Monday 22 April 2013

You're mine, only mine! BAB 16

SORRY GUYS... LAMBAT UPLOAD... ANYWAAY..ENJOY! JGN LUPA KOMEN K...


Bab 16
            'Huarghh... Pukul berapa dah nieh?' Mulut yang menguap luas ditutup dengan telapak tangan. Farisha menggeliat malas diatas katilnya. Jam di dinding ditatap lama. Berkerut keningnya seketika.
            'Awalnya aku bangun pagi ni. Belum pukul 6 pun. Jam rosak ke?' Kepalanya yang tidak gatal digaru. Samsung Galaxy Note II yang berada ditepi lampu meja katil diambil. Sama pulak dah. Belum masuk pukul 6 lagi ni.
            Ni mesti kes mimpi mengarut tu. Ish, tak pernah-pernah aku mimpi mengarut macam ni. Geli siot! Mengeletik badannya diatas katil saat teringat 'mimpi' dicium Armand. Huh, nasib baik mimpi je. Kalau betul, aku bunuh mamat PG tu. Tergelak dia saat terbayangkan dirinya melepaskan tembakan  menggunakan senapang gajah ayah ngah tepat menembusi jantung Armand.
            'Kau! Macam mana kau boleh ada kat dalam bilik aku ni?' Farisha menyoal.Armand yang baru keluar dari bilik mandi mengerutkan keningnya. Farisha yang sudah berdiri diatas katil sambil menunjuk ke arahnya dipandang pelik. Dah hilang ingatan ke? Sihat ke tidak minah ni?
            Farisha mengundur langkah kebelakang apabila Armand melangkah ke arahnya. Jantungnya kembali berdetak tak menentu. Berdebar semacam. Serta merta, terbayang insiden di dalam mimpinya. Laju Farisha menggelengkan kepalanya mengusir bayangan itu. Aiseh, sempat pulak nak merewang ke situ otak aku ni.
            'Jangan dekat!' Jerit Farisha kalut apabila Armand sudah berada di tepi katil. Farisha berdiri di atas katil miliknya. Armand dibawah dipandang geram.
            Apa kena dengan Farisha ni? Siap dengan pasu bunga kat tangan lagi tu. Ganas betul. Dah ok ke? Semalam pengsan macam tak ingat dunia. Kalut aku dibuatnya. Pasu kecil yang berada ditangan kanan Farisha dikerling.
            ‘Kau buat apa kat bilik aku ni?’ keadaan Farisha yang sedang berdiri diatas katil dengan kaki yang sedikit terbuka seperti sedang belajar silat. Tangan kiri juga sudah dinaikkan. Seni mempertahankan diri!
            ‘Yang awak buka langkah macam nak bersilat je ni kenapa?’ arah Armand ke atas ke bawah menunjukkan Farisha yang sedang ‘posing’ silat itu. Dagunya di garu. Tidak berminat untuk menjawab soalan dari Farisha.
            ‘Kaulah. Perverted guy.’ Jawab Farisha berani.
            ‘Oh. Perverted guy? Who? Me?’ Armand tergelak kuat. Gila betul nak gelar aku gelaran tak bertamadun tu.
            Armand panjat ke atas katil. Dari tadi dok mendongak je memandang Farisha yang sudah ‘tinggi’ di atas katil. Lenguh tengkuk aku. Ha, kalau macam ni baru betul. Fair and square. Armand tersenyum menampakkan gigi yang cantik tersusun.  Tidak ketinggalan kecacatan kritikal pada kedua belah pipinya.
            Farisha mencebik. Huh, bajet handsome je mamat ni. Macamlah aku heran sangat. Dah lah tak sedar diri!
            ‘You look so cute with your lips like that.’ Puji Armand. Matanya tidak lepas memandang bibir Farisha yang kemerahan.
            ‘Gila.’ Malas aku nak melayan mamat ni. Kalau datang miang dia ni, kiamat dunia aku. Farisha berlalu turun dari katil. Dia menuju ke pintu bilik.
            ‘Where is the key?’ Farisha menadah tangan apabila pintu biliknya jelas dikunci. Kalau nak paut tombol ni sampai tercabut pun belum tentu terbuka pintu bilik ni. Sebelah tangan bercekak pinggang.
            ‘Here. In my pocket.’ Armand menepuk-nepuk poket seluarnya. Dia tersenyum manis. Mata Armand mengisyaratkan supaya Farisha datang dekat padanya.
            ‘Jangan main-main boleh tak? Sini kunci.’ Farisha bersuara tegas. Masih tidak berganjak dari pintu bilik. Boleh buat derk pulak aku cakap. Boleh pulak dia duduk dok goyang kaki kat katil tu.
            ‘Dengar tak ni?’ naik satu oktaf suara Farisha. Dia berdiri betul-betul di hadapan Armand. Tangannya ditadah.
            ‘Kiss me.’ Ujar Armand berani. Farisha yang berdiri dihadapannya dipandang dengan senyum sinis.
            ‘Kau ni apsal? Suka sangat nak cari gaduh dengan aku kan?’ tempelak Farisha. Meninggi suaranya. Membulat biji mata Armand. Ewah, berani meninggi suara dengan aku minah ni? Marah benar nampaknya.
            ‘Kiss me then I’ll give you the keys.’ Ujar Armand tenang. Armand menunjukkan bibirnya dengan jari telunjuk sambil tersengeh nakal. Bila lagi nak kenakan Risha ni kan?
            ‘Never.’ Farisha memberi keputusan. Muktamad!
            ‘Ok.’ Armand membaringkan dirinya di atas katil secara melintang. Matanya sengaja dipejamkan.
            ‘Armand!’ pekik Farisha. Armand masih membisu.
            Farisha melepaskan keluhan berat. Dah takde cara lain dah ke ni? Lemah aku macam ni.
            ‘I’ll do anything but not the ‘dirty’ things.’ Farisha menegaskan. Perkataan dirty itu dikuatkan. Dia tersenyum saat Armand sudah membuka matanya. Tetapi tidak lama. Senyuman itu terus hilang saat terpandangkan Armand yang sudah tersengeh menampakkan ‘kecacatan’ kritikalnya.
            ‘No dirty things huh? Ok. I’ll considered it. Come closer.’ Armand memberi isyarat dengan matanya. Dia kembali duduk di birai katil. Farisha menjauh. Meroyan pulak ke PG ni? Mampus aku!
            Armand menjongket sebelah keningnya. Farisha dilihat semakin menjauh. Eh, nak ke mana pulak tu? Hatinya berkata. Armand bingkas bangun. Setapak Farisha ke belakang, dua tapak dia mendekati. Farisha sudah memucat. Debaran di hati usah dikatalah. Laju adrenaline rush!
            ‘Stop right there.’  Armand memberi arahan. Tegas. Laju sahaja Farisha menggeleng. Air liur terasa tersekat di kerongkong. Terbayang lagi mimpi yang dialami. Ceh, dan-dan je otak aku nak rewind mimpi ngeri tu.
            Armand berhenti. Farisha yang melihat turut berhenti. Kalau tak berhenti, takkan nak rempuh dinding pulak. Memang dah tersekat dah ni. Dinding di belakangnya diraba dengan tangan. Kalau nak lari ni kena ke sebelah kanan. Sebelah kiri aku ada meja. Confirm tak lepas kalau ikut kiri. Farisha berkira-kira.
            ‘You know what, I’m happy to get to know you. Tak pernah terlintas dalam fikiran saya pun akan jumpa dengan perempuan macam awak. Awak lain. And saya rasa saya...  Eh, what are you doing?’ Armand menyoal. Farisha sudah berada luar jendela. Bila maasa pula dia ke tingkap ni?
            ‘Jauh dari kau lah. Ingat kalau kau tak kasi kunci, aku takde cara lain nak keluar dari bilik ni ke?’ Farisha senyum mengejek. Armand sudah tayang muka risau. Risau Farisha akan terjun dari jendela untuk ke bawah. Dari tingkat dua tu. Bahaya.
