Sunday, 5 May 2013

You're mine, only mine! BAB 19


Bab 19

            ‘Betul ke ni Rizki? Macam tak percaya je.’ Ujar Fatimah separuh percaya. Anak muda yang berdiri di hadapannya itu dipandang.

            Rizki yang aku kenal takde pulak handsome macam ni. Ni dah macam hero televisyen keluar jumpa aku dah ni. Kalau tengok kat dalam majalah yang Risha tunjuk bulan lepas tu, ada iras jugak dengan budak kat depan aku ni. Cuma yang kat depan aku ni jauh lebih handsome dari yang dalam majalah tu.

            ‘Rizki lah ni mak ngah. Bukan orang lain. Rizki yang masa kecik-kecik main pondok-pondok dengan Risha. Rizki yang sama juga dok mengusik mak ngah sampai jatuh dalam paya 6 tahun lepas.’ Rizki tersenyum. Tetap anggun muka mak ngah walaupun dah bertahun tak jumpa.

            ‘Pandai kamu. Oh ya, berapa lama kamu cuti?’ Fatimah tergelak. Senang dia melihat anak muda yang sungguh tinggi budi pekerti itu. Walaupun sudah berjaya dan agak terkenal, Rizki tetap tidak melupakan mereka di villa Lavender.

            ‘Rizki ambik cuti lama sikit mak ngah. Emmm, Risha mana? Dari tadi tak nampak dia pun.’ Soal Rizki. Rindu pula mahu bertatapan dengan wajah yang ditinggalkan lama.

            ‘Dia ke kebun tea. Kalau Rizki nak jumpa dia, mak ngah boleh suruh Amir tolong panggilkan.’ Ujar Fatimah seraya melaung nama Amir. Amir yang sedang membasuh kereta datang dengan tangan bersabun. Lurus bendul pulak si Amir ni.

            ‘Eh, tak payah. Rizki nak bagi surprise kat Risha.’ Rizki sudah tersenyum panjang. Berlari anak dia keluar dan memanjat ke atas jip miliknya. Fatimah yang melihat hanya menggeleng kepala.
            ‘Amir, yang tercegat kat sini lagi kenapa? Dah, pergi sambung kerja tu. Hish, ni pun sorang. Lurus bendul betul.’ Fatimah membebel sendirian dan berlalu naik ke biliknya.

                                    -------------

            ‘Risha, ada orang nak jumpa kat pondok atas tu.’ Ujar salah seorang pekerja di ladang the milik keluarganya. Belum sempat Farisha bertanya lebih lanjut, anak muda itu sudah berlalu pergi.

            Siapa pulak nak jumpa aku ni? Jangan-jangan mamat sengal tak bertauliah tu kot? Aduhai, apa malang sangat nasib kau ni Risha? Kena gi buat mandi bunga ni. Buang sial. Dalam pada hatinya berdongkol geram itu, laju kakinya memanjat batas-batas yang dijadikan anak tangga untuk ke pondok yang dimaksudkan.

            ‘Surprise!’ jerkah satu suara tatkala Farisha sudah sampai ke pondok rehat sederhana besar itu.

            ‘Wooo, big surprise! Bila kau sampai ni?’ ujar Farisha dengan sisa terkejutnya. Punggung dilabuhkan ke atas kerusi berhadapan dengan Rizki yang masih berdiri dengan tangan  yang didepangkan.

            ‘Woi, aku tanya ni. Kau boleh buat derk je kan? Pelakung jap lagi baru tau.’ Ugut Farisha. Tangannya sudah dinaikkan ke atas.

            Masih tak berubah. Still macam dulu. Brutal tak hilang-hilang. Sekeping hati milik kau tu pun masih still macam dulu kan? Kau tunggu aku kan Risha? Sesak rasa kat dada aku ni sepanjang kau takde kat sisi aku Risha. Aku kuatkan jugak sebab aku nak buktikan pada kau yang aku boleh berjaya. And one day, we will be together. Gumam Rizki shahdu. Tapi hanya terluah di dalam hati sahaja.

            Masa panjang lagi. Chillax. Tak perlu gopoh-gopoh. Tak lari gunung dikejar kan?

