Sunday 10 March 2013

You're mine, only mine! BAB 13




Bab 13
            ‘What? Risha takde dalam bilik? Kau dah tengok dalam bilik air ke?’ soal Daniel malas. Laila sudah masuk ke dalam bilik meninggalkan dia yang sedang menonton cerita yang disiarkan di kaca televisyen.
            ‘Aku dah cari merata tempat. Dalam pasu bunga pun aku cari jugak kalau kau nak tau. Takde!’ Armand menyindir. Aku serius dia boleh main-main pulak. Gerutu Armand dalam hati.
            ‘Kau berkasar dengan dia ke??’ Daniel pantas berdiri. Armand yang membelakanginya dipandang serius. Jarak mereka dipisahkan dengan sofa panjang.
            ‘Aku nak berkasar apanya, lepas akad nikah petang tadi aku tak ada jumpa dia pun.’ Hish, mana pulak pompuan ni pergi? Takkan sampai nak suicide sebab kena kahwin dengan aku kot? Biar betul.
            Armand mengekori langkah Daniel yang laju  mendaki anak tangga. Bilik yang sepatutnya dihuni Farisha dan Armand dibuka. Melilau mata Daniel melihat sekeliling. Yang si Armand ni pun satu, dah gelap macam ni baru nak perasan Risha takde kat rumah. Nama Farisha dipanggil berulang kali.
            ‘Apa yang kecoh-kecoh ni abang?’ Laila datang menghampiri Daniel apabila terdengar suaminya memanggil-manggil nama Farisha. Safiya yang belum tidur pun datang bersama Laila.
            ‘Risha takde. Dah merata cari ni. Tak jumpa pun dia kat mana-mana.’ Adu Armand sambil meraup mukanya.
            ‘Maksu cakap tadi dia nak balik. Dia suruh mama dan papa jangan risau. Safiya pun lupa nak bagitau tadi.’ Petah Safiya bersuara sambil memandang mama dan papanya.
            ‘You nak ke mana pulak Armand?’ laung Laila yang melihat Armand sudah bergegas keluar dari bilik.
‘Kita kena ikut dia abang. Nanti masalah. Mak ngah dan ayah ngah belum tahu hal berkaitan Armand ni.’ Daniel berlari meninggalkan Laila dan Safiya di dalam bilik. Terkecoh-kecoh dia mendapatkan Armand. Tapi sudah terlambat saat Lamborgini Sesto milik Armand laju meninggalkan villa DaVinci.
‘Abang, ni kunci kereta. Jom cepat!’ Laila datang memberikan kunci kereta kepada Daniel. Sempat dipesan kepada mak Jah supaya menjaga rumah semasa ketiadaannya. Safiya juga ditinggalkan bersama mak Jah di villa.
-----
            Ish, apa pulak yang kecoh kat bawah tu? Aku nak tidur pun tak senang lah macam ni. Ngomel Farisha dalam hati. Bantal diambil dan ditelekupkan ke muka. Tidak lama. Dia bangun dan melangkah keluar dari bilik. Cahaya lampu dari ruang tamu bawah menjawab persoalan hatinya.
            Dengan mata yang masih menahan kantuk, Farisha berhati-hati turun tangga. Mulut yang menguap ditutup dengan belakang tapak tangan. Silau lampu yang terang menyukarkan pandangannya.
            ‘Kau nampak ke siapa punya kerja? Rais mana?’ lantang kedengaran suara Ismadi.
            ‘Tak pasti pulak saya. Rais kat kandang lembu. Tengah padamkan api dengan yang lain.’ Jawab Amir yakin. Farhan yang bersamanya hanya mengangguk.
            ‘Ha, jomlah kita ke sana sekarang.’ Ismadi memberikan kata putus sambil bercekak pinggang. Fatimah mengekori langkah suaminya. Amir dan Farhan sudah berlari ke ladang ternakan lembu.
            ‘Apa yang kecoh-kecoh ni ayah ngah?’ soal Farisha seraya menyertai langkah Ismadi keluar dari villa.
            ‘Seman tu. Buat hal lagi. Dia bakar kandang lembu. Nasib baiklah time tu Amir dan Farhan meronda. Risha naik atas jelah. Hal ni biar ayah ngah settle.’ Ismadi memegang bahu Farisha. Simpatinya tertumpah pada gadis sunti itu. Sudahlah penat menguruskan hal Daniel dengan Laila, sekarang kes Seman pulak menyusul. Musibah betul.
            ‘Yelah Risha. Kamu masuk jelah. Rehat cukup. Makngah pun tak sanggup kalau kamu jatuh sakit nanti.’ Fatimah mengiakan. Kepala Farisha diusap.
