Saturday 23 February 2013

You're mine, only mine! BAB 9


 

Bab 9
            Dasar lelaki bangang! Arghhhh!! Aku benci dia! Aku benci Armand! Kau mati! Mati! Mati! Farisha melihat mukanya di dalam cermin. Tapi apa yang dilihat, hanya raut wajah Armand tersenyum kemenangan. Aku takkan biarkan kau hidup senang! Aku akan buat kau menderita!
            Hampir 2 jam Farisha berteleku di dalam bilik air. Shower yang dipasang dibiar membasahkan badannya. Habis lencun bersama t-shirt merah yang dipakai tadi. Semakin diingat, semakin sakit hati dibuatnya. Jahanam kau Armand! Bentak Farisha dalam hati.
            Aku tak boleh terus macam ni. Aku kena kuat. Aku tak boleh mengalah macam tu je. Aku kena lawan. Ya, kau kena lawan dugaan ni. Kau kena kuat. Kau tak boleh sekali-kali mengalah. Nak dilupakan pun, sakit hati jugak. Dengan kak Laila dia boleh main-main. Tapi dengan aku, kau memang cari maut.
              Pili air di tab mandi ditutup. Farisha keluar dari dalam tab dan mengeringkan badannya. Baju ditukar kepada pakaian yang baru. Samsung Galaxy Note II di atas meja solek diambil.
            ‘Hana, jumpa jom. Kau free tak sekarang?’ serius kedengaran suara Farisha.
            ‘Aku free sekarang. Kenapa wei?’ tanya Hana bimbang. Apa dah jadi dengan Farisha ni? Macam ada hal yang tak kena je. Desis hati kecilnya.
            ‘Ok. Aku on the way. Bye.’ Belum sempat Hana bertanya lebih, Farisha sudah memutuskan talian. Kardigan biru laut yang disangkut di kerusi dipakai. Tidak lupa kunci kereta bersama handphone miliknya. Farisha membuka langkah seribu menuju ke kereta.
            Bingit kedengaran bunyi handphone Samsung Galaxy note II miliknya minta diangkat. Dek malas melayan si pemanggil, cepat-cepat handphone ditukarkan ke mode silence. Kereta laju membelah jalan raya. Tidak sampai 10 minit Farisha sampai di hadapan kediaman Hana. Dilihat Hana sedang menunggunya di luar rumah.
            ‘Kau kenapa? Tadi aku nak tanya tak sempat. Cepat pulak kau letak phone. Aku call pun kau tak jawab. Apa cer?’ Soal Hana sebaik sahaja punggung mencecah tempat duduk sebelah pemandu. Seat belt dipasang.
            ‘Aku nak ajak kau bunuh orang.’ Serius kedengaran suara Farisha. Mata masih tertumpu pada pemanduan.
            ‘What?? Kau dah gila ke? Kau nak bunuh sape pulak ni? Apa dia dah buat kat kau sampai nak bunuh bagai ni?’ soal Hana bertubi-tubi. Terkejut Hana mendengar kata-kata dari Farisha. Setakat bunuh nyamuk, bolehlah nak harapkan aku. Ni kalau bab nyawa manusia, memang aku lemah semangat.
            ‘Yang kau terkejut sangat ni kenapa? Kau taknak tolong aku ke?’ Kereta diberhentikan secara mengejut di tepi jalan. Huh, nasib baik takde kereta kat belakang. Kalau tak dah arwah agaknya. Nauzubillah. Risha, kau ni bawak kereta ikut perasaan betullah.
            ‘Relax, yang kau nak marah aku pulak ni kenapa? Cuba kau cerita kat aku biar kasi jelas sikit. Mana tau kot-kot ada cara lain selain plan nak jadi pembunuh ni. Kang free-free je masuk lokap. Taknak aku! Kawin pun tak lagi ni.’ Ujar Hana berlawak. Badan dipalingkan menghadap Farisha yang berada disebelahnya.
            Farisha menceritakan dari mula kejadian sehingga akhir. Cuma dia tidak memberitahu Hana berkenaan adegan di hospital sewaktu melawat Safiya. Hish, takkan hal tu pun nak bagitau Hana kot! Puas kena gelak dengan minah senget ni nanti.
            ‘Ok, sekarang ni masalahnya kak Laila dah percaya kat Armand tu 100% lah ya? Apa kata, kalau kita gugurkan kepercayaan kak Laila? Sekurangnya takde lah dapat dosa membunuh dan selamat dari kena masuk lokap.’ Hana beri cadangan. Keningnya diangkat-angkat sambil bibir tersenyum ke arah Farisha. Gugur-gugur macam nak gugur anak pulak.
