Monday 18 March 2013

You're mine, only mine! BAB 14




Bab 14   
            ‘Abang, cepatlah cakap.’ Laila berbisik perlahan pada Daniel yang duduk seperti cacing kepanasan. Laila di sebelahnya sudah menundukkan muka. Disikunya lengan Daniel.
            ‘Nak cakap macam mana?’ tanya Daniel. Ismadi dan Fatimah dihadapan mereka sudah memberikan pandangan pelik.
            ‘Kamu berdua ni kenapa? Laila? Daniel?’ Fatimah menyoal. Serba tidak kena perbuatan mereka dihadapannya. Saling siku menyiku pulak tu. Ismadi diam berpeluk tubuh.
            ‘Kalau abang taknak cakap, biar Laila yang bagitau mak ngah dan ayah ngah.’ Laila bersuara yakin. Mata Daniel dipandang dalam meminta keizinan.
            Laila tarik nafas dalam-dalam. Baru sahaja dia mahu membuka mulut, Daniel sudah melutu di kaki Ismadi. Terbuntang biji matanya melihatkan situasi itu. Ismadi lagilah terkejut. Fatimah pandang Laila dan Daniel silih berganti.
            ‘Korang buat salah apa lagi ni?’ Soal Ismadi serius. Mukanya turut bertukar serius. Laila yang duduk berhadapan dengannya dipandang serius.
            ‘Maafkan Daniel ayah ngah. Daniel dah buat ayah ngah kecewa.’ Kaki Ismadi kemas dalam pautan Daniel. Ah, apa nak jadi, jadilah! Daniel melepaskan tangis di situ. Laila yang melihat turut sebak. Dia turut bangun dan memeluk kaki Ismadi.
            ‘Apa yang kamu berdua dah buat? Bangun dulu. Cuba cerita pada kami.’ Ujar Fatimah sambil memegang bahu Daniel yang Laila yang melutut di kaki suaminya.
            ‘Risha, ayah ngah. Maafkan kami sebab tak dapat nak jaga Risha masa dia tinggal dengan kami.’ Laila bersuara. Tangan Ismadi digenggam kuat dengan jemarinya.
            ‘Risha? Kenapa dengan Risha? Elok je budak tu balik sini malam tadi.’ Ismadi menyoal. Bingung dengan kata-kata anak saudaranya. Pandangan Daniel jatuh ke kaki sendiri.
            ‘Risha dah kawin. Daniel yang benarkan Risha kawin.’ Daniel beri penjelasan. Serentak itu satu keluhan berat dilepaskan.
            ‘Kawin je. Ingatkan apa tadi. Risha dah kawin Fatimah oi.’ Ujar Ismadi lurus. Tergelak dia dengan kata-kata yang keluar dari bibir Daniel. Fatimah turut tergelak. Serentak itu, mereka berempat tergelak bersama.
‘Oh, Risha dah kawin. Kawin??’ Ismadi seperti baru terjaga dari lamunan yang panjang. Mencerlung matanya memandang Daniel yang menundukkan muka ke bawah. Laila juga tidak berani melawan pandang mata Ismadi. Suasana kembali senyap.
‘Dua minggu dia duduk dengan korang, korang dah jual adik korang sendiri? Korang jual Farisha? Anak kesayangan aku? Korang nak mati?’ Ismadi sudah berdiri. Kecut perut Daniel dan Laila melihat Ismadi yang naik angin.
‘Bukan macam tu ayah ngah.’ Ujar Laila perlahan. Menikus dia melihat kemarahan Ismadi. Ayah ngah sudah betul-betul naik angin kali ni. Matilah kita. getus hati Laila.
‘Habis? Risha kawin dengan siapa? Korang berdua ni memang tak pernah nak senangkan hati aku. Nak aku mati cepat agaknya. Siapa jantan yang berani-berani kawin dengan anak kesayangan aku? Siapa?’ Ismadi bersuara lantang. Spoil mood pagi betul dengar berita tak berapa nak best ni. Naik tekanan darah aku.
‘Saya. Farisha kawin dengan saya.’ Empat pasang mata tertumpu pada empunya suara. Lagi mengejutkan ialah Farisha berada dalam pangkuan lelaki itu tidak sedarkan diri. berlari Ismadi mendapatkan Farisha yang tidak sedarkan diri.
