Sunday 10 March 2013

You're mine, only mine! BAB 12




Bab 12
            Farisha termenung sendirian. Petang tadi dia sah menjadi isteri kepada Armand Mikhael Bin Aarif Lee. Mereka dinikahkan di pejabat kadi. Hari ini barulah dia tahu nama penuh Armand. Papa Armand berketurunan Cina Thailand manakala ibunya melayu tulen. Patutlah mukanya pelik semacam.
            Sepatutnya hari ni hari yang paling bahagia bagi aku, tapi mamat PG tu rosakkan mood aku. Tak taulah camne aku nak teruskan hidup dengan dia nanti. Besar masalah aku nampaknya. Farisha mengeluh berat. Dia meneleku memandang kaki sendiri.
            Aku tak boleh terusan macam ni. Aku kena survive jugak. Panas punggung aku duduk serumah dengan Armand. Tak mau aku duduk dalam sangkar emas ciptaan mamat PG. Tak rela!
            Tuala di penyidai diambil. Farisha berlalu masuk ke dalam bilik air. Dia perlu menyegarkan dirinya. Kau perlu lupakan semua masalah kau kat sini Risha. Kau balik terus ke ladang hari ni jugak. Pasal mamat tu, biar dia uruskan diri dia sendiri. Dah pandai-pandai sangat nak decide sendiri kan. Ha, terserah!
            Selesai mandi dan siap berpakaian, beg baju yang berada di bawah katil dikeluarkan. Pakaiannya di dalam almari dikeluarkan dan disumbat ke dalam beg. Topi dikenakan di kepala. Tidak lupa kunci kereta yang berada di atas meja solek. Setelah yakin selesai semuanya, Farisha menapak keluar dari bilik dengan langkah penuh berhati-hati.
            Lah, semua dok lepak kat ruang tamu tu ape kes? Aku nak keluar camne ni? Sengallah! Takkan nak keluar ikut tingkap kot. Ish! Farisha menggarukan kepalanya yang tidak gatal. Dia mengintip ke bawah melalui lubang-lubang pada tiang tangga.
            Aik, mana Armand? Abang ada. Kak Laila ada. Safiya ada. Pak halim dan mak Jah pun ada. Mana pulak mambang ni menyorok? Aku nak lari ni kang kantoi dengan dia pulak. Baik aku duduk dalam bilik dululah. Tengok line clear baru boleh blah.
            Baru sahaja Farisha hendak berpaling masuk ke biliknya, terdengar suara Armand sepertinya sedang berbual dengan seseorang. Kalut dia mencari tempat yang sedikit tersembunyi apabila mendengar suara Armand yang semakin mendekat.
            ‘Ok, papa. Arm faham. Kirimkan salam sayang Arm pada mama and Jue. Assalamualaikum.’ Kata Armand seraya menamatkan perbualan. Air yang berada di atas meja bulat di sisinya di teguk perlahan. Berkerut dahinya. Seperti memikirkan sesuatu.
            Farisha yang sedang bersembunyi di bawah meja bulat itu menutup mulutnya. Takut juga kalau mulutnya spontan melatah. Haru biru jadinya nanti. Kaku dia di bawah meja bulat yang ditutupi alas meja labuh berwarna merah hati.
            Hish, mamat ni. Cepatlah gerak. Aku nak keluar ni. Dah kebas kaki tangan aku duduk macam ni wei. Jari telunjuk dicuit ke lidah dan berakhir di hidungnya berulang kali. Ni tak lain tak bukan pengaruh dari cerita korea yang sering ditontoninya. Petua untuk menghilangkan kebas. Betul ke tidak, sendiri pun masih meragui.
            Fuh, selamat! Luah Farisha di dalam hati apabila melihat Armand yang sedang menuruni anak tangga. Baru saja dia hendak keluar dari tempat penyembunyiannya, kata-kata yang keluar dari bibir Armand ternyata membantutkan perbuatannya.
            ‘Semua dah ada kat sini nampaknya. Bagus! Am ada perkara yang nak bagitau.’ Ujar Armand. Laila sudah berkerut tanda tidak faham.
            ‘Risha akan ikut Am balik malam ni. Am akan bawak dia balik ke kondo. So, kami takkan susahkan korang kat sini. Am pun ada rumah sendiri.’ Tambah Armand.
            ‘Kalau kau nak pergi, kau pergi. Jangan babitkan Risha! Aku tak pernah rasa terbeban dengan kehadiran dia kat sini. Dia adik aku!’ Daniel membantah.
