Thursday, 21 February 2013

You're mine, only mine! BAB 1




BAB 1
Hish, geramnya rasa! Aku pantang sungguh kalau apa yang aku bagitau tak paham-paham. Dah berbuih mulut aku ulang perkara yang sama. Ni aku cakap bahasa melayu, bukan bahasa Tamil ke Siam. Nasib baik aku tak sempat belajar dua bahasa tu. Kalau tidak confirm menghabiskan tenaga dan air liur aku je membebel tak sudah.
Orang melayu yang tak paham bahasa melayu, aku pun tak tahu nak pakai bahasa apa dah. Jangan paksa aku guna bahasa aku sudah. Kang naya! Takpe, dengar dulu ayah ngah cerita. Biar kasi hot dulu. Tukas Farisha dalam hatinya. Mata dan telinga kembali fokus kepada Ismadi yang sedang bercerita.
‘Aku hangin betullah dengan si Seman tu. Tak paham bahasa sungguh. Aku dah cakap aku takkan jual tanah tu, dia berkeras jugak. Malam semalam dia upah orang bubuh racun dalam makanan lembu-lembu tu. Nasib baik dorang sempat lari sebelum aku bertindak. Kalau tidak ICU la jawabnya. Ha, berapa orang kau nampak kat ladang tadi Rais?’ Rais yang sedang menghirup Nescafe panas yang disediakan Fatimah terbatuk-batuk disergah Ismadi.
‘Tak ramai tuan Is. Tadi saya nampak ‘sekor’ je langau yang Seman hantar.’ Jelas Rais sambil menunjukkan satu jarinya. Cawan Nescafe diletakkan kembali di atas meja. Dicapainya pula sekeping biskut ping pong dan dibahagikan dua. Biskut yang dicelup dengan Nescafe panas disuakan ke dalam mulut.
‘Kau biar betul Rais? Sekor je? Ah, sekor tak sekor. Kalau senapang patah aku tak meletup hari ni, jangan panggil aku Ismadi! Sape nak ikut, jom.’ Senapang patah sudah berada ditangan dipegang kemas. Rais, Amir, Farhan dan Yanti hanya menjadi penonton setia.
‘Eh, abang. Betul ke nak gi ni?Bukan saya tak kenal abang tu, nanti menyusahkan Farisha jugak. Kes-kes kat ladang kita ni, semuanya Farisha yang uruskan. Kesian anak sedara saya tu.’ Fatimah tayang muka menyampah. Dipandang Farisha yang sedang duduk memerhatikan mereka. Bukan dia tidak tahu perangai suaminya. Bab bercakap, memang Ismadi orangnya.
‘Awak ni, bukan nak menyokong abang pun.Farisha tu bukan anak sedara awak sorang je tau. Anak sedara abang jugak. Bukan abang taknak uruskan hal ‘keganasan’ kat ladang kita tu. Tapi kalau abang turun padang, gajah pun beri tabik takutkan abang tau.’ Gajah beri tabik kau! Ismadi kembali melabuhkan punggungnya di atas sofa buatan Itali yang ditempah Daniel. Empuknya!
‘Tuan Is, saya nampak mamat tu tangkap gambar kawasan ladang kita.’ Halim yang entah dari mana termengah-mengah datang memberitahu.
Huh, ni dah melampau! Senapang patah yang berada ditangan Ismadi dirampas Farisha. Belum pun sempat Ismadi mengeluarkan kata-kata, Farisha sudah hilang dari pandangannya. Ismadi menggaru kepalanya yang tidak gatal.
‘Abang, Risha nak ke mana tu sorang-sorang dia? Abang kata nak jadi hero sangat tadi.Tu anak sedara saya kat luar sorang-sorang. Pergilah tolong sikit. Yang korang ni ramai-ramai duduk sini buat tak tahu je kenapa. Pergi lah follow Farisha.
Tolong sekali pape yang patut.’ Terkejut masing-masing mendengar jerkahan Fatimah. Masing-masing bangun berjalan mengekor langkah Ismadi keluar dari rumah menuju ke kawasan ladang.
‘Mana kau menyorok hah, mambang?’ Farisha yang datang menunggang kuda putih kesayangannya melilau sekitar ladang. Tapi tiada sesiapa pun yang ditangkap pandangan matanya ketika itu.
‘Hiah! Jom kita cari kat sana pulak Prince. Aku tau budak suruhan tu mesti ada kat tempat yang aku selalu bawak kau cari makan. Kalau dia nak tangkap gambar, mesti cari port menarik.’ Prince yang seakan faham kata-kata Farisha berdehem seraya mengerakkan kepalanya.
Melilau anak mata Farisha mencari si penceroboh. Prince yang laju berlari sebentar tadi berjalan perlahan.
Hah, tu pun mangsa aku! Diperhatikan mangsa yang sedang didekati dari belakang. Perlahan Farisha turun dari tunggangannya. Muka Prince diusap perlahan.
‘Prince, kau tunggu sini jap tau. Aku nak menghabiskan riwayat mambang kat depan.’ Senapang patah dipegang kemas dan dilaraskan kedudukan. Farisha berjalan perlahan mendekati lelaki di hadapan yang membelakanginya.
‘Kau boleh mengucap dua kalimah syahadah and berzikir banyak-banyak sekarang sebelum aku tamatkan riwayat kau kat sini.’ Muncung senapang diacukan di kepala si langau. Hah, tau takut. Sampai terlepas kamera kat tangan kau ye? Ha, tu lah kau. Kusyuk lagi tangkap gambar kat tempat terlarang sampai tak sedar aku datang.
‘Eh, saya tak buat salah pape pun. Ni sampai nak bunuh-bunuh ni kenapa? Awak ni malaikat maut ke datang nak mencabut nyawa?’ tanya Armand. Eh, kau! Mulut macam longkang. Ha’ah, ni kau punya malaikat maut datang nak ambik nyawa kau.
‘Tak buat salah kau kata? Tu, kamera kau yang jatuh tergolek kat kaki kau ada semua bukti. Kenapa kau nak menurut sangat cakap Seman tu hah? Berapa sen sangat kau dapat kalau kerja dengan manusia macam tu?’ kepala Armand ditunjal-tunjal geram dengan muncung senapang. Geramnye lah aku mamat ni!
‘Seman? Wait. Sape Seman??’ Armand kebingungan dengan posisi yang masih tidak berubah. Kedua belah tangan diangkat persis seorang pesalah yang berjaya diberkas. Digosok-gosok kepala yang terasa perit dek giat ditunjal dari belakang.
‘Oh, buat-buat tak kenal pulak? Kalau kau punya boss tau kau buat-buat tak kenal dia macam ni, aku tak tau la jadi lauk ape kau nanti.’ Farisha tayang muka meluat. Siyes, macam haram la mamat ni. Terlalu takut kat aku ke sampai boss sendiri pun dah tak kenal? Wah, hebat kau Farisha!
‘Boss?? Awak, saya tak pernah ada boss dan tak pernah jadi pekerja sapa-sapa. Saya kerja untuk diri saya sendiri. Saya boss, saya pekerja.  Dan saya pun ada pekerja kalau awak nak tau.’ Gelak Armand. Huh, meluatnya aku dengan mamat ni. Berlagak nak mampus.
‘Ah, lantak kau lah. Panjang kata yang sudah dipendekkan, kau dah menceroboh kawasan aku. Sayonara!’ picu senapang patah ditarik. Kedengaran bunyi tembakan bergema di kawasan ladang yang luas itu.

No comments:

Post a Comment