Sunday 5 May 2013

You're mine, only mine! BAB 20


Bab 20
            ‘Mak ngah, ada nampak Armand tak?’ Tanya Farisha. Fatimah yang sedang menonton cerita di televisyen laju menggeleng. Sepatah pun tidak berbunyi suaranya. Concentrate betul.
            Ish, mana pulak dia pergi ni? Time aku nak jumpa dia, time tu dia nak menyorok. Time aku taknak jumpa dia. Hah, menyendeng kat aku macam belangkas. Laju kakinya memanjat tangga untuk ke bilik.
            Bersinar biji mata Farisha saat terpandangkan laptop Armand yang berada di atas meja. Masih on lagi laptop ni. Dia ke mana. Bazir elektrik betullah dia ni. Eh, ada email baru masuk.
From : Najiha

Am, I dah sampai. Jumpa you kat bawah pokok rambutan seberang sungai. Cepat. I tunggu. Miss you.
            Girlfriend dia ke? Amboi, dalam diam berisi. Siap kau. Mak ai, banyaknya email dari Najiha. With love bagai. Email milik Armand di scroll ke bawah. Farisha tersenyum nakal.
            ‘Hah, buat apa tu?’ Armand menapak masuk ke bilik. Risha buat apa dengan laptop aku? Jangan dia tumpahkan air sudah. Bukan pasal jugak dia ni. Kalau datang angin dia, hancur.
            ‘Eh, nothing. Oklah, keluar dulu.’ Ujar Farisha dan berlalu pergi. Armand berkerut kening.
            ‘Fuh, selamat. Nyaris-nyaris je kantoi tadi.’ Peluh dingin didahi Farisha dikesat perlahan. Dadanya diurut. Macam orang dah buat salah pulak kan? Eh, memang salah pun. Skodeng hak privasi orang lain. Tapi sape suruh tinggal laptop on macam tu. Bukan salah aku sorang.
            ‘Jaga kau Armand. Aku plan baik punya kali ni.’ Farisha mengilai dan menapak keluar dari villa lavender. Gembira hati bukan kepalang lagi.
            ‘Eh, Risha. Nak ke mana tu?’ Fatimah menyoal apabila ternampak Farisha yang melenggang-lenggok dengan kepala ke kiri ke kanan. Biar betul budak ni??
            ‘Risha nak keluar jap mak ngah. Ada hal.’ Ceria wajah Farisha. Fatimah sudah tayang muka kehairanan sebelum kembali meneruskan kerjanya ber’dating’ dengan bunga ros kesayangan.
            ‘Gembiranya dalam hati.. bila nak buat jahat lagi… lalala’ Habis hancur lagu yang elok-elok. Pencacat bahasa betullah kau ni Farisha. Farisha tersenyum meleret. Kakinya laju menuju ke arah pokok ara di tepi sungai.
            ‘Tu ke Najiha? Boleh tahan. Seksi.’ Farisha berlindung di balik pokok. Nasib baik pokok ara itu besar dan boleh melindungi tubuhnya. Kalau tidak, hancur nak jadi spy. Matanya dikecilkan cuba memfokus ke arah wanita yang berskirt senteng dikenakan dengan tube pink.
            Datang akhirnya hero pujaan hati Najiha. Ewah-ewah, siap peluk-peluk lagi. Bestlah Armand. Dapat barang free. Takpe, kejap lagi aku bagi korang merana pulak. Ni ok lah, happy-happy. Tapi kan, gedik semacam je minah tu. Patutlah Armand tergoda. Meliuk-liuk macam pokok kelapa tepi laut.
            ‘Apa yang diorang cakap? Tak dengarlah.’ Baik aku gi join dorang. Baru class. Farisha membetulkan rambut panjangnya yang diikat satu. Kemeja yang dipakai dibuka satu butang. Dengan penuh lenggang-lenggok, dia menghampiri Armand.
            ‘Bie, bie pergi mana tadi? Kata nak teman shopping. Eh, sape ni bie?’ Farisha memaut lengan Armand. Hah, terbeliak biji mata kau dengar aku merengek-rengek macam ni kan Armand? Aku boleh meliuk lagi hebat dari Hanan kau ni. Hahaha…
            ‘You, siapa perempuan ni?’ Hanan cuba mempamerkan senyum plastiknya. Membara rasa di hati melihat Farisha sedang memaut mesra lengan Armand. Armand pula tidak lepas memandang Farisha yang berada di sisinya.
            ‘I wife Armand. And you?’ jawapan dari Farisha jelas mengejutkan Hanan. Pucat mukanya. Farisha sudah ketawa di dalam hati. Sudah tahu reaksi Hanan setelah salam yang diberikan tidak bersambut.