            ‘Memang dia adik kau, tapi dia isteri aku. Isteri aku yang sah. Aku lebih berhak atas diri Risha.’ Armand jelas mahu menaikkan api kemarahan Daniel.
            ‘Tapi, you tak boleh buat macam ni Armand. Dia sebahagiaan dari keluarga kami.’ Laila mencelah. Armand dihadapannya dipandang dengan seribu persoalan.
            Gilalah. Aku nak duduk dengan mamat PG? mati balik hidup pun aku tak rela. Sebelum semuanya menjadi parah, baik aku blah dulu. Korang bertekaklah ya. Aku nak blah. Gelak Farisha dalam hati.
Dia keluar dari bawah meja perlahan-lahan dan menuju ke biliknya. Pintu bilik dikunci dari dalam. Selimut diikat dengan toto dan dilemparkan keluar tingkap.nasib baik cukup panjang tali buatan aku ni.
            Peh, tinggi jugak aku nak terjun ni. Tiga tingkat kot. Alahai, lomah somangat den. Kepalanya dijenguk ke bawah. Air liur terasa kesat ditekak. Perlahan-lahan dia memanjat turun dan berpaut kemas pada toto yang sudah diikat panjang merupa tali.
            Yes, berjayalah babe! Melompat Farisha kerana berjaya turun. Ops, slow. Nanti kantoi. Cepat-cepat dia berlari apabila terdengar suara orang. Mungkin pak Halim, driver abang terdengar suaranya menjerit girang.
            Farisha berlari mendapatkan kereta yang berada di luar villa DaVinci. Nasib baiklah aku parkir kereta kat luar. Senang kerja. Kalau tak dah satu hal pulak nak kena cari jalan keluarkan kereta.
            Enjin kereta dihidupkan. Terus kereta meluncur laju meninggalkan kediaman villa DaVinci. Yeah! Yeah! Yeah! Aku hebat! Aku memang hebat! Silap besar kau pilih nak kahwin dengan aku Armand oi. Hahahaha, rasakan!
            Berdekah-dekah suara Farisha ketawakan Armand. Nasib baiklah takde sesiapa bersamanya tika itu. Kalau tidak, confirm pengsan dek terdengar suara Farisha gelak macam langsuir kelaparan.
            Tiga jam memandu ternyata meletihkan Farisha. Akhirnya dia sampai ke ladang tepat jam 10 malam. Kepulangannya disambut ceria oleh mak ngah dan ayah ngah yang sedang menunggunya di pintu. Ismadi dan Fatimah bergegas keluar apabila terdengar bunyi kereta Farisha memasuki laman.
            ‘Ya Allah, Risha. Kami rindu kat Risha. Kenapa lama sangat Risha duduk kat sana? Risha balik sorang je ke?’ ujar Fatimah berlari mendapatkan Farisha yang keluar dari kereta.
            ‘Ada hal tak settle lagi mak ngah. Tu yang Risha stay lama sikit kat sana. Sekarang dah settle pun semuanya.’ Farisha tergelak sambil memeluk erat Fatimah. Rindunya Risha kat mak ngah!
            ‘Yanti, tolong angkat beg Risha ni. Bawak masuk ke dalam.’ Arah Ismadi. Yanti menurut dan membawa masuk beg yang berada di tangan Farisha sebentar tadi.
            ‘Jom masuk dalam. Kita borak kat dalam pulak.’ Ismadi memimpin tangan Farisha. Mereka melangkah masuk ke dalam rumah. Sejak kecil Farisha rapat dengan Ismadi dan Fatimah. Mereka yang membesarkan Farisha sejak kecil lagi. Farisha juga rapat dengan mereka.
Walaupun sudah kematian kedua orang tuanya dalam nahas kapal terbang, kehilangan mereka terisi dengan kasih sayang yang tak pernah luak kerana di sisinya Ismadi dan Fatimah setia menceriakan harinya. Maka, dia sangat sayangkan Ismadi dan Fatimah. Begitu juga sebaliknya. Fatimah dan Ismadi menganggap Farisha dan Daniel seperti anak mereka sendiri.
‘Risha rasa kita sambung borak esoklah. Penat sangat Risha hari ni. Banyak perkara berlaku.’ Ujar Farisha kemalasan. Senyuman masih mekar dibibir mungilnya walaupun penat. Penat dengan Armand yang sebetulnya.
‘Ok lah. kalau macam tu. Risha nak makan dulu ke? Boleh mak ngah suruh Yanti sediakan.’ Fatimah bertanya.
‘Taknak lah mak ngah. Takde selera pulak. Good night.’ Farisha menolak. Pipi Fatimah dan Ismadi dicium sebelum dia berlalu masuk ke dalam bilik tidurnya meninggalkan keduanya yang termanggu di ruang tamu yang luas itu.

No comments:

Post a Comment