            ‘Jomlah kita gerak sekarang. Berlama kat sini tak elok jugak. Entah apa cerita lembu kat kandang tu. Risha, tolong tengok-tengokkan rumah ye.’ Farisha hanya mengangguk perlahan. Kena jugalah dia menurut kata-kata Ismadi kali ini. Hakikatnya memang saat ini dia tidak berdaya.
            Takpelah Seman. Kau tidur nyenyak malam ni. Esok pagi-pagi aku pecah rumah kau. Aku bagi can kat kau malam ni sebab aku pun tak berdaya sangat. Mengantuk campur letih memang tahap gaban dah ni. Mulut yang menguap, dikatup dengan telapak tanganannya.
            Farisha melangkah berat masuk ke dalam rumah setelah kelibat Ismadi, Fatimah dan yang lain hilang dari pandangannya. Baru sahaja dia hendak menutup pintu utama, tolakan kuat dari luar membuatkannya tersungkur di permaidani.
            ‘Aduh!’ Jerit Farisha perlahan sambil menggosokkan punggungnya yang terasa ngilu walaupun terjatuh atas permaidani tebal. Siapalah bangang sangat buka pintu kasar-kasar ni? Bengkak ‘aset’ aku macam ni. Rungut Farisha dalam hati.
            ‘Kau?? Apa kau buat kat sini?’ soal Farisha apabila matanya tertancap pada seraut wajah yang amat dikenalinya.
                                                            ------
             ‘Aku tak patut lepas kau macam tu je sebelum ni. Tak patut jugak aku biar kau bernyawa sebab kehadiran kau sangat menyusahkan aku. Tapi takpe. Aku takkan bunuh kau sekarang.’ Seman ketawa kuat. Bergema suaranya di dalam banglo besar miliknya itu.
            ‘Apa yang kau nak sebenarnya Seman? Kalau kau taknak bunuh aku sekarang, kenapa kau ikat aku dan bawa aku kat tempat ni?’ soal Farisha lantang. Kaki dan tangannya sudah diikat kemas. Cuma mulutnya sahaja yang masih dibiarkan bebas.
            ‘Mood aku baik time ni. Kau datang pulak time aku tengah syok dilayan bidadari dunia. Apa kata kalau kau join diorang hiburkan aku?’ Seman menduga. Farisha sudah mengetap bibir. Ish, orang tua ni memang tak ingat mati.
            Mata tertancap pada 3 orang gadis yang berada di dalam bilik yang agak besar itu. Nak dikatakan ruang tamu, ada katil. Aku pun confius jugak sebab dalam bilik ada ni ada macam-macam kelengkapan. Macam rumah mini pulak. Ada sofa panjang. Ada peti ais. Set televisyen lengkap pula dengan pemain DVD dan game box.
            ‘Kau gila? Kau dah tua kan. Tak reti nak insaf ke? Kesian mak bapak kau dapat anak tak menjadi orang ni. Kerja nak menyusahkan orang je.’ Farisha mengapikan Seman. Dipandang lelaki tua yang sebaya Ismadi berdiri dihadapannya.
            ‘Esok lusa dah nak mati pun, tak reti nak bertaubat. Uban yang memutih kat kepala boleh lah kau nak sorok dengan dye rambut tu. Ni kang tak sedar diri. Budak sebaya cucu kau pun kau nak makan.’ Sambung Farisha lagi.
            ‘Celuparnya mulut kau. Takde insurans kan?’ pipi Farisha dicekap kuat. Menyeringai Farisha menahan kesakitan. Serentak dengan itu, satu tamparan singgah di pipinya. Darah merah keluar dari bibirnya yang pecah.
            ‘Kau lelaki dayus! Aku tau memang kau kecut dengan aku. Sebab tu kau ikat aku macam ni kan? Senang kau nak buat kerja macam jantan pengecut. Puih!’ Farisha bersuara lantang. Seman mengesat liur yang diludah Farisha tepat di mukanya.
            ‘Kurang ajar! Pergi mampuslah kau!’ Seman naik angin. Batang tubuh Farisha disepak dan diterajang sekuat hati. Terperosok Farisha ke dinding. Pandangannya terasa kabur. Terus hilang imej yang berada di hadapan. Farisha terus tidak sedarkan diri. Terkulai layu di tepi meja bulat.
            ‘Korang bertiga boleh keluar. Aku akan uruskan betina tak sedar diri ni sendiri. Pesan kau orang kat luar. Jangan masuk selagi aku tak panggil.’ Seman memberi arahan kepada pelayan-pelayan wanita yang masih berada di dalam bilik itu. Sebaik sahaja pintu ditutup, Seman berjalan perlahan menuju ke arah Farisha yang sedang terbujur kaku.