            ‘I, I gerak dulu Am. Ada hal.’ Ujar Najiha dan berlalu pergi. Armand tidak sempat untuk mengejar kerana pautan tangan Farisha di lengannya tidak dilepaskan. Farisha tayang muka tidak bersalah. Sempat dia mengerdipkan biji mata ke arah Armand yang menahan marah.

            ‘Risha, what have you done?’ Armand menolak kasar tangan Farisha di lengannya. Farisha berdecit. Butang baju kemeja yang dibuka tadi dibutangkan kembali.
            ‘Patutnya aku yang tanya macam tu bila kau sesedap kentang goreng je hancurkan ‘dating’ aku dengan Rizki  kat ladang tea semalam.’ Farisha menyindir.
            ‘Gilalah bercakap dengan kau ni. Orang tengah marah, kau boleh tersengeh macam taugeh busuk pulak.’ Sambung Farisha apabila Armand mendiamkan diri. Menjengkelkan betullah dia. Terencat emosi agaknya.
            ‘Are you jealous?’ sela Armand dengan senyuman nakal dibibirnya.
            ‘Jealous?? Huh, never!’ laju sahaja jawapan yang diberikan Farisha sebelum berlalu meninggalkan Armand gelak tak ingat dunia.
                                    ---------------
            ‘Aku nak jealous? Huh, memang tidaklah. Mengarut je.’ Farisha mengomel sendirian. Punggung dilabuhkan di atas buaian kain yang diikat pada kedua pokok kelapa yang berada bersebelahan dengan villa Lavender.
            Aku mesti fikirkan cara nak singkirkan dia dari hidup aku. Think Risha, think. Apa yang patut aku lakukan? Cara yang aku nak buat ni mesti smooth je. So, kak Laila takkan suspect apa-apa.
            Yelah, memandangkan Armand tu ‘dijaga’ sepenuhnya oleh kak Laila. Aku taknak jugak kalau nanti abang dengan kak Laila bergaduh sebab Armand. Maut si Armand tu aku kerjakan.
            ‘Abang, berapa kali Laila nak cakap ni? Laila dengan Armand takde apa-apa hubungan istimewa. Hal yang dah lepas, janganlah nak diungkit pulak.’ Kedengaran suara Laila kuat dari bilik yang didiaminya.
            Farisha yang mulanya berbaring bingkas bangun. Eh, tu suara kak Laila. Kenapa? Apa dah jadi? Cepat-cepat Farisha bangun dan melangkah mendekati bilik yang dihuni Laila dan Daniel sekeluarga.
            ‘Bukan abang tak nak percaya, tapi bila tengok Laila berkepit dengan Armand tu, fikiran abang terus lain. Abang tak boleh nak tipu diri abang sendiri. Sakit sangat rasa hati ni.’ Daniel bersuara.
            Bila kak Laila berkepit dengan Armand ni? Aku tak nampak pun. Armand tu pun selalu dok menyempit dekat aku tak kira masa. Sampai aku naik menyampah. So bila pulak dia berkepit dengan kak Laila ni? Ada yang aku tak tahu ke? Gerutu Farisha. Badannya disandar membelakangkan dinding bilik.
            ‘Abang, Armand tu husband Risha. Automatiknya dia dah jadi adik ipar Laila. Adik ipar kita. Hal yang lepas tu dah basi pun. Yang abang nak ungkit-ungkit ni pasal apa?’ Laila bersuara lemah. Pening kepalanya memikirkan masalah yang macam-macam ni.
            ‘Mungkin Laila fikir macam tu. Tapi Laila tau ke apa yang ada dalam fikiran Armand. Abang lelaki dan abang tahu kalau Armand masih menaruh perasaan pada Laila.’ Daniel meninggi suara. Walaupun Armand ada mengaku pada aku tentang perasaan dia pada Laila dan Risha, jangan harap semudah tu je aku nak percaya. Aku takkan mudah terpedaya.
            ‘Astagfirullah hal azim, abang. Apa yang abang mengarut ni? Cuba bawakkan mengucap.’ Laila mengurut dada. Tak sangka sejauh tu tanggapan Daniel terhadap Armand. Daniel yang berlalu pergi diiringi dengan air mata yang berjuraian jatuh membasahi pipi.
            Armand bukan seperti yang abang sangka. Laila kenal sangat dengan Armand tu. Laila juga takkan korbankan masa depan Risha kalau tindakan Laila untuk satukan mereka hanya sia-sia. Dulu, mungkin Laila cintakan Armand. Tetapi sekarang Laila dah kawin dengan abang. Laila dah serahkan hati Laila pada abang.
            Kalaulah abang tahu Armand tak pernah taruh perasaan cinta pada Laila dari dulu sampai sekarang, apa agaknya reaksi abang? Sepanjang Laila bersama Armand, kami harungi suka duka bersama, tapi sekali pun Armand tak pernah kata yang dia cintakan Laila.
