Thursday 21 February 2013

You're mine, only mine! BAB 4




Bab 4
            'Yaya!' Laila tersenyum melihat Farisha dan Safiya yang sedang menunggunya dilounge. Laila datang mendekati mereka dan meluru memeluk Safiya.
            'Yaya, lain kali jangan buat macam ni lagi tau. Yaya tak sayang mama ke?'  tanya Laila sambil memeluk anaknya. Rindunya mama kat Yaya. Pelukan dikemaskan. Farisha yang melihat tersenyum.
            'Hurm, akak nak gi tapak projek tu pukul berapa?' tanya Farisha kemudiannya. Laila dihadapannya yang masih memeluk Safiya dipandang.
             'Postpone esok. So, hari ni akak freelah.' Laila tersenyum mengiakan kata-katanya.
            'Risha, dari tadi akak tengok macam gelisah je. Kenapa?' Farisha di depannya dipandang pelik. Mana tidaknya, dari tadi meliuk-liuk macam pokok ditiup angin sahaja lagaknya.
            'Alah, mama macam tak kenal maksu pulak. Maksu terkepit-kepit dari tadi sebab tak tahan nak kencinglah mama.' Cepat sahaja Safiya menjawab pertanyaan mamanya bagi pihak Farisha. Laila tergelak mendengar kata-kata Safiya. Farisha hanya tersenyum malu.
            'La, ingatkan apa tadi. Kenapa tak singgah kat stesen minyak atau R&R je tadi?' Laila tersenyum dengan telatah Farisha. Ada saja yang mencuit hatinya.
            'Malas. Toilet kat mana eh kak? Dah tak tahan dah ni. Kalau tunggu lagi boleh bocor mencurah-curah ni.' Farisha sudah seperti cacing kepanasan. Kakinya disilangkan. Sekejap meliuk ke kiri, sekejap meliuk ke kanan.
            'Ha, Risha jalan straight and kat depan tu ada toilet sebelah kanan. Toilet perempuan kat...' Belum sempat Lailamenghabiskan ayatnya Farishasudah berlari mendapatkan toilet. Seakan sedang mengejar toilet bergerak gitu. Huhuhu.
            'Fuh, lega!' Farisha keluar dari tandas sambil membetulkan rambutnya yang agak serabai dek berlari sebentar tadi.
         'Eh, apa kau buat kat sini? Miang!' marah Farisha. Spontan tangannya melindungi dada. Mana tidaknya lelaki dihadapannya hanya bersinglet dengan muka yang dibasahkan.
            'Amboi cik adik. Sedapnya bahasa. Siapa yang intip siapa sekarang ni? Saya risau bukan saya yang miang sekarang ni. Awak tu.' Balas Armand. Ada hati nak kata aku miang pulak. Cerminlah diri kau dulu perempuan. Nasib baik kau ni perempuan. Kalau tak dah lama aku tibai.
            'Apa maksud kau? Dah terang-terang kau salah nak menunding jari pada aku pulak?' Marah Farisha berapi. Bulat biji matanya seakan mahu menelan Armand yang berada dihadapannya. Perverted guy a.k.a PG!
            'Saya tak tahulah pulak kalau toilet perempuan ada tempat kencing berdiri macam kat  belakang awak tu. And saya takut jugak duduk dalam toilet ni.' Gelak Armand sambil memakai kembali baju kemeja yang berada di tangannya. Farisha pusing ke belakang. Dammit!Jamban berdiri! Habislah aku kali ni.
            Teringat kembali peristiwa di ladang dua hari lepas. Lelaki dihadapannya bukan sembarangan lelaki. Lelaki dihadapannya ini adalah lelaki yang sama dua hari lepas yang mengikatnya dan dibiarkan berjam- jam bersama rumput yang mengakibatkan satu badannya miang.