            ‘Tapi masalahnya sekarang, susah nak buang kepercayaan kak Laila tu. Aku dah try banyak benda dah sebelum ni. Armand tu pulak ex dia dulu sebelum dia kahwin dengan abang aku. Mesti dia takkan percaya.’ Keluh Farisha berat. Kepalanya terasa berdenyut-denyut sakit. Gigi diketap.
            ‘Belum cuba, belum tahu. Kali ni kita ikut plan aku. Plan baik punya.’ Hana tersenyum. Kepalanya terangguk-angguk mengenangkan plan yang akan dilaksanakan. Kali ni aku serahkan segalanya pada kau Hana. Kalau tak berjaya jugak, tak tahu lah. aku dah buntu sekarang. Aku suggest kita bunuh je mamat tu, kau taknak.
            ‘Ok, sekarang ni jangan pikir banyak. Kita gi makan dulu. Aku lapar ni.’ Hana tayang muka kesian. Perutnya digosok-gosok. Sudah berkeroncong memdendangkan irama lagu pop rock lagaknya. Menggeleng kepala Farisha dengan perangai Hana.
            Hari sudah menginjak ke pukul 6 petang rupanya. Memang patut pun jalan jammed. Orang dah balik dari kerja. Perut yang berkeroncong hebat minta diisi entah sudah kali berapa minta diisi. Hana di sebelah sudah tersandar kelaparan. Orang lain bila kekenyangan sahaja bersandar. Tapi minah ni pelik sikit. Bila lapar dia akan tersandar automatic. Bila sudah kenyang dia akan jadi hyperaktif.
            ‘Eh, aku nampak KFC kat sebelah kanan kau tu. Masuk sana jom. Drive thru je.’ Gelak Hana sambil terhinjut-hinjut di dalam keretanya. Farisha hanya tersenyum. Di waktu otak tengah serabut, memang berbaloi bawa Hana bersama. Ada guna jugak. Release sikit tension.
            Kereta memasuki kawasan drive thru KFC. Makan dalam kereta pun best jugak hujan-hujan macam ni. Dipandang ke luar kereta, hujan lebat mencurah-curah membasahi bumi. Patutlah siang tadi panas semacam je. Rupanya tanda hari nak hujan.
            ‘Kita nak makan kat mana ni Hana? Hujan lebat ni. Nak lepak kat taman botani pun takde mood.’ Gerutu Farisha. Hana disebelah dipandang. Eh, minah ni, aku tengah cakap dengan dia, dia boleh melantak pulak. Keluh Farisha perlahan. Kereta bergerak meninggalkan kawasan KFC.
            ‘Wei, Risha. Kau nak dengar tak plan aku?’ tanya Hana dengan mulut penuh dengan makanan. Sekejap-sekejap dihirupnya air milo miliknya.
            ‘Apa dia, cerita lah. Aku dengar ni.’ Ujar Farisha sambil meneruskan pemanduannya. Harap-haraplah plan kau ni boleh berjaya. Aku bukannya apa, sakit hati ni bila terbayangkan muka lelaki tak sedar diri tu.
            ‘Perempuan ni, satu je cara dia senang nak buang kepercayaan dia kat lelaki. Dan cara tu sangatlah berkesan.’ Hana tergelak. Farisha di sebelahnya memandang dengan raut muka curiga. Ish, entah apalah yang terlintas kat kepala kau tu, harap-haraplah brilliant punya idea.
            ‘Just straight to the point. I can’t wait.’ Luah Farisha kurang sabar. Hana disebelah sudah tayang muka seposen. Apalah kau ni Risha, cuba belajar bersabar sikit.
            ‘Hurm, kita upah orang buat kerja ni. Mana ada kucing menolak ikan free kan? Pekena ayat sikit je dah melentok macam disorongkan bantal.’ Peh, seram pulak aku dengar kau mengilai macam pontianak ni Hana oi. Tapi, macam best je plan ni. Persoalannya sekarang, mana nak dapat ikan?
            ‘Kau jangan risau pasal ikan tu. Aku dah tau lubuk banyak ikan baik punya yang akan tolong kita.’ ujar Hana seolah dapat membaca apa yang berada di dalam fikiran Farisha. Farisha hanya mencebik.

2 comments:

  1. Fakta yang bercanggah..masa nak ajak hana keluar risha tanya free x malam ni..masa nak g drive thru cakap petang balik keje

    ReplyDelete
  2. Lucky Club Casino site - Lucky Club Live
    The Lucky Club luckyclub Casino is open 24/7. Read everything you need to know about Lucky Club's online casino. Sign Up, deposit and play now!

    ReplyDelete