Sunday, 5 May 2013

You're mine, only mine! BAB 18



Bab 18

            Farisha sudah dimasukkan ke dalam khemah yang siap dipasang sebentar tadi. Torch light yang tersedia juga dibawa masuk ke dalam khemah tersebut. Nasib baik jugaklah khemah ni luas. Boleh jugak kalau nak masuk sampai 4 orang ni.

            Armand duduk di penjuru khemah. Dia hanya memerhatikan Farisha yang lena berselimutkan blanket tebal. Sesekali menggigil tubuhnya. Aiseh, ni yang lemah ni. Sejuk macam duduk kat kutub pulak. Gerutu hatinya. Lengan dan tangan digosok-gosok menghasilkan haba.

            Guruh berdentum kat luar tu rasa macam gempa bumi tanah yang aku duduk ni. Ni baru sikit. Macam manalah mangsa-mangsa gempa bumi kat luar tu kan? Seksanya hidup mereka. Aku yang rasa macam ni pun dah nak keluar air mata. Air mata jantan tu.

            ‘Ya Allah, panasnya badan awak Risha.’ Ditelekupkan belakang tangannya ke dahi Farisha. Gadis itu tidak bersuara. Hanya menggigil kesejukkan. Jemarinya juga sejuk seperti duduk dalam peti ais.

            Armand mengesot mendekati Farisha. Jemari gadis itu diambil dan digosok-gosok dengan jemarinya. Hish, jari aku pulak yang beku ni. Sejuk nak mampus kaki tangan dia ni. Apa yang aku nak buat ni. Nak berlari keluar memang taklah dalam keadaan hujan lebat yang menggila ni. Nanti aku entah ke mana, Risha pun tak tau macam mana.

            Tinggal satu je cara. Dengan teragak-agak Armand berbaring di sebelah Farisha. Kepala Farisha diletakkan di atas lengannya. Farisha dipalingkan ke sisi. Tangannya melingkari tubuh yang menggeletar kesejukkan itu dengan erat sekali.

            Lebih kurang setengah jam sudah berlalu. Hujan juga sudah tidak menggila seperti tadi. Tetapi Farisha masih juga kesejukkan. Bibirnya kelihatan pucat sekali. Seluruh badannya menggigil. Armand bingkas bangun. Diraup mukanya kasar.

            ‘Apa kau nak buat ni?’ soal Farisha lemah. Tangannya sempat memegang tangan Armand yang cuba membuka butang baju kemejanya.

            ‘Awak demam ni. Baju awak basah kuyup. Nanti lagi teruk demam awak. Saya tolong awak tanggalkan.’ Butang baju kemeja Farisha dibuka laju. Tidak dihiraukan gelengan kepala gadis itu. Kemeja sudah ditanggal dan dicampak ke tepi.

            Armand berbaring di sebelah Farisha. Badannya dirapatkan ke tubuh Farisha yang hanya berbalut singlet. Dia juga sudah mencampakkan t-shirt yang dipakainya ke tepi. Tidak lama kemudian, mereka lena dibawa kedinginan malam. Farisha juga sudah tidak menggigil.

                                    ------------------

            Farisha mencelikkan matanya apabila terkena silauan matahari. Mata yang masih kabur ditenyeh perlahan sebelum menggeliat. Bulat matanya  melihat keadaan diri yang hanya bersinglet jarang. Berkerut dahi Farisha cuba mengingati sesuatu.

            Apa dah jadi ni? Dengan kemeja aku dok bergelimpangan. Pantas diambil kemeja yang sudah separuh kering dan cepat-cepat disarungkan ke tubuh. Farisha menapak keluar dari khemah. Terjengul kepalanya melihat sekeliling khemah. Ada unggun api lagi?

            ‘Aku pacak ke khemah ni? Aduh, tak ingat. Kepala otak pusing macam baru gi naik Ali Baba kat Fun Fair.’ Kepala yang berdenyut diurut lembut. Lantaklah, aku nak balik. Kaki Farisha melangkah dengan penuh berhati-hati. Takut pulak kalau tersadung akar pokok.

            ‘Eh, nak ke mana tu? Sihat dah ke?’ tegur Armand. Terlompat Farisha dek terlalu terkejut. Ni, salam pun tak de. Terus serbu macam tu. Nyaris heart attack aku. Dadanya diurut perlahan.

            ‘Suka hati akulah nak ke mana pun. Tempat ni aku punya.’ Ujar Farisha bongkak.