            Laila tak memaksa. Laila tahu Laila hanya budak kampung. Masa belajar kat Australia dulu, Armand banyak tolong Laila. Laila terhutang budi pada dia. Laila tahu, hubungan kami pun hanya atas dasar simpati.
                                    -------------
            Mana pulak Armand ni? Time aku perlukan dia, time tu jugaklah dia hilang. Call pun tak dapat. Adoi, susahlah macam ni. Kaki aku nak nak tercabut dah ni.
            Ha, tu pun dia. kat sini dia menyorok rupanya. Dia tengah buat apa tu? Nak kata memancing, alat pancing dalam beg tu tak disentuh pun. Dibiarkan je kat tepi pokok. Apa yang ditengoknya dalam anak sungai tu? Ada jumpa ibu kaloi ke?
            ‘Armand.’ Laung Farisha sambil berjalan laju ke arah lelaki itu.
            ‘Pekak ke apa mamat ni?’ gerutu Farisha perlahan apabila tiada tindak balas dari Armand. Armand masih juga merenung anak sungai itu. Armand yang sudah berada di sisinya tidak dihiraukan.
            ‘Woi, Armand!’ Jerit Farisha rapat ke telinga Armand. Tergelak kecil dia apabila Armand yang jelas-jelas terkejut terduduk di atas rumput kering.
            ‘Apa ni jerit-jerit?’ Soal Armand perlahan. Armand bangun dan menyapu seluarnya yang melekat dengan rerumput kering.
            ‘Ai, suara lemah semacam je ni. Kenapa? Putus cinta ke?’ perli Farisha laju. Armand menjongket bahu. Masih tidak bersuara.
            ‘Kau marah kat aku ke?’ mati aku kalau dia marah dan merajuk dengan aku. Plan aku nak jadi macam mana tanpa dia ni?
            Armand melepaskan keluhan berat. Dia berjalan menyusuri anak sungai. Meninggalkan Farisha yang termanggu-manggu sendirian. Entah kenapa, panggilan telefon yang baru diterima sebentar tadi mengganggu fikirannya.
            ‘Armand, aku minta maaf kalau aku ada sakitkan hati kau. Tapi kau dulu yang sakitkan hati aku. So, fair and square lah kan.’ Farisha menyambung. Cuba dikawal intonasi suaranya supaya maintain lembut. Dia menyaingi Armand yang berpeluk tubuh menghadap anak sungai.
            ‘Risha, esok ikut abang.’ Armand berpaling. Bahu Farisha dipegang kemas. Serius mukanya. Farisha telan liur.
            ‘Wei, kau apasal?’ terkebil-kebil biji mata Farisha memandang Armand. Tangan Armand dibahunya ditepis kasar. Berdebar jantung aku kot. Dahlah si PG ni wangi nak mampus bau dia. Tergugat iman aku kejap.
            ‘Boleh Risha tolong abang?’ soal Armand. Farisha yang tidak tahan dengan renungan yang diberikan Armand mengalihkan pandangannya.
            Tolong? Tolong apa? Farisha menggarukan kepalanya yang tidak gatal. Berkerut dahinya memikirkan pertolongan yang diminta Armand.
            ‘Aku akan tolong kau apa sahaja asalkan kau sanggup buat sesuatu untuk aku. Boleh?’ Farisha menjongketkan sebelah keningnya. Armand tayang muka kusut.
            ‘Anything for you dear.’ Putus Armand akhirnya. Farisha tersenyum. Senang je nak pujuk Armand ni. Takpe janji plan aku jalan.
            ‘Ingat. Semua ni hanya lakonan je. Kau jangan nak melebih-lebih. Nahas kau nanti.’ Ugut Farisha.
            ‘Dah. Jom.’ Tangan Armand ditarik. Jemarinya bertaut dengan jemari Armand. Mereka berjalan mendekati yang lain di meja makan.
            ‘Hai semua.’ Farisha senyum plastik manakala yang lain sudah melopong tatkala tangan Armand melingkari pinggang Farisha. Tidak terkecuali Daniel yang molopong sama sambil menenyeh matanya berulang kali. Laila hanya tersenyum.
            Farisha melabuhkan punggung di atas kerusi yang ditarik Arrmand. Senyuman masih tidak lekang dibibir mereka berdua sedari tadi. Bajet bahagia gitu. Armand duduk bersebelahan Farisha.
            ‘Jemputlah makan semua. Kalau dah sejuk lauk ni, tak sedap pulak.’ Fatimah bersuara apabila suasana di ruang makan itu tidak seperti yang sepatutnya. Ayam masak merah dicedok dan diletakkan ke dalam pinggan Ismadi.
