Thursday, 21 February 2013

You're mine, only mine! BAB 3




BAB 3
            ‘Risha, bangun. Ni kak Laila call. Dia nak cakap dengan Risha. Ada hal penting katanya.’ Kata Fatimah. Farisha yang merasa bahunya seperti digoyang mencelikkan matanya. Adeh, mengantuknya. Kenapa kak Laila call pulak pagi-pagi macam ni. Aku nak rest lama sikit pun tak boleh daa.
            Jam di atas meja diambil dan diletakkan kembali. Emmm, patutlah. Dah pukul 10pagi rupanya. Ingatkan baru pukul 7 pagi tadi. Tidur lena sangatlah kau Risha oi. Matahari dah terpacak tinggi pun ko masih nak tido ke? Apajenis anak dara lah ni. Farisha mengosok matanya. Daripada berbaring, dia duduk bersandar pada katilnya. Telefon diambil.
            ‘Hello kak. Sihat? Kenapa call Risha?’ tegur farisha kepada Laila di hujung talian dengan suara serak basah bangun tidurnya.
            ‘Hi Risha. Lah, akak nak call tak boleh ke?’ Laila seperti berjauh hati. Perlahan kedengaran suaranya di hujung talian.
            ‘Eh, tak. Bukan macam tu maksud Risha. Akak jangan salah paham pulak.’ Serba salah aku dibuatnya kalau macam ni. Kak Laila, jangan lah merajuk dengan Risha.
            ‘Akak gurau jelah Risha oi. Ni akak call sebab semalam mak ngah bagitau Safiya ada kat sana. Petang ni akak datang ambik dia ya? Sorry terpaksa menyusahkan korang kat sana jaga Safiya.’ Ujar Laila dengan rasa bersalah.
            ‘Eh, takpe lah kak. Petang ni Risha nak jumpa abang Daniel. Risha bawak Safiya sekali nanti. Risha singgah kat ofis abang Daniel nanti.’ Kata Farisha bersungguh-sungguh. Aku memang ada hal dengan abang Daniel. Aku dengar dari Safiya pun dah tak berapa nak sedap hati.
            ‘Risha nak datang sini? Kalau macam tu, terus datang ofis akak dululah. Banyak benda akak nak cerita kat Risha ni. Boleh akak jumpa dengan Safiya jugak nanti.’ Balas Laila. Oh, pucuk dicipta ulam mendatang Risha.
            ‘Ok. Kalau macam tu, Risha jumpa akak kejap lagi lah.Risha nak mandi dulu. Bye.’
            ‘Ok. Bye.’ Telefon dihulurkan kepada Fatimah yang berdiri di tepi katil.
            ‘Risha nak jumpa kak Laila ke hari ni? Nak suruh Pak Amir hantarkan korang ke?’ tanya Fatimah.
            ‘Haah. Risha sebenarnya nak jumpa abang. Tapi kak Laila cakap bawak Yaya gi ofis dia sebab dia ada perkara nak bincang dengan Risha.’ Farisha tayang muka mengantuk. Mak ai, kau ni Risha. Mengantuk tak habis lagi ke? Bangun! Kau ada banyak kerja nak buat hari ni. First sekali, ko kena mandi. Da bachin baunya ni. Ewww…
            Kaki dibawa melangkah menuju ke bilik air. Plug shower ditekan butang on. Kalau nak tau, walaupun sudah pukul 10 pagi, air kat umah ni memang sejuk tahap kutub utara. Nasib baik tak beku je. Macam ni lah kalau duduk kat kawasan tanah tinggi. Suhu yang tidak perlu menggunakan air-cond. Ha, dah save planet gitu. Go green! No global warming.
            Tepat 20 minit Farisha keluar dari dalam bilik air. Mukanya nampak segar. Hurm, nak pakai baju ape hari ni ye? Blouse?Makcik-makcik sangatlah Risha. Ko muda lagi. T-shirt? Aku takde baju t-shirt lawa. Semua dah buruk lah. Baju kurung? Eh?? Bukan nak gi kendurilah Risha. Interview pun bukan jugak. Wait a second, aku nak jumpa kak Laila je pun. Kisah ape baju nak pakai. Jangan tak pakai baju sudah. Hehehe…
            ‘Dah siap ke Risha? Jomlah kita pergi sekarang.’ Tegur Pak Amir apabila melihat Farisha yang keluar dari rumah.
            ‘Eh, takpe lah pak Amir. Risha boleh gi sendiri. Hari ni Risha drive. Yaya mana?’ tanya Farisha apabila tidak melihat Safiya di situ. Kunci kereta Toyota Camry dihulurkan kepada Farisha.
            ‘Yaya ada kat dalam kereta dah pun Risha. Seronok main i-pad baru yang dibeli Puan Fatimah semalam.’ Haah lah Risha, mane kau nak nampak Safiya kat dalam kereta tu. Tinted cermin gelap sangat. Budak tu pun kemetot je. Tak perasan.
            Farisha masuk ke dalam kereta. Safiya disebelahnya leka bermain game di dalam i-Pad baru hadiah dari Fatimah. Kereta bergerak perlahan keluar dari kawasan villa Tiara. Baik aku on radio. Taklah bosan sangat dalam perjalanan ni nanti. Sedang dia mengikuti rentak lagu yang bermain di corong radio, telefonnya bordering minta diangkat.
            'Hello, ye kak. Risha dah nak sampai ni. Baru lepas tol. Akak kat office?' tanya Farisha sebaik menjawab panggilan telefon dari Laila. Earphone dikemaskan dan disumbat elok ke dalam lubang telinganya.
            'Akak ada kat office lagi ni. Risha boleh tunggu akak kat lounge kejap lagi tak? Akak kena lawat tapak projek kejap lagi, sebelum tu boleh akak jumpa Risha dulu. Yaya ok tak tu?'
            'Dia ok kak. Dia tido ni. Penat kot. Takpelah. Nanti dah sampai Risha call akak. Bye.' Balas Farisha seraya menamatkan perbualan dengan Laila. Safiya yang lena disebelahnya dipandang. Hish, budak ni kalau tidur memang tak sedar apa dah.
            Kereta Toyota Camry yang dipandu Farisha memasuki kawasan tempat letak kereta Goradoo Hotel. Setelah berpuas hati dengan kedudukan kereta yang diparkir, Farisha mengejutkan Safiya yang masih lena dibuai mimpi.
            'Yaya, bangun. Kita dah sampai ni.' Safiya yang terpisat-pisat hanya membuntuti langkah Farisha menuju ke dalam bangunan hotel tanpa banyak soal. I-pad pemberian Fatimah dikepit bawah lengannya.
Akak ni kat mana pulak? Kata suruh orang tunggu kat lounge. Batang hidung pun tak nampak ni. Kitorang dah sampai ni kak oi. Farisha mengambil tempat duduk yang disediakan di lounge hotel milik Laila.

No comments:

Post a Comment