            ‘Ok. Here. Take the keys. Sini. Bahayalah!’ Armand masih tegak berdiri di sebelah meja solek di dalam bilik. Poket seluarnya diseluk dan kunci bilik dikeluarkan. Tidak berani pula mahu mendekati Farisha. Nanti tak pasal-pasal Farisha terjun dari jendela pula. Dah satu hal.
            ‘Ok. Good boy.’ Farisha tersenyum kemenangan. Dia kembali masuk ke dalam bilik. Kunci yang berada dalam genggaman Armand dirampas kasar sebelum berlalu ke pintu dan memasukkan kunci.
            Yes. Boleh jugak aku keluar akhirnya! Thanks Armand. Kau mengalah jugak dengan aku kan. Apa nama lelaki kau ni. Lemah semacam. Aku lagi hebat dari kau. Baru sahaja Farisha mahu memaut tombol pintu, terasa pinggangnya dipeluk erat dari belakang.
            Terus sahaja kaku tidak bergerak Farisha. Terkejut sangat. Sebenarnya tak menyangka pun tindakan sedrastik itu. Buat seketika Farisha hanya membenarkan. Bukan membenarkan sangat sebenarnya, lebih kepada ‘terkezut’.
            ‘Wangi.’ Ujar Armand mengemaskan pelukan. Haruman dari rambut Farisha seperti morphine pulak. Menenangkan.
            Farisha yang sedar dengan kedudukan mereka mula meronta kuat. Cuba dirungkaikan pautan lengan sasa milik Armand. Tetapi sia-sia. Jantungnya berlari laju saat terasa kucupan lembut di tengkuk. Meremang bulu roma Farisha. Kalau dihiris kulitnya, sah-sah tidak keluar darah. Pucat macam mayat bernyawa.
            Armand melonggarkan pelukan di pinggang Farisha. Kedua tangannya jatuh ke bahu gadis itu sebelum Armand memusingkan badan Farisha menghadapnya.
            ‘Hey, kenapa ni?’ Terkejut Armand saat mlihat Farisha yang sudah kepucatan. Mukanya menunduk memandang lantai. Dagu Farisha dipaut ke atas. Memaksa sepasang mata bundar milik Farisha memandangnya.
            ‘Kau jangan nak main kotor!’ entah dari mana datangnya kekuatan, Farisha memijak kuat kaki Armand. Terloncat-loncat Armand memegang kakinya yang berdenyut. Muka Farisha yang kepucatan tadi bertukar merah padam serta-merta.
            ‘What’s wrong with you?’ Suara Armand sudah meninggi. Kakinya yang berdenyut masih diusap perlahan.
            ‘What’s wrong kepala hotak kau! Kau jangan nak buat taik dengan aku! Kesabaran aku…’ naik juling biji mata Farisha memandang wajah Armand yang berada dekat di matanya. Ayat tidak sempat dihabiskan apabila bibir Armand sudah menekan bibirnya kasar.
            Tangannya menolak-nolak badan Armand yang semakin mendekat. Tidak cukup dengan itu, dipukulnya bertalu-talu dada bidang Armand. Sebelah tangannya sahaja yang masih bebas sementara sebelah tangan lagi sudah dipegang Armand. Ya Allah, lembik lutut aku ni ha. Tolong! Someone…
            Pandangannya sudah berbalam. Kaki sudah tidak mampu bertahan. Lama lagi, rebahlah jawabnya. Aku lemah betul kalau masuk bab ni. Nak kata fobia, biasanya fobia dikaitkan dengan perkara yang dah pernah berlaku pada diri kita dan membuatkan kita benci benda tu. Tapi yang ni, tak pernah aku alami pun. Boleh kata fobia jugak ke eh?
            ‘Jaga sikit bahasa  tu. I’m your husband. Kalau awak nak sangat saya kiss awak macam ni, awak boleh teruskan bahasa ‘brutal’ awak tu. I’m willing to do it anytime, anywhere.’ Armand mengesat bibir Farisha sebelum berlalu meninggalkan Farisha didalam bilik.
            ‘Shit!’ Farisha terduduk. Bibirnya diraba perlahan. Tanpa paksaan, air matanya laju turun membasahi pipi.

No comments:

Post a Comment