Saturday 23 February 2013

You're mine, only mine! BAB 8




Bab 8
            ‘Nurse, mana satu bilik pesakit bernama Safiya?’ tanya Farisha di kaunter jururawat. Bergegas dia keluar dari bilik setelah dimaklumkan bahawa Safiya masuk wad diserang demam panas.
            ‘Sekejap ye puan, saya semak nama.’ Pantas jururawat itu key in nama dalam computer di hadapannya. Farisha hanya mengangguk. Puan dia panggil aku? Eh, hello… miss ok. Apa pun tak boleh.
Wah, sekarang semuanya serba canggih. Semua pakai computer. Key in je, semua benda boleh cari.
            ‘Bilik Prime number 2 puan.’ Balas jururawat itu sambil tersenyum. Farisha berlalu dari kaunter jururawat setelah mengucapkan terima kasih kepada jururawat yang bernama Mashitah berdasarkan tag nama yang dipakainya.
            Ish, mana satu biliknya ni? Lupa pulak nak tanya kat nurse tu tadi arah mana nak pergi. Cari je lah Farisha oi. Nanti jumpalah tu. Bilik-bilik dalam ward peadiatrik ni pun canggih sangat nama-namanya. Duta, Castle, Flora. Ha, jumpa pun. Prime! Ya Allah, banyak pulak biliknya. Farisha mengeluh perlahan. Cari jangan tak cari ye Risha.
            Yes, jumpa pun! Prime number 2. Nasib baiklah numbernya tersusun dari awal sampai akhir.
Baru Farisha berura-ura masuk ke dalam bilik yang menempatkan Safiya, ternampak seseorang yang amat dikenalinya. Perverted guy! Apa dia buat kat sini pulak? Menyibuk je kerjanya. Pantas Farisha berlindung di sebalik pintu bilik. Sedang dia berkira-kira mahu beredar dari tempat itu, kedengaran suara Laila dari dalam.
            ‘Armand, susahkan you je datang melawat anak I kat sini.’ Kedengaran perlahan keluhan dilepaskan dari mulut Laila.
            ‘Ala, takpe lah. I datang tengok Safiya bukan selalu. Ada masa lapang, I bolehlah datang.’ Ujar Armand perlahan. Mungkin tidak mahu menganggu Safiya yang sedang tidur keletihan. Farisha di luar sudah menjelirkan lidahnya loya.
            ‘You baik sangat dengan I, Armand. Dari dulu sampai sekarang, perangai you tak berubah.’ Laila membuang pandang pada Safiya yang sedang lena. Kalaulah saat ini Daniel ada bersamanya. Kurang sedikit beban yang ditanggung didalam hati.
            Eh, wait! Armand? Lelaki yang sama ke? Dua hari lepas pun abang ada cakap nama yang sama. Dean ni pulak, time aku nak guna khidmat dia, dia ghaib. Ni tak lain tak bukan mesti balik kampung. Armand yang ni ke abang kata ex-boyfriend kak Laila? Tak boleh jadi kalau betul ni.
Farisha berlalu meninggalkan bilik wad dan masuk ke dalam lif bersama beberapa orang pelawat yang sudah menunggu di hadapan pintu lif. Tidak sampai beberapa minit, lif sudah sampai ke ground floor.
Farisha cepat-cepat keluar dari lif. Laju dia berjalan menuju ke tempat yang lebih lapang. Number telefon Daniel didail. Handphone Samsung Galaxy dilekapkan ke telinganya.
            ‘Hello, abang kat mana ni? Kenapa tak datang lagi ni? Abang tau tak Yaya masuk wad ni?’ bertalu-talu soalan keluar dari bibir Farisha. Hatinya panas dengan suasana di bilik wad sebentar tadi.
            ‘Hey, banyaknya soalan. Chill lah.’ gelak Daniel di hujung talian. Daniel menggaru kepalanya yang tidak gatal. Apa kena dengan Risha ni? Mood macam ribut. Sekejap ok, sekejap tak ok. Peninglah macam ni.   
            ‘Abang kat mana?’ tanya Farisha serius. Chill kepala hotak! Abang tak tau apa yang Risha nampak tadi. Mahu saja diluahkan apa yang berada di dalam fikirannya.