‘Apa kau dah buat pada Risha? Lepaskan dia. Aku boleh jaga anak aku sendiri.’ Ujar Ismadi. Dia berkira-kira mengambil Farisha yang berada dalam pangkuan lelaki yang tidak dikenali itu.
Armand melepaskan sebelah tangannya yang sedang memangku Farisha ke tangan Ismadi. Cuba diletakkan Farisha ke pangkuan lelaki separuh abad itu. Tapi tidak semena-mena, hampir terduduk Ismadi cuba menampung tubuh Farisha.
Nasib baik Armand sempat mencempung Farisha dan bawa  kembali ke dukungannya. Kalau tidak, mesti Ismadi sudah terjelepok ke lantai. Laila dan Fatimah tertawa dengan teletah Ismadi yang berperangai seperti budak-budak. Tajam pandangan Ismadi terhadap isterinya dan Laila.
            ‘Armand, kau boleh bawah Risha naik atas dulu. Jom, aku bawak kau ke bilik.’ Ujar Daniel. Armand mengangguk seraya menunduk meminta diri dan mengekori langkah Daniel menuju ke anak tangga.
            ‘Kau jangan ingat aku suka kat kau dan terima kau sebagai adik ipar aku pulak. Aku Cuma kesiankan Risha. Jangan kau perasan pulak.’ Daniel  memberi amaran. Armand tersenyum. Daniel berlalu keluar dari bilik meninggalkan Farisha dan Armand bersendirian.
            ‘Family awak memang pelik-pelik perangainya kan? Saya hairan, macam mana Laila boleh kawin dengan abang awak.’ Armand duduk disisi Farisha. Lama diperhati wajah Farisha yang terbaring tidak sedarkan diri itu.
            ‘Armand, ayah ngah panggil you turun sekarang.’ Laila datang memberitahu. Armand mengangguk faham. Diciumnya dahi Farisha sebelum dia pergi mendapatkan Ismadi di ruang tamu tingkat bawah. Laila tersenyum senang hati.
            ‘Thanks sebab you bawak Risha balik ke rumah ni dengan selamat.’ Ujar Laila sambil menuruni anak tangga bersama Armand. Kali ini, dia tidak perlu sangsi dengan Armand. Pada asalnya, dia sendiri ragu-ragu  dan keliru dengan keputusan Armand untuk menikahi Farisha. Tapi sekarang tiada apa yang perlu dibimbanginya lagi.
            ‘Risha dah jadi tanggungjawab I. I dah janji pada you yang I akan bahagiakan dia sampai maut pisahkan kami kan.’ Armand tersenyum. Malam kejadian di hotel bersama Farisha, Armand menelefon Laila dan menyatakan hasratnya untuk menyunting gadis itu.
            Pada asalnya, Laila ragu-ragu dengan keputusan Armand. Sangkannya Armand hanya bergurau. Tapi apa yang dilihatnya sebentar tadi, terus menbuang curiga di hati. Tambahan pula, Armand sanggup mempertaruhkan nyawanya menyelamatkan Farisha.
            ‘Ayah ngah. Mak ngah. Laila kenalkan, ni Armand. Suami Risha dan juga sahabat baik Laila semasa menuntut di Oxford dulu.’ Daniel mencebikkan bibirnya. Ismadi memandang Armand dengan pandangan tidak berpuas hati.
            ‘Maaf saya datang dalam situasi macam ni. Sepatutnya dengan cara  yang lebih baik.’ Armand berendah hati sambil menghulurkan salam kepada Ismadi dan Fatimah. Ismadi menyambut salam Armand sambil lewa sahaja.
            ‘Takpelah. Selamat datang ke keluarga kecil kami. Mak ngah berbesar hati Armand sudi datang ke pondok usang kami ni.’ Terasa erat salam yang diberikan Fatimah. Armand tersenyum.
            Daniel berdiri berpeluk tubuh di hujung sofa. Sakit matanya melihat Armand dan Laila yang sedang tersenyum. Mak ngah pun macam suka je dengan si Armand ni. Aku tengok dah berbulu mata aku.