Lelaki itu juga lelaki yang berjaya merampas senapang patah ditangannya sebelum sempat dia bertindak. Farisha benar-benar nekad untuk menembak lelaki yang berada di hadapannya dua hari lepas. Entah  mana silapnya, lelaki itu boleh menepis tembakannya. Semuanya berlaku dengan sekelip mata.
            ‘Aku tak kira. Kau tetap bersalah. Kau ekori aku sampai ke sini.’ tuduh Farisha. Armand hanya tersenyum sambil membetulkan butang baju kemejan biruya.
            ‘Awak, saya tak gila lah untuk ekori awak. Awak bukan VVIP pun. Muka saya handsome macam ni tak layak nak jadi bad boy lah. Entah-entah awak tu yang ekori saya. sampai ke toilet cari saya.’ Balas Armand tergelak.
            ‘Huh, angkat bakul pulak dia! Hello, I’m not that desperate ok. Muka kau tu macam perogol bersiri je. Perasan bagus adalah.’ tukas Farisha sinis. Hah, ambik kau. Setakat muka macam kau, aku tak heran lah. Handsome lagi Prince kalau nak dibandingkan dengan kau.
            ‘What???’ marah Armand. Melampau lah tu. Muka macho macam ni dia boleh kata muka perogol bersiri? Takde mata ke apa?
            ‘Perverted guy!’ sindir Farisha lalu membuka langkah beredar dari situ. Malas aku nak melayan mamat sewel ni lama-lama. Menambahkan panas hati je.
            ‘You are not going anywhere! You awe me an apologize.’ Lengan Farisha dicekam kuat. Farisha terdorong ke belakang. Terjerit Farisha dengan keadaan itu.
            ‘Aku tak rasa aku perlu mintak maaf sebab aku tak salah.’ Ucap Farisha bersama senyum sinisnya. Setakat kau gertak aku macam ni aku sikit pun tak goyang lah.
            ‘Baik kau lepaskan tangan aku sebelum aku buat kau malu kat sini.’ Ugut Farisha. Armand tayang muka tidak bersalah. Senyuman Armand benar-benar membakar hati Farisha.
            ‘Tolong! Tolong! Tolong saya!’ Jerit Farisha kuat. Tangan Armand yang memegang tangannya digigit geram. Farisha membuka langkah cepat apabila pegangan di tangannya dilepaskan. Armand mengusap lengannya yang terasa perit akibat digigit Farisha. Dia berlari keluar mengekori Farisha.
            ‘Apa ni? Lepaslah!’ marah Farisha apabila tangannya direntap kasar. Armand memandang Farisha tanpa berkelip. Perasaan marahnya membuak-buak. Jelas kelihatan rahangnya yang bergerak-gerak.
            ‘Hey, kenapa ni?’ tegur Laila yang datang bersama beberapa orang security guard. Mereka yang terdengar suara orang meminta tolong mula bergegas.
            ‘Ni ada orang gila mana ganggu Risha, kak.’ Ujar Farisha sambil menepis tangannya dari pegangan Armand. Armand hanya diam membisu. Farisha di hadapannya dipandang meluat.
            ‘Apa semua ni Armand?’ tanya Laila. Lengan Farisha yang dipegang Armand dipandang. Apa hubungan mereka? Perlahan Armand melepaskan pegangannya di lengan Farisha.
            ‘Akak kenal ke mamat ni? Dia ni perverted tau. Hati-hati.’ Bisik Farisha dekat ke telinga Laila. Bulat mata Laila mendengar kata-kata Farisha. Dipandangnya Armand yang berada di hadapan mereka.
            ‘Takpe lah Borhan, Hamid. Biar saya settlekan perkara ni sendiri. Kamu berdua boleh teruskan kerja.’ Borhan dan Hamid mengangguk dan berlalu meninggalkan majikan mereka. Mereka meminta diri untuk pergi meneruskan kerja.
            Laila memandang Farisha dan Armand silih berganti. Ada sesuatu yang tidak kena antara mereka. Desis hati kecilnya.

No comments:

Post a Comment