            ‘Kalau ye pun nak balik, tunggulah dulu. Ni barang tak kemas ape lagi ni.’ Armand menggeleng. Farisha duduk di atas akar pokok yang timbul di atas tanah sambil menunggu Armand mengemas. Malas aku nak menolong.

            Otak Farisha cuba mengisarkan apa yang berlaku malam semalam. Yang lain hanya ingat-ingat lupa, tapi satu perkara yang seakan mencabar kesabaran dan maruahnya membuatkan Farisha pantas berdiri. Armand yang leka menggulung khemah membelakanginya dipandang tajam.

            Cari maut kot mamat ni. Penumbuk dikepal-kepal geram. Farisha mendengus kuat. Armand yang masih mengemas ditinggalkan sendirian.

            ‘Eh, nak ke mana ni? Abang belum siap mengemas lagi.’ lengan Armand didepangkan menghalang perjalanan Farisha. Armand sudah menjongketkan sebelah keningnya.

            ‘Tepilah!’ tempik Farisha seraya melayangkan penumbuk ke muka Armand.

            Benar jugalah kata orang, malang itu tidak berbau. Kita pun tak patut marah-marah selalu tapi kalau dah memang fitrah manusia memang dianugerahkan perasaan marah, ape boleh buat kan? Kaki kiri Farisha boleh pula tersangkut pada akar pokok yang menjalar di tanah. Apa lagi, tersasar penumbuk yang nak dihadiahkan kepada Armand.          

            Kalau tersasar yang mengena takpe jugaklah kan. Ni terus slip. Kena angin adalah. Kalau dah tersadung tu mesti akan terjatuh kan? Yang jadi tilamnya si Armand lah.

            ‘Aduh!’ Armand mengaduh saat abdomennya berlaga dengan siku kurus kering Farisha. Memang perit kalau berlaga dengan tulang sekeping macan tu. Mau hancur six pack aku macam ni. Gerutu Armand dalam hati.

            Aduh, macam mana boleh jatuh pulak ni? Celaka punya akar pokok. Sengaja nak malukan aku lah tu. Nasib baik jugaklah siku azimat aku ni boleh pakai, kena jugak mamat ni. Farisha tersengeh. Gembira pulak tengok mamat ni berkerut menahan sakit. Padan muka!

            ‘Risha, rasanya dah boleh bangun kot. Beratlah.’ Armand bersuara tersekat-sekat. Wajah Farisha yang hanya beberapa inci dengan wajahnya dipandang lama.

            Aduh, macam mana boleh tak sedar pulak ni? Malunya aku! Kalau sorok muka kat balik pokok sebelah ni aci tak? Farisha bingkas bangun seraya membuang pandang ke arah pokok besar yang berada di sebelahnya. Muka tak yah nak cakaplah, merah menyala macam udang kena bakar dah. 

‘Jatuh maruah aku macam ni.’ Bisik Farisha perlahan.

‘Apa Risha cakap? Abang tak dengarlah.’ Armand mendekati Farisha.

Hah? Aku salah dengar ke? Abang? Ewww, nak termuntah!

‘Apa kau cakap? Abang?’ Farisha menggeletik. Serius geli. Abang?? Mamat ni dah gila agaknya ni. Kena sampuk jin mambang hutan agaknya ni. 

            ‘Apa yang tak kena dengan panggilan tu? Sepatutnya Risha memang kena panggil abang ‘abang’ tau. Kalau ikut umur, abang tua 5 tahun dari Risha. Nothing wrong with that dear.’ Jelas Armand panjang. Farisha menjeling.

            ‘Kalau pun kau ni tua dari aku, gelaran abang tu hanya aku bagi kat abang aku. Daniel. Dan bukan orang lain.’ Farisha berjalan laju meninggalkan Armand di belakang. Kepala yang pening usah dikatalah. Kalau aku sihat ni, lunyai mamat ni aku kerjakan.

                                    -------------------

            Biasanya lepas lalu pokok ara besar ni, jumpa pokok jati. Tapi mana pokok jatinya? Betul dah jalan ni. Confirm betul. Ni aku nampak kiri and kanan pokok-pokok semua sama je. Makin banyak pulak. Aduhai, mata. Janganlah kau buat hal time ni. Aku dah sampai umah kang kau nak terpejam pun tak pe. Aku tak heran. Ni nak cari jalan balik pun tak jumpa.

            ‘Risha, betul ke ikut jalan ni? Rasanya tadi kita dah lalu sini dah. Ni dah dua kali kita lalu tempat sama.’ Armand menggaru kepala. Peluh sudah merintik didahi. Farisha yang bertongkat di tepi pokok membelakanginya didekati.