            ‘Apa kau cakap tadi? Sorry tak dengar.’ Ujar Rizki sambil garu kepala. 

          Serius. Mana kau nak dengar kalau dari tadi kau dok syok tenung tak berkelip muka si Farisha ni. Nak terkeluar dah biji mata tu gayanya. Macam tak pernah jumpa Risha pulak.

           ‘Aku tanya, bila kau sampai?’ Farisha sudah tayang muka menyampah. Huh, nampak sangat tak fokos dengan apa yang aku cakap. Aku ni dah cakap dengan tunggul kayu pulak.

                 ‘Aku baru je sampai tadi. Dari KLIA aku terus rush ke sini. Nak jumpa kau lah. aku gi villa Lavender cari kau tapi mak ngah cakap kau kat sini. Tu yang aku datang sini pulak cari kau. I miss you so much Risha. Kau rindukan aku tak?’ Soal Rizki dengan senyum gatalnya.

                 ‘Of coz I miss you too. Tapi kau datang sini, takde pape hadiah ke untuk aku?’ Farisha menadah tangan. Matanya dibulatkan dan dikerdip-kerdip seperti kucing Puss. Bajet cute lah katakan.

              ‘Ada. Dalam ni.’ Rizki tersenyum sambil jarinya tepat menunjukkan ke arah jantungnya.

             ‘Dalam jantung kau?’ Farisha menyoal bodoh. Memang tak faham dah ni. Cuba straight to the point je. Kan senang.

            ‘Yup.’ Sepatah Rizki menjawab. Kepalanya diangguk-angguk.

           ‘Aku nak ambik macam mana? Parang ade ni. Meh aku nak tikam.’ Farisha sudah berkira-kira untuk bangun. Parang yang berada di atas meja diambil.

           Ish, biar betul Farisha ni. Nak bunuh aku ke? Tak boleh nak berlawak sikit. Serius je memanjang. Rizki berdiri agak jauh dari Farisha. Liur ditelan. Seram pulak tengok Risha pegang parang macam tu.

           ‘Hey, sayang. Nak buat apa dengan parang tu? Bahayalah.’ Parang yang berada ditangan Farisha diambil. Terkebil-kebil biji matanya melihat sesusuk tubuh yang sedang berdiri dihadapannya. Bala!

            Tangan Armand ditarik mengikuti langkahnya. Armand hanya menurut. Rizki yang melihat sudah berkerut dahi.

               ‘Apa yang kau buat kat sini?’ marah Farisha.

            ‘Siapa tadi tu? Boyfriend lama ke?’ soalan Farisha dijawab dengan soalan. Matanya mengerling kepada Rizki yang berada tidak jauh dari mereka.

            ‘Yang kau sibuk sangat tu kenapa? Aku tak pernah pun sibuk hal kau. Dah, pergi balik. Aku ada hal nak settle kat sini. Hal kita, aku jumpa kau kat rumah nanti.’ Farisha melangkah meninggalkan Armand yang kebingungan. Kat rumah nanti, aku belasah kau sampai jadi lempeng!

            ‘Rizki, sorry tadi ada kekacauan sekejap. Kat mana dah kita tadi?’ Farisha memaniskan muka. Rizki yang terkebil-kebil dipandang lama.

            ‘Siapa dia tu? Siap bersayang bagai.’ Farisha sudah mati kutu. Entah apa nak dijawabnya pada Rizki saat ini.

            ‘Hai, I’m Armand. Husband Risha.’ Huluran tangan dari Armand disambut Rizki. Farisha sudah terkebil-kebil memandang jemari yang sedang bertaut salam itu. Jangan bukak WWE kat sini sudah. Hancur kebun the aku karang. Desis hati Farisha.

            ‘Emm, can you leave us alone for a second please? Rizki, jom ikut aku sekarang.’ Farisha merentap tangan Rizki dan menariknya masuk ke dalam jip milik Rizki. Enjin jip dihidupkan.

            Farisha dan Rizki berlalu meninggalkan Armand yang masih tidak puas hati. Pemergian Farisha bersama Rizki berjaya membuatkan hatinya panas. Tadi Armand hanya melihat dari kejauhan Farisha bergelak ketawa bersama lelaki yang tidak dikenali itu. Hatinya tidak betah juga. Maka dia menyusun langkah untuk menyapa mereka.

            Alih-alih Farisha pula meninggalkan dia termanggu sendirian. Memang tidak patut. Sepatutnya aku yang dia tarik, ni kang mamat tu yang dia tarik. Aku pulak dibiarkan je tercongok kat sini. Tapi, siapa budak lelaki tu? Rizki ke? Aku ade dengar ayah ngah cakap dengan mak ngah pasal Rizki nak datang. Tu kot Rizki.

            Mesra semacam je. Tak boleh nak biarkan je ni. Tergugat imej aku. Aku ni suami dia. budak tu pulak, entah sapa-sapa. Ok, plan!

                                    -------------------

            ‘Siapa tadi tu? Boyfriend ke?’ soal Rizki semasa mereka berdua di dalam jip. Jip dipandu dengan kelajuan sederhana. Sekali-sekala dikerling Farisha yang berada di sebelahnya.

            ‘Armand.’ Jawab Farisha sepatah. Matanya pandang ke luar jip.

            ‘Siapa Armand tu dengan Risha?’ Soal Rizki lagi. Terbit cemburu di hatinya. Dari mana pulak datang saingan baru ni? Risha ni jenis melayan jugak ke? Sepanjang aku kenal Risha, tak pernah pulak disebut tentang boyfriend. Tapi siapa Armand?

            ‘He’s my husband.’ Ujar Farisha perlahan seraya melepaskan keluhan yang besar. Tidak berani pula hendak memandang Rizki di sebelah.

            ‘What??’ jip berhenti mengejut. Nasib baik juga laluan yang mereka lalui itu tiada kenderaan lain di belakang. Kalau tidak, nahas!

            ‘Hey, bahayalah!’ jerit Farisha. Terkejut beruk aku. Nasib baik tak jadi pape.

            ‘Kalau aku tahu kau akan kawin dengan orang lain, aku takkan tinggalkan kau. Kau dah janji kau nak tunggu aku kan? Kenapa kau mungkir janji kau Risha?’ Rizki meraup mukanya.

            8 tahun aku tunggu kau Risha. Ni yang kau balas kat aku? Aku punyalah setia pada kau. Dari dulu sampai sekarang, hanya nama kau dalam hati aku. Sekarang, kau dah jadi milik orang lain, aku macam mana? Macam mana aku nak teruskan hidup tanpa kau disisi aku Risha?

            ‘Maafkan aku. Sepatutnya aku berterus-terang dengan kau dari awal. Lagipun aku tak cakap aku akan kawin dengan kau. Aku cuma cakap yang aku akan tunggu kau kat sini. Kau kan tau, aku mana pernah serius dengan kata-kata aku.’ Ujar Farisha. Rizki sudah tayang muka tak percaya.

            ‘Tak serius? Senangnya kau cakap. Aku tak pernah anggap kata-kata kau sebagai gurauan. Kau pun tahu aku sukakan kau dari dulu lagi.’ Rizki menganjeng. Aku punyalah mati-matian berpegang pada janji. Tup-tup bila balik sini, kau dah kawin.

            ‘Habis kau nak aku buat macam mana? Aku dah kawin pun.’ Farisha meninggi suara. Tak faham bahasa ke budak ni? Kalau pun aku belum kawin lagi sekarang ni, tak mungkin jugak aku kawin dengan kau.

            ‘Kau bahagia?’ Rizki memandang dalam anak mata hazel Farisha.

            ‘Aku nampak macam orang tak bahagia ke?’ Ah Risha, guna psychology sikit.

          ‘Kau jangan putar belit soalan aku pulak.’ Tokok Rizki. Jip dihidupkan. Farisha tayang muka seposen.

            ‘Kalau kau tak bahagia, kau boleh datang pada aku. Aku tunggu kau.’ Luah Rizki. Takpelah, mungkin ada hikmah disebalik yang berlaku. Aku doakan kau bahagia sampai ke Jannah Farisha. Doa aku akan bersama kau.

1 comment:

  1. Ayat kat perenggan 3 tu cam bercanggah..kejap 6tahun lepas jatuh paya..tp lepas tu cakap dh 8tahun xjumpa

    ReplyDelete