            ‘Abang kat Pangkor ni. Petang ni baru balik. Petang ni baru abang dapat melawat Yaya. Teruk ke sakitnya?’ Daniel terpaksa menguruskan hal kerja di Pangkor. Sudah 3 hari dia berada di Pangkor.
            ‘Dia ok. Dia tengah tidur tadi masa Risha sampai. Abang, kawan kak Laila ada berapa orang yang nama Armand?’ soal Farisha ingin tahu. Kalau betul orang yang berada di dalam bilik bersama dengan Laila dan Safiya adalah orang yang sama, dia perlu memulakan langkah awal.
            ‘Sorang tu jelah yang abang kenal dan tahu. Kenapa Risha?’ Daniel menjawab setelah lama berjeda. Farisha tayang senyum sumbing. Jackpot!
            ‘Takdelah. Saje Risha nak tau. Ok lah abang, Risha ada hal ni. Take care. Bye.’ Risha memutuskan talian. Nampaknya tak perlu aku bersusah payah cari maklumat dari Dean. Duit aku pun tak jalan.
            Baru sahaja Farisha mahu berpatah balik menuju ke bilik wad yang menempatkan Safiya, dia terpandangkan Armand yang baru keluar dari lif. Terus diekori langkah Armand yang menuju ke cafeteria hospital.
            Kau lapar ke mambang? Takpe, kau pergi melantak dulu. Aku tunggu kau kat sini. Farisha berkata di dalam hati. Dia berdiri membelakangkan dinding. Handphone Samsung Galaxy note II dikeluarkan dari poket seluar. Mesej ditaip dan dihantar ke number ayah ngah Ismadi.
            Beberapa minit kemudian handphonenya berbunyi. Pantas diangkat apabila tahu siapa yang memanggil.
            ‘Hello, ya ayah ngah. Kenapa?’ tanya Farisha kalut apabila Armand sudah berjalan keluar dari cafeteria. Badannya dipalingkan kebelakang apabila Armand melintas dihadapannya. Cepat sahaja Farisha mengekori Armand dari belakang. Diperhatikan Armand dengan jarak yang selamat.
            ‘Lama lagi ke Risha nak duduk sana? Mak ngah dah risau sangat ni. Katanya Risha tak mahu balik sini lagi dah.’ ujar Ismadi. Fatimah sering menanya tentang Farisha hinggakan setiap jam disuruhnya Ismadi menelefon.
            ‘Hal kat sini tak settle lagi lah ayah ngah. Nanti dah settle semua, Risha baliklah. Bagitahu mak ngah tu, Risha ni kalau nak lari mesti dah angkut 1 almari baju.’ Mata melilau mencari kelibat Armand yang sekejap tadi berada di kaunter pembayaran. Alahai, hilang lah pulak!
            ‘Ayah ngah, Risha ada hal ni. Nanti Risha call balik ok? Kirim salam sayang Risha pada semua. Take care. Bye.’ Ujar Farisha memutuskan talian. Handphone kembali dimasukkan ke dalam poket seluar.
            Hish, mana pulak mamat ni pergi? Cepat pulak dia ghaib. Tadi ade je depan mata aku ni. Macam magic dah. Dah naik wad kot. Fikir Farisha. Hurm, takpe lah aku tengok kat wad pulak. Sebaik masuk ke dalam lif, number 8 ditekan. Seperti biasa, tak lama menunggu, lif sudah sampai ke tingkat 8 iaitu ward pediatrik.
            Farisha berjalan keluar dari lif dan menuju ke bilik yang menempatkan Safiya. Tiba-tiba tangannya ditarik seseorang dari belakang dan masuk ke pintu kecemasan. Terjerit kecil Farisha. Pergh, sakit tangan aku kot. Tangan yang berbirat merah digosok perlahan.
            ‘Kau?! Apa kau buat kat sini? Main tarik-tarik tangan pulak.’ marah Farisha apabila melihat Armand berada dihadapannya sambil bercekak pinggang.