            ‘Risha okay ke ni? Abang tengok muka Risha ni pucat semacam je.’ Tangannya dilabuhkan ke bahu Farisha. Farisha hanya membiarkan.

            Mata dah tak boleh nak celik ni. Bila celik je, pandangan berpinar. Rasa macam dunia ni berpusing pulak. Dah macam dalam citer Hindustan dok golek-golek atas rumput pulak. Ayah ngah, tolong Risha. Abang Daniel, meh sini tolong Risha. Adu Farisha dalam hati.

            ‘Risha, get onto my back now. Biar abang kendong.’ Armand mencangkung dan membelakangi Farisha.

            Armand menarik tangan Farisha apabila tiada reaksi dari gadis itu. Farisha tetap mengeraskan diri. Tidak rela berada didukungan lelaki yang diisytiharkan sebagai musuh ketat. Terdengar dengusan halus dari Farisha walaupun dengan mata yang terpejam.

            ‘Don’t be such a kid. Abang cuma nak tolong. Jangan degil sangat boleh tak? Nak ke bermalam kat sini lagi satu hari?’ Sindir Armand. Huh, dalam pada sakit tu, degil jugak.

            Akhirnya Farisha membiarkan dirinya berada dibelakang lelaki itu. Lengannya melingkari tengkuk Armand. Dia bersandar lemah. Terlentok kepalanya dibahu Armand. Armand hanya tersenyum dan meneruskan langkah. Kaki dibawa meredah hutan yang masih basah. Sekali-sekala dikesat peluh yang merintik di dahinya.

                                    ---------------

            ‘Risha! Ya Allah! Apa dah jadi ni Armand?’ tegur Laila cemas apabila melihat Farisha yang tidak sedearkan diri berada di dukungan Armand.

            Ismadi dan Fatimah yang terdengar jeritan Laila pantas berlari ke laman. Membulat mata mereka melihat Farisha yang kepucatan tidak sedarkan diri.

            ‘Dah. Jom masuk dulu. Cerita kat dalam.’ Usul Fatimah.

            ‘Yanti. Bawakan air suam sebesen dengan kain nak lap Risha.’ Sambung Fatimah lagi.

            Farisha diletakkan ke atas katil dengan cermat. Pijar rasa belakangnnya kerana menggendong lama. Juntaian rambut di muka Farisha diselak ke tepi. Pipi comot itu diusap perlahan.

            ‘Armand boleh gi mandi dululah. Risha ni mak ngah dengan Laila boleh uruskan.’ Armand mengangguk mensetujui kata-kata Fatimah sebelum berlalu ke bilik mandi. Serius memang terasa lemah sungguh badan. Letih betul. Badan pun dah melekit ni tak termasuk dengan ketiak masam. Eww! Gerutu Armand perlahan.

            Setengah jam kemudian, Armand keluar dari dalam bilik mandi. Segar mukanya. Badan juga sudah terasa segar. Lega dapat mandi. Ni kang kena mandi dengan air hujan je. Sabun pun kena sabun pakai lumpur selut kat hutan tu.

            Farisha di atas katil dilihat sudah bersalin pakaian kepada yang baru. Mukanya yang comot juga sudah dibersihkan. Cuma bibir pucat sahaja yang masih kekal di situ. Fatimah dan Laila entah ke mana. Mungkin selepas selesai menguruskan Farisha, mereka terus keluar.

             Armand menapak ke arah Farisha yang berada di atas katil. Dilabuhkan punggung di sisi wanita yang kebelakangan ini mengalirkan satu perasaan aneh jauh dilubuk hati. Tetapi yang peliknya dia bahagia dengan perasaan yang mula menjalar ke sekeping hati miliknya. Ini ke yang dinamakan cinta?

            Wajah Farisha yang tenang diperhatikan lama. Tidak puas menatap wajah itu walaupun semasa mereka sesat dihutan, lebih dari menatap pun dia sudah buat. Ada sesuatu pada gadis yang kini menjadi isterinya menarik perhatian Armand. Gambar Farisha yang menunggangi Prince suatu ketika dahulu juga masih tersimpan elok di dalam dompetnya.

                                    ----------------

            ‘Kau ada buat benda tak senonoh kat adik aku ke masa kat dalam hutan tu?’ soal Daniel semasa mereka berjalan di taman botani milik Fatimah. Armand yang mendengar hanya menjongket bahu. Tidak faham dengan soalan yang diutarakan Daniel.

            ‘Kalau aku dapat tau kau ambik kesempatan atas diri Risha…’ Daniel berhenti berjalan. Diperhatikan Armand yang sedang membelek bunga ros pelbagai warna yang tumbuh mekar di taman itu.

