Wednesday 27 March 2013

You're mine, only mine! BAB 15




Bab 15
            Aku tak pernah serius pun. Kenapalah kau anggap kata-kata aku serius? Aku main-main je. Yang kau bagitau ayah ngah perkara ni apsal? Adoi, sengal betullah! Rizki Ashraf! Kau merumitkan lagi masalah aku wei!
            Farisha mundar mandir di dalam biliknya. Kusut kepala dirasakan. Teringat kembali perbualannya dengan Ismadi pagi tadi.
            ‘Risha boleh tanya kenapa dengan Rizki pulak? Risha dah lupa ke janji korang berdua?’ Ismadi mengangkat kedua belah keningnya. Biar betul budak ni. Janji sebesar tu pun boleh lupa.
            ‘Janji apa pulak ni ayah ngah? Risha tak pernah berjanji dengan Rizki pun.’ Farisha menjawab.
            ‘Oh. Tak pernah? Habis, kalau tak pernah, kenapa dia boleh cerita kat ayah ngah pulak?’ pertanyaan Ismadi hanya dibalas dengan reaksi pelik muka Farisha.
            ‘Apa yang Rizki bagitau?’ Farisha menyoal. Tidak dipedulikan kata-kata yang keluar dari mulut Ismadi.
            ‘Minggu depan dia dengan family dia akan datang merisik. Ayah ngah tak tau apa yang dah jadi dengan Risha ni.’ Ismadi menjelaskan.
            ‘Dia nak merisik sapa ayah ngah? Yanti ke? Kawin jugak akhirnya Yanti. Lama dah dia menaruh hati kat Rizki tu.’ Farisha mengangguk-anggukkan kepalanya. Pantas sahaja tangan Ismadi menampar lengan Farisha.
            ‘Aduh, apa ni ayah ngah. Pukul Risha pulak.’ Lengannya digosok perlahan. Bukan sakit sangat pun. Sengaja menunjukkan kemanjaannya kepada lelaki tua yang sudah dianggap ayah itu.
            ‘Kalau nak merisik Yanti, buat apa pulak dia nak datang sini? Baik dia gi rumah Yanti je. Dia nak merisik Risha.’ Ismadi melepaskan keluhan.  
            ‘Risha dah lupa ke janji nak kawin dengan Rizki kalau dia berjaya jadi model terkenal? Rizki pun pernah bagitau ayah ngah Risha dah janji dengan dia. Tak baik Risha mainkan perasaan dia. Sebab dia ikhlas dengan Risha, dia boleh berada kat mana dia berada sekarang.’ Sambung Ismadi panjang lebar.
            ‘Rizki cakap macam tu ke? Memang Risha ada cakap nak kawin dengan dia kalau dia berjaya tapi, Risha tak pernah serius. Risha gurau je ayah ngah.’ Sesak terasa di dadanya saat itu.
            Setelah hampir 8 tahun tidak berjumpa, Farisha sendiri tidak menyangka kata-kata gurauan yang pernah dikatakan kepada Rizki bertahun sudah dianggap serius oleh lelaki itu. Wajah Rizki sering juga menghiasi muka majalah-majalah. Tidak kurang juga gosip yang didengari tentang hubungannya bersama beberapa model antarabangsa.
            Rizki dah famous sekarang. Seluruh dunia dah kenal dia. Dengan wajah perfect macam tu takkan dia serius dengan kata-kata kebudak-budakan aku kot? Dah bertahun-tahun berlalu. 8 tahun bukan sekejap.
            ‘Awak ni kenapa? Dari tadi ke hulu ke hilir. Pening kepala saya tengok.’ Armand bersuara. Terus terbang lamunan Farisha. Armand yang sedang enak landing di atas katil bersaiz queen miliknya dipandang tajam.
            ‘Kau? Kenapa kau masuk bilik aku ni? Dah lama hidup?’ Farisha tayang penumbuknya. Armand tergelak sebelum dia mengangkat penumbuknya kepada Farisha.
            ‘Setakat penumbuk kering awak tu, sikit pun tak goyanglah.’ Armand tergelak. Geli hati dia melihat Farisha yang sedang menayang penumbuk yang halus itu.
            Sudah lama dia masuk ke dalam bilik itu. Tumpuannya dicuri tatkala melihat Farisha yang mundar mandir di dalam bilik itu. Sedikit pun tidak disedari kehadirannya. Sekejap-sekejap dilihat Farisha menggaru kepala. Sekejap-sekejap pula melompat-lompat macam kanak-kanak rebena.