            ‘Eh, sedapnya bahasa! Awak jangan nak salahkan saya pulak ok. Macam saya tak tahu awak follow saya dari tadi. Apasal? Nak mintak maaf?’ Armand tersengih. Sejak dia keluar dari lif dan masuk ke cafeteria lagi dia sudah perasankan Farisha mengekorinya. Farisha yang tidak tahu dia sudah tertangkap dengan perbuatannya sendiri.
            ‘Kalau kau dah tahu, senang kerja aku.’ Farisha berbalas senyum dengan Armand. Jangan ingat aku semudah tu nak melutut kat kaki kau Armand. Kau dah porak perandakan family abang aku. Aku takkan biarkan rancangan kau berjaya.
            ‘Dan jangan kau ingat aku follow kau tadi sebab aku nak mintak maaf pada kau. Jangan perasan sangatlah.’ Terus mati senyuman di bibir Armand mendengar kata-kata yang keluar dari Farisha. Tidak jadi Armand hendak meneruskan kata. Farisha yang melihat tersenyum bangga di dalam hati.
            ‘Aku nak kau berambus dari sini. Berambus dari hidup Laila. Aku tak suka kau ganggu dia. Kisah kau dengan dia dulu dah jadi sejarah. Dia dah jadi milik abang aku yang sah. So, jangan kau mimpi nak rampas kebahagiaan orang lain.’ Sambung Farisha bersama senyum sinisnya. Sengaja ditekankan perkataan sah itu.
            Armand hanya tersenyum panjang mendengar kata-kata yang keluar dari bibir Farisha. Armand menggaru sebelah keningnya dengan jari telunjuk. Sangkanya Farisha mengekorinya kerana sudah terpikat padanya. Rupanya sangkaannya jauh melencong. Farisha bukan seperti gadis-gadis yang pernah dikenalinya. Perlahan Armand melangkah ke hadapan membuatkan Farisha mengundur ke belakang.
            ‘Apa kau nak buat ni??’ marah Farisha kalut apabila melihat Armand semakin mendekatinya. Dia tersepit diantara dinding dan Armand. Armand ketawa. Dapat dihidu haruman dari rambut Farisha yang dilepas panjang mencecah pinggang.
            ‘Apa yang kau rasa aku nak buat?’ Gelak Armand kemudiannya. Dia sengaja mahu menakutkan gadis itu. Kedua belah tangannya mengepung Farisha. Farisha kelu tidak bersuara. Takde lah tinggi mana Farisha ni. Paras bahu aku je.
            ‘Kalau aku dapat kau pun berbaloi jugak ni kan. Untung aku kalau macam ni, kau aku dapat, Laila pun aku dapat.’ Armand gelak kuat. Farisha sudah terketar-ketar di hadapannya. Jarak mereka sangat dekat.
            ‘Kau dah gila ke?’ ujar Farisha dengan suara yang terketar-ketar. Muka dipalingkan ke sisi. Sepanjang hayat aku tak pernah lagi duduk serapat ni dengan mana-mana lelaki. Ayah ngah, tolong Risha! Debaran dalam hatinya usah dikata. Macam baru selesai pecut 1000 meter.
            ‘Memang aku tengah gila sekarang. Kenapa?’ tanya Armand bersama senyuman yang masih tidak lekang dari bibirnya. Seronok pula melihat Farisha yang sudah merona merah wajahnya.
            ‘Perverted guy!’ ucap Farisha perlahan tetapi masih dapat didengari Armand.
           Hish, pantangnya aku dengar perkataan tu! Ni first time perempuan panggil aku macam ni.Melampau! Sebelum ni orang semua respect aku. Farisha ditarik mendekatinya. Tangannya melingkari pinggang ramping Farisha. Dapat dirasa lekuk tubuh badan Farisha di tubuhnya. Serentak itu, jantung Armand berdetak laju.
            ‘Ops, sorry.’ Kata jururawat yang datang entah dari mana sedang menuruni tangga. Armand yang seperti baru tersedar dari lamunannya meleraikan pelukannya dan menjauhkan diri dari Farisha. Farisha hanya kaku tidak bergerak. Keras seperti patung cendana.

No comments:

Post a Comment