            ‘Korang jaga Risha macam mana hah Daniel, Laila? Baru dua minggu dia duduk dengan korang, dah jadi macam ni. Ni, mamat mana pulak korang cekup jual si Risha ni?’ Ismadi pandang tajam ke arah Armand yang duduk berhadapan dengannya. Daniel sudah tersenyum sendirian.
            ‘Abang jangan nak hancurkan semua ni ye.’ Cubitan manja singgah di peha Daniel. Perlahan kedengaran suara Laila di telinganya. Terus mati senyuman di bibir. Digosok perlahan pehannya yang terasa perit dicubit.
            ‘Emm…’ Daniel sudah serba salah. Dipandangnya Laila yang berada disisi dengan pandangan belas kasihan. Nak cakap ape pulak kat ayah ngah ni? Adei.. baru nak masuk part syok, dah ada gangguanlah. Aku baru nak berbesar hati tengok mamat poyo ni kena belasah dengan ayah ngah. Melepaslah kau Daniel! Lain hari pulak ya.
            ‘Maaflah. Mungkin ni pun salah saya jugak. Saya cuma nak bertanggungjawab atas diri Risha. Tu je.’ Ujar Armand bersungguh-sungguh. Apa lagi terbeliaklah kedua biji mata Ismadi dan Fatimah memandang Armand. Budak ni dah hilang akal ke?
            Laila tepuk dahi sendiri. Daniel masih dengan senyum sinisnya. Yes, lets the show begin. Getus hati Daniel apabila melihat Ismadi mencapai senapang patahnya yang berada di atas meja. Muncung senapang dihalakan ke arah Armand.
            ‘Cakap! Apa yang kau dah buat pada Risha? 23 tahun aku tatang dia macam minyak yang penuh, aku boleh hancurkan hidup dia macam tu je? Kau kenal tak sape Farisha Elizabeth sebenarnya?’ Daniel tepuk tangan. Hah, drama ni seronok pulak. Tak membazir duit aku pergi tengok wayang yang cerita entah apa-apa.
            ‘Ayah ngah! Apa ni?’ Farisha yang tiba-tiba datang menolak Armand ke belakang.  Dia kini berada di antara Armand dan juga Ismadi. Farisha mengadap Ismadi. Apa pulak musibah kau bawak kali ni mambang? Tak boleh biar aku hidup tenang betullah manusia PG ni.
Lenanya terganggu dek bunyi bising di ruang tamu. Kepala yang masih berpinar tidak diendahkan. Cepat-cepat dia turun tangga apabila melihat Ismadi mengacukan senapang ke kepala Armand. Sesak nafasnya kalau terburai kepala Armand. Bukan disebabkan dia risau dengan diri Armand, tapi dia memang tak sanggup kalau Ismadi masuk lokap kerana membunuh.
            Ismadi mengeluh berat. Senapang dijatuhkan. Dia kembali duduk di sofa bersebelahan dengan Fatimah. Farisha turut duduk di sisi Armand. Armand yang terkebil-kebil di sebelahnya dipandang geram.
            Aiseh, apa pulak mamat ni buat kat sini? Macam mana pulak dia boleh ada kat sini? Takkan kak Laila dengan abang bawak dia datang sini kot. Abang dah ok ke dengan mamat PG ni? Menyusahkan orang betullah. Daniel yang sedang berdiri di belakangnya dipandang sekilas.
            ‘Risha sanggup ketepikan ayah ngah kan? Buat keputusan memdadak macam ni.’ Ujar Ismadi berjauh hati. Mukanya dipaling ke arah lain. Tidak sanggup menatap lama wajah yang menghancurkan harapannya.
            ‘Apa yang ayah ngah cakap ni? Risha tak fahamlah.’ Farisha sudah berkerut dahi. Aku ada buat salah apa? Rasanya semua ok. Kepala otaknya cuba mengisar kembali kejadian yang berlaku semalam.
            Kejadian di mana Ismadi bersama Fatimah dan yang lain bergegas ke ladang dan meninggalkannya sendirian terlintas difikirannya. Semua ok-ok je. Aku dah kunci pintu macam yang ayah ngah pesan. Lampu koridor juga memang sentiasa terpasang. Di mana salahnya?
            Eh, wait. Aku tak sempat kunci pintu pun semalam. Pintu kena tolak dari luar. Baru aku ingat, Seman punya kerja. Kepala Farisha terangguk-angguk perlahan. Barua dia kidnap aku. Aik, tapi macam mana pulak aku boleh terbaring kat atas katil tadi?
