Aku
tak pernah serius pun. Kenapalah kau anggap kata-kata aku serius? Aku main-main
je. Yang kau bagitau ayah ngah perkara ni apsal? Adoi, sengal betullah! Rizki
Ashraf! Kau merumitkan lagi masalah aku wei!
Farisha
mundar mandir di dalam biliknya. Kusut kepala dirasakan. Teringat kembali
perbualannya dengan Ismadi pagi tadi.
‘Risha
boleh tanya kenapa dengan Rizki pulak? Risha dah lupa ke janji korang berdua?’
Ismadi mengangkat kedua belah keningnya. Biar betul budak ni. Janji sebesar tu
pun boleh lupa.
‘Janji
apa pulak ni ayah ngah? Risha tak pernah berjanji dengan Rizki pun.’ Farisha
menjawab.
‘Oh.
Tak pernah? Habis, kalau tak pernah, kenapa dia boleh cerita kat ayah ngah
pulak?’ pertanyaan Ismadi hanya dibalas dengan reaksi pelik muka Farisha.
‘Apa
yang Rizki bagitau?’ Farisha menyoal. Tidak dipedulikan kata-kata yang keluar
dari mulut Ismadi.
‘Minggu
depan dia dengan family dia akan datang merisik. Ayah ngah tak tau apa yang dah
jadi dengan Risha ni.’ Ismadi menjelaskan.
‘Dia
nak merisik sapa ayah ngah? Yanti ke? Kawin jugak akhirnya Yanti. Lama dah dia
menaruh hati kat Rizki tu.’ Farisha mengangguk-anggukkan kepalanya. Pantas
sahaja tangan Ismadi menampar lengan Farisha.
‘Aduh,
apa ni ayah ngah. Pukul Risha pulak.’ Lengannya digosok perlahan. Bukan sakit
sangat pun. Sengaja menunjukkan kemanjaannya kepada lelaki tua yang sudah
dianggap ayah itu.
‘Kalau
nak merisik Yanti, buat apa pulak dia nak datang sini? Baik dia gi rumah Yanti
je. Dia nak merisik Risha.’ Ismadi melepaskan keluhan.
‘Risha
dah lupa ke janji nak kawin dengan Rizki kalau dia berjaya jadi model terkenal?
Rizki pun pernah bagitau ayah ngah Risha dah janji dengan dia. Tak baik Risha
mainkan perasaan dia. Sebab dia ikhlas dengan Risha, dia boleh berada kat mana
dia berada sekarang.’ Sambung Ismadi panjang lebar.
‘Rizki
cakap macam tu ke? Memang Risha ada cakap nak kawin dengan dia kalau dia
berjaya tapi, Risha tak pernah serius. Risha gurau je ayah ngah.’ Sesak terasa
di dadanya saat itu.
Setelah
hampir 8 tahun tidak berjumpa, Farisha sendiri tidak menyangka kata-kata
gurauan yang pernah dikatakan kepada Rizki bertahun sudah dianggap serius oleh
lelaki itu. Wajah Rizki sering juga menghiasi muka majalah-majalah. Tidak
kurang juga gosip yang didengari tentang hubungannya bersama beberapa model
antarabangsa.
Rizki
dah famous sekarang. Seluruh dunia dah kenal dia. Dengan wajah perfect macam tu
takkan dia serius dengan kata-kata kebudak-budakan aku kot? Dah bertahun-tahun berlalu.
8 tahun bukan sekejap.
‘Awak
ni kenapa? Dari tadi ke hulu ke hilir. Pening kepala saya tengok.’ Armand
bersuara. Terus terbang lamunan Farisha. Armand yang sedang enak landing di
atas katil bersaiz queen miliknya dipandang tajam.
‘Kau?
Kenapa kau masuk bilik aku ni? Dah lama hidup?’ Farisha tayang penumbuknya.
Armand tergelak sebelum dia mengangkat penumbuknya kepada Farisha.
‘Setakat
penumbuk kering awak tu, sikit pun tak goyanglah.’ Armand tergelak. Geli hati
dia melihat Farisha yang sedang menayang penumbuk yang halus itu.
Sudah
lama dia masuk ke dalam bilik itu. Tumpuannya dicuri tatkala melihat Farisha
yang mundar mandir di dalam bilik itu. Sedikit pun tidak disedari kehadirannya.
Sekejap-sekejap dilihat Farisha menggaru kepala. Sekejap-sekejap pula
melompat-lompat macam kanak-kanak rebena.
‘Kau
jangan nak cabar aku. Aku hentak baru kau tau. Jangan pandang aku sebelah mata
je. Menangis kau nanti.’ Ujar Farisha dengan penuh rasa bongkak. Suaranya
dikawal supaya tidak terlalu kuat. Nanti kantoi.
‘Sebab
saya tak tengok awak dengan sebelah matalah, saya kawin dengan awak. And awak
pulak, senang-senang je tinggalkan saya kat villa abang awak tu.’ Armand berbaring
sambil menongkat kepalanya. Farisha yang berdiri agak jauh darinya di pandang
atas ke bawah.
‘Kau
ingat aku hadap sangat ke kawin dengan kau? Jangan perasan sangat. Kau layanlah
perasan kau tu sorang-sorang. Aku nak mandi.’ Farisha mencapai tuala yang
disangkut pada penyidai tuala. Laju dia melangkah ke dalam bilik mandi saat
Armand sudah bangkit dari pembaringan.
‘Can
I join you?’ ujar Armand nakal. T-shirt Polo berwarna cyan yang dipakai
ditanggalkan. Laju langkahnya mendapatkan Farisha yang nampak kalut.
‘Perverted
guy!’ jerit Farisha sebelum masuk ke dalam bilik air. Cepat sahaja pintu bilik
air dikunci dari dalam. Bagus jugak kalau pakai sliding door macam ni. Farisha
bersandar pada pintu bilik mandi. Kedengaran suara Armand ketawa girang.
Farisha merengus. Gila betullah mamat ni. Bencinya aku!
Alamak,
lupa nak bawa masuk baju! Takkan aku nak keluar dalam keadaan macam ni? Mamat
PG tu ada kat luar. Ish, tak jamin aku nak keluar. Macam mana ni? Kau ni pun
satu. Dah tau mamat PG tu ada kat dalam bilik ni, kau boleh buat perangai
sesedap rasa je. Kenapa kau ni cepat sangat jadi pelupa Risha oi?
Telinganya
dilekapkan ke pintu. Hurm… senyap je kat luar tu. Dia keluar kot. Berkerut
dahinya turut cuba mendengar sebarang bunyi di luar. Boleh keluar ke ni?
Perlahan pintu bilik air ditolak dari dalam. Kepalanya dijengulkan keluar.
Rambutnya yang masih basah disiput tinggi.
Oh,
dah tidur. Nasib baik. Line clear Risha. Kau boleh keluar. Cepat sebelum dia
terjaga. Pintu bilik air ditolak lagi supaya terbuka luas. Tuala yang membaluti
tubuhnya dikemaskan. Hai, kenapalah tuala ni pendek sangat? Kaki kanannya
dikeluarkan terlebih dahulu. Dengan langkah yang penuh berhati-hati, Farisha
menapak ke almari.
Almari
dibuka. Diambil pajama yang berwarna merah hati kegemarannya. Tidak dilupakan
anak-anak kecil miliknya. Pergerakan Armand di atas katil membuatkan Farisha
terkejut. Spontan tubuhnya meniarap. Kau nak gi berperang ke Farisha?
Pergh,
sejuknya lantai ni. Pantas Farisha bangun apabila Armand kembali lena tidak
bergerak. Dia sendiri tidak tahan meniarap di lantai yang sangat sejuk dengan
keadaan hanya bertuala pendek. Memang tak tunggu lama untuk beku.
Farisha
masuk ke dalam bilik air semula. Pintu bilik air ditutup rapat dengan penuh
berhati-hati. Tersenyum dia seketika. Wajahnya diperhatikan di cermin besar
yang berada di dalam bilik air itu. Kau memang cantik Farisha. Hehehe… pujinya
di dalam hati.
‘Aik,
mana benda alah ni? Tadi aku dah ambik kot. Aduh, takkan tercicir pulak.
Sengal!’ Baju pajamanya dikibas-kibas. Memang takde ni, nampaknya terpaksa aku
keluar lagi sekalilah. Nasib kau lah Farisha oi. Farisha mengeluh perlahan.
Nasib baik sudah berseluar. Tubuhnya yang kedinginan dibalut dengan tuala.
Kepalanya
menjenguk ke luar bilik mandi. Mana? Takde pun. Melilau matanya memandang
sekeliling. Farisha keluar dengan penuh berhati-hati tanpa sebarang bunyi. Armand
yang lena di atas katil dipandang sekilas. Terbongkok-bongkok dia keluar dari
dalam bilik mandi. Mungkin jatuh kat depan almari tadi kot. Fikirnya.