            ‘Kau jangan nak cabar aku. Aku hentak baru kau tau. Jangan pandang aku sebelah mata je. Menangis kau nanti.’ Ujar Farisha dengan penuh rasa bongkak. Suaranya dikawal supaya tidak terlalu kuat. Nanti kantoi.
            ‘Sebab saya tak tengok awak dengan sebelah matalah, saya kawin dengan awak. And awak pulak, senang-senang je tinggalkan saya kat villa abang awak tu.’ Armand berbaring sambil menongkat kepalanya. Farisha yang berdiri agak jauh darinya di pandang atas ke bawah.
            ‘Kau ingat aku hadap sangat ke kawin dengan kau? Jangan perasan sangat. Kau layanlah perasan kau tu sorang-sorang. Aku nak mandi.’ Farisha mencapai tuala yang disangkut pada penyidai tuala. Laju dia melangkah ke dalam bilik mandi saat Armand sudah bangkit dari pembaringan.
            ‘Can I join you?’ ujar Armand nakal. T-shirt Polo berwarna cyan yang dipakai ditanggalkan. Laju langkahnya mendapatkan Farisha yang nampak kalut.
            ‘Perverted guy!’ jerit Farisha sebelum masuk ke dalam bilik air. Cepat sahaja pintu bilik air dikunci dari dalam. Bagus jugak kalau pakai sliding door macam ni. Farisha bersandar pada pintu bilik mandi. Kedengaran suara Armand ketawa girang. Farisha merengus. Gila betullah mamat ni. Bencinya aku!
            Alamak, lupa nak bawa masuk baju! Takkan aku nak keluar dalam keadaan macam ni? Mamat PG tu ada kat luar. Ish, tak jamin aku nak keluar. Macam mana ni? Kau ni pun satu. Dah tau mamat PG tu ada kat dalam bilik ni, kau boleh buat perangai sesedap rasa je. Kenapa kau ni cepat sangat jadi pelupa Risha oi?
            Telinganya dilekapkan ke pintu. Hurm… senyap je kat luar tu. Dia keluar kot. Berkerut dahinya turut cuba mendengar sebarang bunyi di luar. Boleh keluar ke ni? Perlahan pintu bilik air ditolak dari dalam. Kepalanya dijengulkan keluar. Rambutnya yang masih basah disiput tinggi.
            Oh, dah tidur. Nasib baik. Line clear Risha. Kau boleh keluar. Cepat sebelum dia terjaga. Pintu bilik air ditolak lagi supaya terbuka luas. Tuala yang membaluti tubuhnya dikemaskan. Hai, kenapalah tuala ni pendek sangat? Kaki kanannya dikeluarkan terlebih dahulu. Dengan langkah yang penuh berhati-hati, Farisha menapak ke almari.
            Almari dibuka. Diambil pajama yang berwarna merah hati kegemarannya. Tidak dilupakan anak-anak kecil miliknya. Pergerakan Armand di atas katil membuatkan Farisha terkejut. Spontan tubuhnya meniarap. Kau nak gi berperang ke Farisha?
            Pergh, sejuknya lantai ni. Pantas Farisha bangun apabila Armand kembali lena tidak bergerak. Dia sendiri tidak tahan meniarap di lantai yang sangat sejuk dengan keadaan hanya bertuala pendek. Memang tak tunggu lama untuk beku.
            Farisha masuk ke dalam bilik air semula. Pintu bilik air ditutup rapat dengan penuh berhati-hati. Tersenyum dia seketika. Wajahnya diperhatikan di cermin besar yang berada di dalam bilik air itu. Kau memang cantik Farisha. Hehehe… pujinya di dalam hati.
            ‘Aik, mana benda alah ni? Tadi aku dah ambik kot. Aduh, takkan tercicir pulak. Sengal!’ Baju pajamanya dikibas-kibas. Memang takde ni, nampaknya terpaksa aku keluar lagi sekalilah. Nasib kau lah Farisha oi. Farisha mengeluh perlahan. Nasib baik sudah berseluar. Tubuhnya yang kedinginan dibalut dengan tuala.
            Kepalanya menjenguk ke luar bilik mandi. Mana? Takde pun. Melilau matanya memandang sekeliling. Farisha keluar dengan penuh berhati-hati tanpa sebarang bunyi. Armand yang lena di atas katil dipandang sekilas. Terbongkok-bongkok dia keluar dari dalam bilik mandi. Mungkin jatuh kat depan almari tadi kot. Fikirnya.