            ‘Aku takkan lepaskan kau!’ Daniel memberi amaran seraya memandang tajam Armand yang masih tidak beriak. Dengar ke tidak dia ni??

            ‘Kau dengar tak apa yang aku cakap ni?’ Daniel menguatkan suaranya. Hish, mencabar kesabaran aku betullah cakap dengan dia ni. Ada jugak aku terajang sampai ke Afrika kang.

            ‘Apa yang kau tak puas hati sangat dengan aku ni? Dari hari pertama aku kawin dengan Risha, sampai ke hari ni kau tak puas hati dengan aku. Tak boleh ke kau fikir positif sikit pasal aku?’ Armand berpaling menghadap Daniel. Dia berpeluk tubuh. Sebelah keningnya terangkat. Tengah serius ni.

            ‘Memang aku tak puas hati dengan kau. Aku tak percayakan kau. Kalau bukan sebab Laila beria-ria nak kau kawin dengan Risha, jangan harap kau boleh ada kat sini. Ok. Men to men. Apa motif kau kawin dengan adik aku?’ Daniel cuba mengawal intonasi suaranya.

            ‘Motif apa pulak dah ni?’ soal Armand kurang faham. Apa, nak kawin pun kena ade motif ke? Pelik betul family diorang ni.

            ‘Kau jangan nak buat bodoh pulak. Jangan nak sorok dari aku!’ Daniel sudah meninggi suara. Kolar baju Armand dicekam kasar. Timbul urat diwajahnya akibat terlalu marah.

            ‘Kau ingat aku tak tau yang kau saja nak balas dendam kat aku kan? Sebab aku rampas Laila dari kau. Kau jangan harap dapat pisahkan Risha dari aku. Never!’ sambung Daniel.

            ‘Gila ke?’ Armand gelak kuat. Pegangan Daniel di kolar bajunya ditepis kasar.

            ‘Ok lah, aku pun tak nak memanjangkan cerita. Taknak juga bermusuh dengan kau lama-lama. Aku admit, mulanya memang aku nak balas dendam pada kau sebab Laila dengan gunakan Risha. But..’ tak sempat Armand hendah menyudahkan ayat, dia sudah tersungkur ke tanah.

            ‘Shit!’ Daniel mengibas-ngibaskan tangannya yang terasa sakit. Ni aku tumbuk muka orang ke, tumbuk batu ni?

            ‘Aku takkan melawan. I deserve this.’ Ujar Armand sambil mengesat darah yang keluar di tepi bibirnya. Kedua belah tangannya diangkat ke atas tanda berserah.

            ‘Aku nak kau lepaskan Risha.’ Daniel memberi arahan. Tegas. Armand yang sedang memegang pipinya dipandang tajam.

            ‘No way! I won’t do that. She’s mine.’ Armand merengus kuat.

            ‘She’s not your toy.’ Daniel bersuara lantang.

            Maafkan abang, Risha. Sebab abang, Risha kena lalui perkara ni. Sebab abang, Risha merana. Abang dah gagal laksanakan tanggungjawab abang terhadap Risha. Mesti mama dan papa kecewa dengan abang. Maafkan abang. Keluh Daniel.

            ‘She’s my wife and I love her.’ Armand membalas. Yakin. Melolot biji mata Daniel demi mendengar kata-kata yang keluar dari bibir lelaki yang pernah menjadi seterunnya itu. Aku tak salah dengar kan?

            ‘Apa kau cakap?’ Daniel mengecilkan matanya.

            ‘Aku dah takde simpan dendam pada kau. And don’t worry, aku takkan rampas Laila dari kau kalau itu yang kau risaukan. Aku cuma nak Risha. Hanya Risha.’ Ujar Armand tenang.

            ‘Boleh percaya ke ni?’ soal Daniel ragu-ragu. Ish, biar betul mamat ni. Macam tu je? Tak puas pulak aku nak bertikam lidah dengan dia. Dah angkat bendera putih?

            ‘Terpulang kat kau nak percaya ke tak.’ Armand tersengeh. Buat pertama kalinya, dia hadiahkan senyuman pada ‘abang ipar’ tersayang dengan ikhlas.

            ‘Kau jangan yakin sangat. Pergerakan kau aku pantau dari semasa ke semasa.’ Laung Daniel kepada Armand yang semakin menjauh. Kelibat Armand dihantar dengan senyum yang terukir di bibir. Boleh dikira perdamaian dah ke ni?

No comments:

Post a Comment