepanjang aku kenal dengan kak Laila, sepanjang tempoh kak Laila kahwin dengan abang, aku tak pernah tau tentang perkara ni.
            Tapi  tidak mustahil juga kak Laila seperti yang abang cakapkan. Kak Laila perlukan kasih sayang. Dia kesunyian. Segalanya mungkin. Perkara ni tak boleh lepas pandang. Tak elok juga kalau nak menuduh pun. Jadi dektetif lah kali ni kau Farisha oi.
            ‘Armand. Nama budak tu Armand.’ Jawab Daniel pendek.
            Armand? Macam pernah aku dengar sebaris nama tu, tapi kat mana ye? Hish, ramai sangat aku kenal sejak akhir-akhir ni. Lagipula banyak jugak nama pekerja-pekerja baru kat ladang tu. Macam-macam nama ada.

No comments:

Post a Comment