            ‘Risha tak bagitau mak ngah dan ayah ngah yang Risha nak kawin. Risha ketepikan kami. Memang kami bukan ibu bapa kandung Risha, tapi Risha dah macam anak kami.’ Fatimah bersuara lirih. Ismadi masih tidak memandang wajah Farisha.
            ‘La, tu je masalahnya? Risha ingatkan apa tadi.’ Farisha tergelak sambil tayang muka tidak bersalah. Pandangan Ismadi dan Fatimah tajam menikam wajah Farisha yang sedang ketawa. Terus mati ketawanya melihat muka serius Ismadi dan Fatimah.
            Kenapa pulak dah? Salah ke apa yang aku cakap? Ismadi bangun dan melangkah pergi meninggalkan Farisha yang terkebil-kebil di ruang tamu. Kepalanya yang tidak gatal digaru. Marah benar ayah ngah kat aku kali ni. What should I do? Hurmm…
            ‘Mak ngah tak rasa perkara ni perkara lawak yang boleh Risha nak gelak. Mak ngah sebenarnya tak kisah Risha nak kawin. Mak ngah tumpang gembira kalau Risha dah jumpa jodoh yang sesuai. Mak ngah cuma rasa macam kami kat rumah ni tak penting untuk Risha.’ Ujar Fatimah panjang lebar. Dia cuba memberikan sedikit kepahaman kepada anak saudara kesayangannya itu.
            ‘Maafkan Risha. Semua ni pun berlaku tanpa perancangan. Maafkan Risha ye mak ngah?’ Farisha berkalih tempat duduk. Dia menyalami tangan Fatimah. Sungguh, ini bukan apa yang diharapkan. Semuanya berlaku sebab mamat PG tu. Semua jadi kucar-kacir.
            Kalau hal sebenar terbongkar, mati aku. Silap-silap hari bulan, kak Laila balik semula pada Armand. No way! Armand dihadapannya dipandang tajam. Giginya diketap.
            ‘Mak ngah dah maafkan Risha. Mak ngah tumpang gembira sebab Risha dah kawin. Tapi masalahnya sekarang ayah ngah kamu tu. Dia dah merajuk sakan tu. Baik Risha pujuk. Tak mampu mak ngah nak pujuk.’ Rambut lurus Farisha diusap perlahan. Farisha yang seperti terjaga dari lena duduk tegak.
            Ayah ngah! Macam mana pulak aku boleh lupa kat ayah ngah ni. Hish, Risha. Kau ni dah tua lah. Macam ada dementia je. Kat ayah ngah pun kau boleh lupa. Apa nak jadi lah. cepat-cepat dia bangun dan berlari mendapatkan Ismadi. Fatimah yang melihat tersenyum dengan tingkah laku yang agak melucukan itu.
            ‘Ayah ngah.’ Seru Farisha. Ismadi yang menbelakanginya tidak menghiraukan panggilan Farisha. Terpacak kaku Ismadi berdiri di ambal sambil mata melihat keindahan pagi.
            ‘Ayah ngah jangan marah lama-lama. Nanti Risha takde kawan.’ Farisha cuba memujuk. Lengan Ismadi dicuit-cuit perlahan. Memang itu caranya memujuk. Dan selalunya Ismadi akan termakan pujukannya.
            ‘Ayah ngah. Kenapa senyap ni? Risha minta maaf. Risha dah kawin pun, takkan nak berpisah pulak?’ Ismadi tetap dengan kedudukannya menbelakangi Farisha. Dia mendengus kuat.
            ‘I am so sorry. Risha tak berniat pun nak buat ayah ngah sedih. Risha sayang ayah ngah tau. Janganlah macam ni.’ Suara Farisha mula mengendur. Hurm, tak jadi pujukkan aku kali ni. Tak real sangat kot. Risha, ni ayah ngah kau yang tengah merajuk kot. Tunjuklah concern sikit. Apalah kau ni!
            ‘Risha dah kawin. Macam mana pulak dengan Rizki?’ Ismadi bersuara. Badannya menghadap Farisha.
            ‘Kenapa dengan Rizki?’ Farisha menyoal.

No comments:

Post a Comment