Friday 22 February 2013

You're mine, only mine! BAB 5




Bab 5
            ‘Oh, maknanya PG yang Risha sebut-sebut kat akak tu Armand? Akak rasa Risha dah salah faham tentang Armand. Akak kenal Armand.’ Jelas Laila setelah mendengar cerita daripada Farisha tentang kejadian di ladang sehinggalah ke kejadian hari ini. Farisha tayang muka menyampah. Huh, kenapa nak bela sangat mamat tu? Bencinya!
            ‘Abaikan jelah hal ni. Tak penting pun. Sekarang ni Risha nak dengar masalah akak pulak. Kenapa Safiya sampai boleh lari ni? Nasib baik tak jadi pape kat dia.’ Farisha mengalih topik perbualannya. Berang pulak dok cerita tentang mamat tak sudah tu.
            ‘Hurm, akak tak tau nak mula macam mana dengan Risha. Akak malu sebenarnya nak cerita.’ Laila menunduk muka. Matanya memandang jari kaki sendiri. Malu rasanya hendak berterus terang dengan Farisha.
Bukan dia tidak pernah bercerita tentang hubungannya dengan Daniel, malah Farisha yang menjadi penasihat mereka. Tapi bila sudah seringkali perkara seperti ini berlaku, Laila tidak mahu membabitkan Farisha dalam hal rumah tangganya.
            ‘Akak, Risha dah kenal akak lama. Bukan sehari dua. Risha dah anggap akak macam akak kandung Risha sendiri. Abang buat masalah apa pulak kali ni?’ pertanyaan Farisha berubah serius. Dia tidak mahu Laila berterusan bersedih. Farisha beralih tempat duduk. Dari duduk berhadapan dengan Laila, dia duduk bersebelahan dengan Laila.
            ‘Akak dah putus asa dengan hubungan kami ni. Akak dah tak nampak jalan lain. Tapi akak kesiankan Safiya.’ Mata Laila mula bergenang. Farisha mengusap bahu Laila seakan memberi semangat kepada kakak iparnya.
            ‘Abang buat apa kat akak? Dia pukul akak ke?’ Serius pertanyaan Farisha. Laila hanya menggeleng kepalanya.
            ‘Habis?’ tanya Farisha kurang sabar.
            ‘Dia ada perempuan lain.’ Mendatar kedengaran jawapan yang diberikan Laila. Farisha sudah mengagak perkara seperti ini berlaku. Daniel agak popular di kalangan wanita. Siapa yang mahu menolak lelaki yang punya segala pakej lengkap yang diidamkan setiap wanita.
            Dia bergelar usahawan muda yang berjaya dan sering muncul di kaca televisyen. Raut wajah Daniel juga sering menjadi tumpuan. Punya wajah persis seorang lelaki berketurunan Arab dan mempunyai anak mata yang berwarna hazel menambahkan personaliti Daniel.
            ‘Takpe, akak jangan risau sangat. Risha tahu macam mana nak uruskan perkara ni. By the way, Safiya mana?’ tanya Farisha apabila tidak melihat kelibat Safiya bersama mereka sedari tadi.
            ‘Oh, Safiya dah balik dengan bibik tadi.’ Jelas Laila. Dia sengaja tidak mahu Safiya mengganggu perbualannya dengan Farisha. Jadi Laila sudah mengarahkan pembantu rumahnya membawa Safiya pulang terlebih dahulu.
            ‘Emm, Risha dah makan? Jom kita keluar makan dulu. Atau Risha nak berehat kat atas je?’ pelawa Laila.
            ‘Risha nak rest kat atas je lah kak. Perut kenyang lagi ni. Tadi makan banyak sebelum datang sini.’ Ujar Farisha diiringi tawa panjang.
            ‘Ok. Up to you. Kalau ada pape Risha nak pesan, just sms akak ye. Ni kad bilik Risha.’ Kad bilik dikeluarkan dari tas tangan miliknya dan diserahkan kepada Farisha. Kad di tangan dimain-main.
            Farisha berlalu meninggalkan Laila dan menuju ke lif. Sebaik sahaja lif terbuka, Farisha masuk ke dalam dan menekan angka 10.  Tidak sampai 30 saat, lif sampai di tingkat 10. Farisha berjalan melewati bilik-bilik yang ada di tingkat 10 itu. Ada 6 bilik semuanya. Bilik Farisha adalah bilik yang berada di hujung sekali.
            Farisha melalukan kad yang diberikan Laila di security key guard pintu bilik. Pintu bilik terbuka. Wah, besarnya bilik ni. Kak Laila salah bagi kad kat aku ke? Susun atur dalam bilik itu memang menakjubkan. Dihias ala-ala rumah di Perancis. Perghhh, memang first class lah hotel kak Laila ni.
            Tidak hairanlah jika hotel kak Laila ni terkenal serata dunia. Kos penginapannya pun berpatutan. Farisha menuju ke balkoni biliknya. Berderau darahnya tatkala mata dihalakan ke bawah. Serius seram.
            Abang Daniel! Apa yang berada kat fikiran abang sekarang ya? Kak Laila yang sempurna macam tu dia boleh buat macam ni. Hebat sangat ke perempuan yang goda abang tu? Takkan abang kena guna-guna kot? Farisha masuk ke dalam.
            Dikeluarkan Samsung galaxy note II miliknya dari dalam hand bag. Contact number diskrollkan ke bawah. Satu numbor didail.
Ish, mana dia ni? Wei, mana kau time aku perlukan kau. Habis jalan kredit aku call kau masuk voice mail je. Bankrupt aku macam ni. Kau satu-satunya harapan aku. Come on, pick up the phone please. Number didail lagi untuk kesekian kalinya.
            ‘Wei, kau ni kan Rish. Kacau betullah. Ape hal kau kacau aku?’ marah suara di hujung talian. Namanya Zainuddin. Tapi jangan sesiapa pun memanggilnya dengan nama Zainuddin walaupun hanya memerlukan khidmatnya sekali.
            ‘Dean! Ala wei. Aku nak mintak tolong, sebab tu aku call kau.. Boleh kau tolong aku kali ni? Please?’ pujuk Farisha dengan suara meleretnya. Mujur juga Dean menjawab panggilannya. Ada juga harapan.
            ‘Kau kalau ada masalah je call aku. Kalau tak menyepi macam tu je kan.’ Ujar Dean. Dean adalah master computer. Dean boleh menjejak semua jenis rekod walaupun mempunyai 1001 security. Otaknya sangatlah genius. Dan disebabkan otak yang genius itulah, Farisha memerlukan khidmatnya dalam melaksanakan misi barunya.
Sudah banyak kali Dean bekerjasama dengan Farisha tapi, apa yang dia tidak berpuas hati tentang Farisha adalah Farisha tidak mahu keluar bertemu janji dengannya. Walaupun Farisha tahu Dean menaruh hati padanya. Sudah banyak kali Dean mengajak Farisha keluar tetapi tiap kali itulah ditolak perlawaannya mentah-mentah.
‘Ala, babe. Kalau nak jumpa kau kena bawak duit saku lebih. Kau paham-paham lah sekarang ni. Aku tanam anggur tak berbuah. Harapkan dengan ladang tu je berapa sen sangatlah aku dapat. Sekarang ni pun aku korek duit tabung tau nak guna khidmat kau.’ Ujar Farisha beria-ria. Farisha kalau bab bercakap memang nombor satu.
‘Yelah kau. Aku ajak kau, aku la kuar duit. Kau tu banyak sangat dalih.’ Kata Dean berterus terang. Farisha hanya tergelak mendengar kata-kata Dean. Dean hanya dianggap sebagai sahabat. Tidak lebih dari itu.
‘So, apa tugas aku sekarang ni?’ tanya Dean berterus terang. Kalau nak bersembang, lagi lama ni. Makan masa pulak.
‘Aku nak kau kasi maklumat tentang sorang minah senget. Aku nak maklumat tu urgent tau. Boleh kau tolong aku?’ Soalan Dean dibalas dengan soalan kemudiannya. Kata-kata sudah bertukar menjadi serius.
‘Ok boss! Roger! Chow!’ Dean menamatkan talian dengan Farisha. Computer riba kembali di pasang. Tidak sampai 5 minit Samsung Galaxy tab miliknya berbunyi menandakan ada email masuk. Email dibaca. Memang salutelah kerja Dean ni. Tugasnya bermula.

No comments:

Post a Comment