‘Are
you looking for this?’ tegur Armand. Membulat besar mata Farisha melihat
sesuatu miliknya berada di hujung jari lelaki itu. Armand sudah tersengeh
menampakkan lesung pipit di kedua belah pipinya.
‘Gila!
Bak sini balik.’ Farisha menjerit kecil. Armand yang mengiring sambil menongkat
kepala di atas katil dipandang geram.
‘Sini.
Ambil sendiri.’ Ujar Armand. Anak matanya serentak memberi isyarat supaya
Farisha datang mendekatinya. Farisha hanya mencebik.
Farisha
tidak mempedulikan kata-kata Armand. Dia berpaling ke belakang. Sliding almari
ditolak kasar. Kau ingat aku ada satu je ke benda alah tu? Aku ada banyak lah.
Tak perlu nak memperbodohkan diri aku ambik kat kau. Dalam almari ni banyak
lagi.
Armand
yang melihat tergelak kecil. Farisha yang membelakanginya dipandang. Menggeleng
kepala Armand melihat tingkah laku Farisha. Setelah Farisha menjumpai apa yang dicarinya,
dia melangkah menuju ke bilik air. Tidak dipedulikan Armand yang sedang
memandang.
‘Awak
memang pakai saiz ni ke?’ ujar Armand sambil membelek-belek baju kecil Farisha.
Farisha yang sudah berada di hadapan pintu bilik mandi berhenti mendadak. Terpaku
kakinya disitu apabila mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Armand.
Merah
juga muka Farisha menahan malu dan amarah. Armand pula seperti gembira melihat
Farisha yang sudah merah mukanya. Sketsa kau dah melampau ni. Aku tak oernah
lagi kena bahan macam ni. Seronok? Meh, aku nak kasi seronok lagi.
Farisha
menghampiri Armand yang berada di atas katil. Armand tidak lagi meneliti baju
kecil milik Farisha. Matanya tunak memandang figura yang berada di hadapan
matanya. Farisha tersenyum. Sinis sekali.
‘Kau
jangan ingat semudah tu je aku nak melatah. Aku takkan ulang kesilapan yang dah
aku buat sebelum ni. And for your information, aku takkan biarkan kau stay lama
kat umah ni.’ Farisha bersuara yakin sambil tergelak kecil.
‘Aku
pun tau sangat kau tak pernah jumpa baju-baju kecil yang comel macam tu kan?
Sebab tu kau excited sangat. Takpelah, kau telek puas-puas. Aku tak kisah. Tak
luak pun.’ Baju kecil yang berada ditangan Armand dipandang. Sinis kata-katanya
membuatkan Armand terkedu disitu juga.
Sedikit
pun tidak bersuara. Mungkin sudah hilang point untuk berbahas dengan Farisha.
Mungkin juga tidak mahu memanjangkan isu. Langkah Farisha diiring dengan
pandangan mata masuk ke dalam bilik mandi.
‘Yes!
Padan muka kau. Mula terkebil-kebil. Muka dah macam ayam tertelan kapur. Puas
hati aku!’ Farisha bersuara perlahan. Mengekek dia di dalam bilik mandi
sendirian. Cepat-cepat mulutnya ditutup mulutnya dengan tangan apabila
terdengar bunyi ketukan dari luar.
Baju
pajama dipakaikan ke tubuh. Tuala yang membalut tubuhnya tadi disimpulkan ke
kepala. Menutup rambut panjangnya. Nak apa lagilah mamat ni? Tak serik-serik
agaknya kena lecturer aku tadi. Hish,
meluatnya kalau macam ni hari-hari. Botak kepala aku dok mengadap muka
dia je. Bebel Farisha di dalam hati. Sliding door bilik mandi ditolak perlahan.
Terjengul muka Armand yang tersengeh macam kerang busuk dihadapannya. Huh,
macam la lawa sangat lesung pipit kau tu. Tak heran!
‘Kau
ni kenapa pu..’ Cupp… melekat bibir Armand di bibir basah Farisha. Membulat biji
mata Farisha memandang Armand. Terasa dunianya kelam. Lemah seluruh anggota
badan. Jantungnya juga seakan berhenti.
‘Sengal punya PG…’ Jerit Farisha lemah sebaik
sahaja Armand menjauhkan bibir sebelum
tubuhnya jatuh terkulai layu dihadapan pintu bilik mandi.
Suka nama rizki ashraf ;)
ReplyDelete