            ‘Are you looking for this?’ tegur Armand. Membulat besar mata Farisha melihat sesuatu miliknya berada di hujung jari lelaki itu. Armand sudah tersengeh menampakkan lesung pipit di kedua belah pipinya.
            ‘Gila! Bak sini balik.’ Farisha menjerit kecil. Armand yang mengiring sambil menongkat kepala di atas katil dipandang geram.
            ‘Sini. Ambil sendiri.’ Ujar Armand. Anak matanya serentak memberi isyarat supaya Farisha datang mendekatinya. Farisha hanya mencebik.
            Farisha tidak mempedulikan kata-kata Armand. Dia berpaling ke belakang. Sliding almari ditolak kasar. Kau ingat aku ada satu je ke benda alah tu? Aku ada banyak lah. Tak perlu nak memperbodohkan diri aku ambik kat kau. Dalam almari ni banyak lagi.
            Armand yang melihat tergelak kecil. Farisha yang membelakanginya dipandang. Menggeleng kepala Armand melihat tingkah laku Farisha. Setelah Farisha menjumpai apa yang dicarinya, dia melangkah menuju ke bilik air. Tidak dipedulikan Armand yang sedang memandang.
            ‘Awak memang pakai saiz ni ke?’ ujar Armand sambil membelek-belek baju kecil Farisha. Farisha yang sudah berada di hadapan pintu bilik mandi berhenti mendadak. Terpaku kakinya disitu apabila mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Armand.
            Merah juga muka Farisha menahan malu dan amarah. Armand pula seperti gembira melihat Farisha yang sudah merah mukanya. Sketsa kau dah melampau ni. Aku tak oernah lagi kena bahan macam ni. Seronok? Meh, aku nak kasi seronok lagi.
            Farisha menghampiri Armand yang berada di atas katil. Armand tidak lagi meneliti baju kecil milik Farisha. Matanya tunak memandang figura yang berada di hadapan matanya. Farisha tersenyum. Sinis sekali.
            ‘Kau jangan ingat semudah tu je aku nak melatah. Aku takkan ulang kesilapan yang dah aku buat sebelum ni. And for your information, aku takkan biarkan kau stay lama kat umah ni.’ Farisha bersuara yakin sambil tergelak kecil.
            ‘Aku pun tau sangat kau tak pernah jumpa baju-baju kecil yang comel macam tu kan? Sebab tu kau excited sangat. Takpelah, kau telek puas-puas. Aku tak kisah. Tak luak pun.’ Baju kecil yang berada ditangan Armand dipandang. Sinis kata-katanya membuatkan Armand terkedu disitu juga.
            Sedikit pun tidak bersuara. Mungkin sudah hilang point untuk berbahas dengan Farisha. Mungkin juga tidak mahu memanjangkan isu. Langkah Farisha diiring dengan pandangan mata masuk ke dalam bilik mandi.
            ‘Yes! Padan muka kau. Mula terkebil-kebil. Muka dah macam ayam tertelan kapur. Puas hati aku!’ Farisha bersuara perlahan. Mengekek dia di dalam bilik mandi sendirian. Cepat-cepat mulutnya ditutup mulutnya dengan tangan apabila terdengar bunyi ketukan dari luar.
            Baju pajama dipakaikan ke tubuh. Tuala yang membalut tubuhnya tadi disimpulkan ke kepala. Menutup rambut panjangnya. Nak apa lagilah mamat ni? Tak serik-serik agaknya kena lecturer aku tadi. Hish,  meluatnya kalau macam ni hari-hari. Botak kepala aku dok mengadap muka dia je. Bebel Farisha di dalam hati. Sliding door bilik mandi ditolak perlahan. Terjengul muka Armand yang tersengeh macam kerang busuk dihadapannya. Huh, macam la lawa sangat lesung pipit kau tu. Tak heran!
            ‘Kau ni kenapa pu..’ Cupp… melekat bibir Armand di bibir basah Farisha. Membulat biji mata Farisha memandang Armand. Terasa dunianya kelam. Lemah seluruh anggota badan. Jantungnya juga seakan berhenti.
‘Sengal punya PG…’ Jerit Farisha lemah sebaik sahaja Armand menjauhkan bibir  sebelum tubuhnya jatuh terkulai layu dihadapan pintu bilik mandi.

1 comment: