Thursday 21 February 2013

You're mine, only mine! BAB 2




BAB 2
            ‘Hah, macam mana, jumpa tak?’ tanya Ismadi kepada pekerja-pekerjanya. Mata melilau satu persatu wajah pekerja dihadapannya. Jawapan bagi soalan yang ditanya hanya dijawab dengan gelengan dari mereka.
            ‘Takpe. Kita cari lagi.Jangan berhenti selagi tak jumpa. Ok, gerak sekarang.’ Ismadi memberi arahan selaku ketua. Dia,isterinya dan Yanti beriringan menuju ke kawasan ternakan lembu manakala yang lain menuju ke kawasan ladang teh.
            ‘Abang, hari dah gelap ni. Mana Risha? Ya Allah, janganlah jadi apa-apa kat Risha.’ Fatimah runsing. Tangannya ditadah seraya diraup  ke mukanya. Langkah masih diteruskan.
            ‘Apa yang awak mengarut ni Fatimah? Abang yakin Risha selamat. Dia lagi hebat dari abang. Dengan 10 orang budak suruhan Seman dia boleh kalahkan. Takpelah,  kita duduk berehat kat sini dulu, naik semput dah abang ni.’ Ismadi duduk di atas rumput-rumput khas yang diimport sebagai bekalan makanan untuk ternakan lembu mereka.
            Sedang mereka duduk membuang penat dan lelah mencari Farisha lebih kurang tiga jam, rumput-rumput yang disusun kemas dan rapi dibelakang terjatuh.Serentak masing-masing memandang ke arah timbunan rumput yang sudah terbuka dari ikatan.
            ‘Hantu ke?’ tanya Yanti perlahan. Air liur terasa kesat di kerongkong.
            ‘Mulut tu, jangan celopar sangat Yanti. Hari dah malam ni.’ Tegur Fatimah. Tiba-tiba satu lagi bungkusan rumput yang disusun tinggi terjatuh betul-betul berada di kaki Ismadi. Apa lagi, meloncat si Ismadi dek kerana terkejut. Yanti tergelak kuat melihat teletah majikannya. Harap je badan besar macam tong dram, tapi pengecut macam ayam.
            ‘Yanti.’ Fatimah  bersuara perlahan. Hatinya juga turut berdebar-debar. Kaki dibawa menghampiri timbunan rumput-rumput yang disusun kemas di satu sudut berhampiran dengan tong baja organik. Diintainya di sebalik timbunan rerumput yang molek tersusun itu.
            ‘Risha!!!’ jerit Fatimah cemas apabila melihat Farisha yang telah diikat tangan ke belakang dan mulutnya ditutup dengan kain. Kakinya juga diikat. Di sebelah Farisha pula senapang patah yang dibawa petang tadi. Ya Allah, apa dah jadi kat Farisha ni? Pantas ikatan pada tangan dan kaki Farisha dileraikan.
            ‘Ayah ngah dan mak ngah jangan risau ok? Risha ok. Tak mati pun lagi. Apa nangis-nangis ni? Tak macho lah lelaki nangis.’ Air mata di pipi Ismadi diseka dengan jemari runcingnya. Dia memeluk kembali ayah ngah dan mak ngahnya.
            ‘Apa cakap macam tu Risha? Tak baik tau cakap macam ni. Kami dah risau separuh nyawa cari Farisha.’ Fatimah menegur Farisha. Farisha hanya tersenyum kambing. Ops, my bad.
            ‘Apa yang dah jadi sebenarnya ni Risha? Kenapa sampai kena ikat bagai ni? Siapa yang punya kerja buat Risha macam ni? Bagitau ayah ngah. Biar malam ni jugak ayah ngah kerjakan orang tu.’ Ismadi tayang muka geram. Penumbuknya dikepal. Angkara Seman ke? Memang tempah maut betullah Seman kali ni. Aku takkan lepaskan kau.
            ‘Takpelah ayah ngah. Risha boleh uruskan sendiri perkara ni. Lagipun ayah ngah tak kenal budak yang buat macam ni kat Risha. Dia bukan budak Seman.Dia kata dia buat kerja sendiri.’ Rumput-rumput yang bersisa di rambutnya dibuang.
Kau jangan buat aku jumpa kau lagi sengal. Nahas kau kalau kau muncul depan muka aku. Berani-berani kau buat aku macam ni. 23 tahun aku hidup, kau satu-satu manusia yang langsi macam tu kat aku. Jangan tunjuk muka kau depan aku lagi dah!
‘Hurm, kalau macam tu jomlah kita balik. Hari dah lewat benar ni. Kita sambung cerita kat rumah.Tak pun sambung cerita esok je terus. Bagi si Risha ni rehat dulu. Abang boleh kerahkan anak-anak buah abang yang lain tu berhenti cari Risha. Kang sampai ke pagi dorang cari tak jumpa-jumpa.’ Fatimah mengajak Ismadi pulang. Jam di tangan sudah menunjukkan ke angka 10.
Yanti mengekor langkah dari belakang. Bila difikir-fikir kembali, macam-macam perkara berlaku hari ni. Awal pagi tadi kecoh satu ladang ternakan lembu Ismadi diserang cirit-birit kerana keracunan makanan. Tengahari tadi pula Safiya, anak Daniel dan Laila  lari membawa diri kerana tidak tahan dengan mama dan papanya yang selalu bertengkar. Nasib baiklah Safiya yang baru berumur 7 tahun itu lari ke ladang, kalau tidak mesti satu hal lagi mahu mencarinya.Dan petang pula kes Farisha ‘diculik’. Hai, banyak betul. Ngomel Yanti perlahan.
Mereka anak beranak berjalan berpimpingan tangan menuju ke villa. Farisha berada di tengah diapit oleh Ismadi dan Fatimah di kiri dan kanannya. Terjengul wajah Amir, Rais, Farhan, Saif, Mat, Natrah, Bedah dan Wati di muka pintu villa.
‘Korang semua ada kat sini? Korang boleh balik rehat. Risha perlu rehat dulu. Dia pun letih ni. Esok mula kerja macam biasa.’ Arah Ismadi kepada pekerja-pekerjanya.
‘ Ayah ngah dan mak ngah pun boleh lah masuk rehat. Thanks semua sebab tolong Risha. Risha masuk mandi dululah. Habis satu badan miang-miang ni.’ Fatimah hanya mengangguk mengiakan kata-kata Farisha. Langkah Farisha diiring dengan ekor mata sehingga hilang di sebalik pintu biliknya.
‘Saya pun dah mengantuk sangat ni bang. Saya masuk tidur dulu lah ye. Abang taknak tidur lagi ke? Yang lain semua dah masuk tidur pun. Tinggal kita berdua je kat sini ni.’ Tegur Fatimah.
‘Yelah, jom lah kita masuk tidur.’ Ismadi menguap mengiakan kata-kata isterinya. Sunyi kediaman villa Tiara. Hanya kedengaran bunyi cengkerik yang menghiasi pekat malam membawa pergi bermacam kenangan.


No comments:

Post a Comment