            ‘Kalau kau dengar cakap aku, aku takkan berkasar dengan kau. Dan mungkin jugak muka cantik kau tak luka macam ni.’ Seman mengusap pipi Farisha yang kelihatan berbirat merah kesan ditampar. Senyuman lebar berada di bibirnya.
            Tubuh langsing Farisha diangkat ke katil bersaiz king miliknya. Nampaknya hari ni hari aku. Kau akan jadi milik aku. Aku akan rampas benda paling berharga dalam hidup kau. Biar sampai kau berputus asa untuk hidup. Aku akan buat korang sekeluarga melutut kat kaki aku. Merayu kat aku. Jadi hamba aku. Seman merancang agendanya.
Ikatan tangan dan kaki Farisha dileraikan. Butang baju pijama yang dipakainya dibuka satu per satu. Mendedahkan sebahagian bahunya yang putih gebu. Rambut panjang Farisha diusap perlahan. Turun naik nafasnya melihat keadaan itu. Dendam dan nafsu sudah menguasai dirinya.
            Seman berdendam dengan Ismadi sejak mereka menuntut di university lagi. Ismadi mempunyai segala kemewahan dan selalu mendapat perhatian semua. Walaupun Seman sendiri adalah anak pengetua institusi, tetapi perhatian yang diberikan bagaikan dua dunia yang berbeza.
            Ismadi mendapat segala keistimewaan ketika menuntut. Juga mendapat perhatian daripada Fatimah, seorang gadis yang agak popular ketika itu. Seman menaruh hati pada Fatimah tetapi cintanya ditolak mentah-mentah.
            Tubuh Seman ditarik kuat ke belakang apabila dia wajahnya mulai hampir ke muka Farisha. Bibirnya hampir menyentuh bibir gadis itu. Seman merengus tidak puas hati. Lelaki yang berada di hadapannya dipandang dengan perasaan marah.
            ‘Kau siapa? Macam mana kau boleh masuk sini?’ Soal Seman. Lelaki yang berada di depannya hanya tersenyum. Farisha yang terlantar di atas katil di selimutkan tubuhnya yang terdedah.
            ‘Aku datang ambik hak aku. Hanya aku sorang yang boleh sentuh dia. Bukan kau, bukan jugak orang lain.’ Armand berkata tenang. Dipandang sekilas Farisha yang berada di belakangnya.
            ‘Hak kau? Oh, kau nak kata Farisha hak kau? Kau siapa?’ Soal Seman. Kening diangkat tinggi. Budak mentah macam ni berani nak potong line aku pulak. Tak pernah aku nampak kat kawasan ni sebelum ni. Orang luar ni.
            ‘Danny! Faris!’ Mana pulak perginya dua orang ni? Aku suruh jaga depan pun susah. Ni entah siapa-siapa pulak yang masuk tanpa izin. Budak dua ekor tu memang nak kena pancung agaknya. Tak boleh diharap langsung! Bebel Seman di dalam hati. Mata masih tajam menikan Armand yang berdiri di hadapannya.
‘Memang Farisha hak aku. Dia milik aku sorang. Kau tak payah nak bazirkan air liur kau jerit nama anak buah kau yang belum tentu datang.’ Ujar Armand tanpa sedikit rasa gentar.
Seman telan air liur. Kalau dua orang mamat tu tak datang, yang lain ke mana? Boleh pulak diorang bagi mamat ni masuk sesuka hati? Mana pergi ramai-ramai konco-konco aku? Tak kan sorang pun tak boleh diharap?
‘Aku takkan buat macam tu kalau aku jadi kau.’ Ujar Armand seperti dapat membaca fikiran Seman yang tertancap pada pistol yang berada di atas meja di sudut bilik.
‘Bos, kat luar semua dah settle.’ Ujar Amir. Armand hanya mengangguk. Dicempung tubuh langsing Farisha. Seman ditinggalkan di dalam bilik dengan muka yang penuh persoalan.
‘Kau lembiklah Seman. Bertaubatlah wei.’ Amir gelak sepuas hatinya sesudah berbisik ke telinga Seman yang masih termanggu-manggu di dalam bilik. Pantas dia berlari menyaingi langkah Armand yang sudah berada dihadapan.
‘Celaka!’ bergema suara Seman di dalam bilik yang luar itu. Sungguh dia terkejut melihat konco-konconya yang rata-rata sudah terbaring dan tidak kurang yang diikat tangan dan kaki.
‘Siapa kau?’ Muka Armand terbayang di ruang mata. Gigi diketap kuat. Tangan disilang ke belakang. Aku takkan lepaskan kau macam tu je Farisha!

1 comment: