Monday 22 April 2013

You're mine, only mine! BAB 17

  
Bab 17

            Ya Allah, apa malang sangat hidup aku ni hah? Ingatkan kalau dah balik sini boleh jugak release tension. Ni lagi menambahkan kusut kepala otak aku je. Yang si PG tu pun satu hal, boleh pulak buat muka tak bersalah datang sini. Suka suki mak bapak dia je. 

Mungkin tindakan aku datang sini tak relevant kot. Yelah, tempat yang senang sangat nak tau. Aku kena lari ke tempat lain jawabnya kalau macam ni. Paling-paling tak pun, gi Korea. Mana tau kot-kot boleh menyulam cinta dengan GD band Big Bang tu.

            Kalau aku ajak Hana join pun, confirm follow je minah tu. Baik aku call Hana. Mane lah tau kot-kot esok terus boleh lari ke Korea. Ceh, berangan lebihlah kau ni Risha! 

            Number phone Hana didail dan Samsung Galaxy Note II miliknya ditekapkan ke telinga. Sempat pula bibirnya mengikuti rentak caller ringtone Hana yang berjudul Fantastic Baby. Fantastic lah sangat kan.

            ‘Moshi moshi..’ tegur suara di hujung talian. Eh, minah Jepun mana pulak dah ni? Aku salah called ke? Lepas ke Jepun nuh. Berkerut keningnya sebelum telefon bimbit itu kembali ditekapkan ke telinga.

            ‘Hana?’ Farisha bersuara perlahan.

            ‘Watashiwa Hana des..’ ujar suara di hujung talian. Farisha sudah bercekak pinggang.

            ‘Woi, sengal. Apsal tetiba jadi minah Jepun ni? Sengallah kau. Aku ingat dah salah number tadi.’ Jerkah Farisha. Boleh pulak kau gelakkan aku ye Hana? Best dapat kenakan aku? Sengetlah kau ni!

            ‘Ala, aku ambik mood Jepun ni. Tengah tengok cite Mei Chan’s Butler ni hah. Apsal call aku? Ada misi lagi ke?’ sela Hana kurang sabar.

            ‘Apalah kau ni. Hurm, takde misi pape pun. Kau busy tak?’ Farisha melabuhkan punggungnya di atas batu besar berdekatan dengan air terjun. Tenang sikit perasaan bila duduk kat air terjun ni. Memang layak nak dijadikan tempat terapi minda.

            ‘Sekarang? Busylah jugak dok tengok drama ni. Tapi takpe, kau punya pasal aku dah ‘pause’ cerita ni ha.’ Seloroh Hana.

            ‘Lorat kau kan? Eh, Bella camne? Dah dapat jejak dia?’ Kalau aku dapat minah tu, aku belasah sampai lembik. Lantaklah! Gerutu Farisha sendirian.

            ‘Minah tu entah ke mana menghilang. Puas dah aku kerah spy aku gi cari. Asyik jumpa jalan buntu je. Semalam aku dapat info yang minah tu ada kat KLIA beberapa hari lepas. Kemungkinan besar dia lari dengan duit tu.’ Hana menjelaskan.

            Semalam, salah seorang spy peribadinya memberitahu bahawa kehadiran Bella ‘dihidu’ di KLIA. Itupun setelah beberapa hari minah penipu tu ke sana.

            ‘Pulak dah? Hai, melepas duit aku! Weh, jom bercuti. Aku tensionlah. Naik botak kepala aku kalau hari-hari macam ni.’ Farisha mengeluh berat. Batu-batu kecil dicampakkan ke dalam air terjun yang mengalir laju.

            ‘Kau tension kenapa? Armand?’ Jackpot!

            ‘Habis tu aku nak tension pasal ape lagi? kau macam tak paham aku camne kan?’ Farisha meninggikan suaranya. Memang mencabar keimanan aku betullah.

            ‘Aku ni nak je gi tetak si PG tu. Tapi kak Laila pulak macam depend je ex dia tu. Tu yang aku nak naik minyak tak lepas-lepas. Nanti kang kak Laila salahkan aku pulak. Abang Daniel tak yah cakap la. Memang dia akan mengamuk tak ingat dunia kalau tau kak Laila caring sangat pasal PG tu.’ Sambung Farisha. Hana di hujung talian hanya senyap.

            ‘Kau rasa, apa yang aku perlu buat? Bagi plan wei.’ Farisha meminta pendapat.

            ‘Wei, ko dengar tak ape aku cakap ni?’ Farisha meninggi suara. Tetapi Hana masih senyap di hujung talian.

            ‘Shit! Battery empty!’ jeritnya kuat apabila memandang skrin Samsung Galaxy Note II yang gelap. Butang on ditekan berulang kali. Huh, memang takkan hiduplah. Aku dok membebel sorang-sorang jelah kiranya tadi? Hnadphonenya disumbat masuk ke dalam poket seluar sebelum mata kembali memandang kosong air terjun di depan.

            Eh, bau ape ni? Wanginya. Kembang kempis lubang hidung Farisha menghidu bau yang tiba-tiba muncul. Tiba-tiba? Wait. Mak ngah pernah kata, kalau petang-petang duduk kat dalam hutan and tiba-tiba ade bau wangi, abaikan. Jangan tegur. Dah belasan tahun aku duduk kat sini, bermain kat hutan ni. Tak pernah pulak ada bau-bauan.

            Aiseh, bulu roma pun dah tegak semacam ni. Makin kuat pulak dah bau wangi ni. Ya Allah, lindungilah aku. Aku belum bersedia untuk menjadi mangsa korban dunia ghaib. Farisha memejamkan matanya rapat-rapat. Serapat yang mungkin. Jari jemarinya menjadi sejuk. Beku! Jantungnya laju mengepam darah. Adrenalin rush!

            ‘Jauh termenung?’ demi mendengarkan suara itu, spontan Farisha mencelikkan matanya luas-luas. Tetapi posisi badannya tetap juga tidak berubah. Masih menghadap air terjun di depan. Aku tak salah dengar kan? Aku belum mati lagi kan?

            ‘Aik, sejak bila bisu ni? Selalunya macam murai tercabut ekor.’ Perli pemilik suara dibelakangnya.

            Sah, aku tak bermimpi. Terima kasih Ya Allah! Tersungging senyum di bibirnya sebelum dipalingkan badan ke belakang. Mati terus senyumnya tatkala melihat Armand yang berpeluk tubuh dan bersandar di tepi pokok besar belakangnya.

            Mana tidaknya senyuman Armand suspicious betul. Siap dengan dimples kat pipi dia tu ha. Biasanya kalau senyum meleret macam tu tak lain tak bukan nak mengenakan aku. Baik aku blah sebelum kena bahan dengan mamat sengal ni.

            Farisha bangkit dari batu besar yang didudukinya. Punggungnya disapu perlahan membuang debu. Laju kakinya melangkah pergi. Tidak dihiraukan Armand yang berada di situ.

            ‘Awak nak ke mana? Saya baru je sampai ni. Taknak teman saya tengok air terjun ke?’ Soal Armand. Farisha merengus. Sibuk je mamat ni.

            ‘Suka hati aku lah nak gi ke mana pun. Ni tempat aku.’ Melilau mata Farisha melihat sekeliling. Aik, tadi aku tambat Prince kat pokok ni kan? Ke kat pokok sana tu? Eh, betul dah kat sini tadi. Mana pulak dah Prince pergi.

            ‘Kalau Prince yang awak cari, baik awak putus asa je lah. Sebelum saya ke sini tadi saya nampak kuda putih tu masuk bangsal.’ Jelas Armand.

            Sebenarnya Armand pelik juga. Macam mana Prince boleh keluar dari bangsal tanpa Risha. Difahamkan selalulnya Farisha akan keluar bersama Prince. Kalau tidak ke ladang the atau tempat penternakkan mesti mereka akan ke tempat air terjun. Itulah seperti yang dimaklumkan Yanti kepadanya. 

            Farisha mendongak ke langit. Ish, hari macam nak hujan je ni. Nanti tak lepas balik aku. Baik aku blah sekarang. Si Prince pun satu, ada ke patut ditinggalkan aku sorang-sorang kat dalam hutan ni. Nanti aku balik, siaplah kau Prince. Aku sula kau cukup-cukup. Ada hati nak tikam aku dari belakang ye?

            ‘Awak, tunggulah saya jugak. Saya tak tau jalan nak balik ni. Nanti saya sesat macam mana? Awak ni, tergamak nak tinggal saya sesorang kat dalam hutan ni kan? Ni pun dah cukup baik saya tolong cari awak kat hutan ni. Terima kasih pun tidak.’ Bebel Armand sambil mengejar langkah Farisha yang sudah berada jauh di hadapan. Laju pulak bini aku ni jalan. Gerutu hatinya.

            ‘Aku tak suruh pun kau cari aku. Aku boleh jaga diri aku sendiri.’ Farisha mencebik tetapi langkahnya sudah diperlahankan. Tidak laju seperti tadi. Aku masih ada keperimanusiaan walaupun aku tak berapa suka kat mamat sengal ni. Nanti ape aku  nak jawab kat mak bapak dia kalau anak dia hilang kat hutan mencari aku and aku boleh wat derk je?

            ‘Nak keluar dari sini boleh ikut laluan mana-mana je ke? Tadi saya ikut arah sana.’ Armand menunding jari ke belakang. Khuatir juga kalau sesat. Hari dah gelap ni. Ditambah pulak dengan hujan yang renyai-renyai ni. Jap lagi mau lebat hujan menyimbah bumi.

            ‘Kau senyap boleh tak? Dari tadi dok memekak je. Kalau kau pandai sangat, gi cari jalan balik sendiri. Jangan ikut aku.’ Ujar Farisha perlahan. Matanya melihat sekeliling. Armand dibelakangnya ditoleh sekilas.

            Jalan ni memang aku jarang guna. Tapi memang boleh tebus terus belakang villa. Masalahnya sekarang ni, gelap tak nampak jalan dah ni. Takut tergolek jatuh tebing je. Nak patah balik pun, jauh dah jalan ni. Nak balik pun tak lepas dah ni. Torch light pun takde. Nampaknya takde cara lain dah!

            ‘Kenapa awak patah balik? Salah jalan ke?’ tegur Armand cemas. Melilau matanya melihat sekeliling. Ada binatang buas ke? Alamak! Cepat-cepat dia berlari mendapatkan Farisha yang laju dihadapan.

            Baju sudah basah kuyup. Hujan yang tadinya hanya renyai-renyai turun dengan lebatnya membasahi bumi. Sejuknya terasa sampai ke tulang. Sudah dekat 1 jam mereka berjalan meredah hutan. Bunyi cengkerik dan katak sahut menyahut. Memanggil hujan supaya turun lebih lebat barangkali.

            Armand yang melihat Farisha termengah-mengah duduk bersandar di tepi pokok yang agak besar dengan tubuh yang menggigil menahan sejuk. Hujan yang turun lebat bersama dengan guruh dan kilat yang sabung menyabung tidak menunjukkan tanda untuk berhenti.

            ‘Rasanya ni dah dekat dengan kawasan air terjun tadi. Bunyi air pun ade dengar ni. Dari arah sana!’ ujar Armand perlahan. Matanya tidak lepas memerhati pokok-pokok yang sederhana besar yang dilewati mereka tadi.

            ‘Jom awak. Saya papah. Kat depan tu tempat air terjun tadi.’ Ujar Armand seraya mendekati Farisha yang terduduk dengan mata yang terpejam. Lengan Farisha diraih dan tangannya melingkari pinggang gadis itu.

            ‘Takyah nak tunjuk baik. Aku boleh jalan sendiri.’ Farisha bersuara lemah. Pelukan di pinggangnya cuba dirungkai. Tetapi semakin kejap terasa.

            ‘Dalam sakit-sakit macam ni pun, degil lagi kan? Jangan nak mengada-ngada. Saya papah awak.’ Ujar Armand. Tegas.

            Farisha sudah tidak mampu melawan. Dia tidak punya tenaga. Tubuhnya terasa melayang-layang di awangan. Hanya dibiarkan segala tindakan Armand. Takpelah Risha, kalau dia buat benda mengarut, kau dah sihat, kau sembelih je budak PG ni. Senang cerita.

            Disandarkan tubuh Farisha di sebatang pokok yang agak besar. Berlindung dari hujan yang agak lebat mungkin. Farisha cuba mencelikkan matanya. Tetapi pandangannya menjadi sangat kabur. Armand yang berada di sebelahnya pun nampak sudah berganda tiga. Kaki yang melunjur ditarik rapat ke dada. Cuba mengusir kesejukkan yang mencekam.

            ‘Khemah..’ farisha bersuara lemah.

            ‘Kenapa Risha? Saya ada kat sini.’ Armand sudah kalut. Dicapainya jemari gadis itu dan digenggam. Pipi Farisha diusap perlahan. Tumpah simpati pada gadis di hadapannya.

            ‘Khemah. Dalam pokok..’ Farisha menguatkan suaranya.

            ‘Dalam pokok?’ soal Armand. Apa maksud dia ni? Dalam pokok? Pokok ade pintu ke? Takpun poket macam doraemon tu. Berkerut keningnya. Farisha sudah kembali tidak sedarkan diri. matanya terpejam rapat.

            Armand meninjau-ninjau sekitar kawasan mereka duduk. Cuba dicari pokok yang dimaksudkan Farisha kepadanya. Dari satu pokok ke pokok yang lain. Dari atas ke bawah dia melihat satu-satu pokok yang mungkin dimaksudkan Farisha.

            ‘Ceh, mungkin minah ni saje kenakan aku kot? Dalam sakit-sakit tu..’ menggeleng kepala Armand. Dia kembali menapak mendekati pokok besar yang disandar Farisha. Sambil berpeluk tubuh, Armand mencangkung dihadapan Farisha. Wajah dihadapannya direnung penuh minat.

            Boleh tahan! Dengan alis mata yang terbentuk cantik dipadankan sepasang mata bundar yang menawan. Hidung yang agak mancung juga bibir halus itu. Tersenyum meleret Armand. Teringat kembali bagaimana dia boleh mencuri ciuman di bibir itu. Semuanya dengan tiba-tiba. Apatah lagi melihat seulas bibir kecil itu terkumat-kamit marahkan dirinya.

            Cahaya dari kilat yang sabung  menyabung membiaskan cahaya di muka gadis itu. Indahnya ciptaan Allah. Desis hati kecil Armand. Jarinya membelai wajah yang sudah kebasahan tidak sedarkan diri. Tiba-tiba matanya tertangkap imej di belakang Farisha.

            Lah, pokok ni ke? Puas aku gi tertonggeng sana sini cari pokok yang dimaksudkan. Rupanya kat sini hah. Elok je bini aku dok menyandar. Patutlah cantik je posing. Sign rupanya tu. Alahai, kenapalah kau tak tengok pokok yang belakang ni Armand. Saja nak banyakkan kerja kan?

            Pantas sahaja dikeluarkan barang di ‘dalam’ pokok yang dimaksudkan. Memang ada pintu pun pokok ni. Bukan pintu yang boleh dibuka tutup tu ye, just pintu syarat je. Tak tertutup pun. Cuma lubang di pokok ni yang menjadikannya serupa pintu.

2 comments:

  1. Samurai Casino | Shootercasino
    Samurai Casino is one of the best bitcoin casinos 1xbet on the market. Samurai Casino is one of the best bitcoin gambling sites. They offer over หาเงินออนไลน์ 200 unique 제왕카지노 games,

    ReplyDelete