 
            ‘Yang kamu semua ni duduk merenung Risha dengan Armand dari tadi, tak rasa lapar ke?’ sindir Ismadi pula. Korang tak nak makan sudah, aku lapar. Nasi disuapkan ke dalam mulut.
            ‘Apa ni, main raba-raba pulak!’ Farisha berbisik di telinga Armand. Mana tidaknya. Dari tadi tangan Armand memicit-micit pahanya. Rimas tau tak! Aku bukannya sakit kaki pun.
            Armand buat tidak endah. Semakin giat tangannya dipaha Farisha. Farisha sudah tak senang duduk. Kegelian. Semakin ditepis, semakin menggila pulak tangan Armand ni. Gatal tak bertempat.
            ‘Risha, kenapa?’ soal Laila pelik. Dari tadi diperhatikan tingkah laku Farisha yang serba tidak kena. Atas kerusi ada jarum ke?
            ‘Takde apa-apa. Bawah kerusi ni macam ada nyamuk pulak.’ Balas Risha sambil tangannya berpura-pura mengibas bawah meja. Armand tersenyum.
            ‘Aduh!’ jerit Armand perlahan. Laju dia menarik tangannya yang berada dipaha Farisha.
            ‘Kamu pun kena gigit nyamuk ke Armand?’ tanya Fatimah yang melihat Armand menggosok-gosok belakang tangannya.
            ‘Ha’ah mak ngah. Nyamuk besar. Bahaya betul nyamuk kat sini.’ Jeling Armand kepada Farisha disebelahnya. Jelas sangat Farisha sedang menyembunyikan senyumnya.
            Padan muka. Kan dah merah tangan putih kau kena cubit. Gatal lagi. bukan salah aku tau. Salah kau. Farisha tersenyum menunduk sambil menyuap nasi ke mulutnya. Armand disebelah tidak puas hati.
                                    ---------------
            ‘Kalau kau nak balik, kau jelah balik sorang. Nak babitkan aku pula kenapa?’ marah Farisha berapi. Nasib baiklah bilik mereka tertutup rapat. Ada juga privasi.
            ‘Abang dah tolong Risha. So sekarang Risha kena tolong abang pulak. Risha dah setuju. Jangan nak ingkar janji pulak. Tak lama pun. Seminggu je.’ Ujar Armand. Farisha merengus.
            Ayah ngah pun satu, boleh je biarkan Armand bawa aku balik rumah dia. nanti dijualnya aku macam mana? Lagi satu, abang Daniel. Bukan ke dia tak ngam dengan Armand? Kenapalah boleh jadi ‘lurus’ mengikut ke kata-kata Armand tadi?
            ‘Tak lama? Seminggu tu tak lama kau kata? Apa bengong..’ tidak jadi Farisha meneruskan kata-katanya apabila bibir Armand sudah memaut kasar bibirnya.
            ‘Apa yang kau buat?’ terketar-ketas suaranya. Farisha menolak kasar tubuh Armand menjauh. Terketar-ketar tangan memegang bibir sendiri. Sebiji macam yang jadi kat dalam mimpi aku.
            ‘Don’t you ever talk to me rudely like that. Or more than this kiss I would do. No more ‘kau’ ‘aku’.’ Armand mengugut. Turun naik dadanya. Bukan kerana marah. Kerana tertarik dengan apa yang dilakukan ka atas Farisha sebentar tadi.
            Pantas Farisha menutup bibirnya. Eww, gross! Meremang bulu tengkuknya saat terpandangkan Armand dengan senyum gatal yang masih di bibir.
            ‘Perverted guy.’ Ujar Farisha perlahan tetapi masih dapat didengari Armand. Armand membulatkan matanya.
            ‘Apa Risha cakap??’ Armand mendekati Farisha. Matanya dikecilkan memandang gadis itu.
            ‘Takde apa-apa. Ok. Sha ikut Am.’ Farisha kalut. Hilang sudah kau dan aku dibibirnya. Armand tersenyum kemenangan.
            ‘Sha? Am? That sound interesting.’ Armand mengusap dagu sendiri. Memikir-mikir panggilan yang diberikan isterinya itu.
            ‘You too. Keep your promise and behave yourself.’ Sengaja ditekan perkataan behave itu.
            ‘Dah. sekarang Sha boleh kemas baju. Pagi esok kita berangkat.’ Armand berlalu masuk ke dalam bilik mandi. Tuala yang tersangkut di penyidai dicapai.
            Macam haram! Dahlah tuala aku juga dipakainya. Tuala sendiri ada, taknak pakai. Ni nak kena kemas baju pulak. Malasnya. Gerutu Farisha seraya keluhan berat dilepaskan. Beg dibawah katil tetap juga dikeluarkan.
            Armand yang baru keluar dari bilik mandi hanya memerhati Farisha yang leka memasukkan pakaiannya ke dalam beg. Kecik je beg dia ni. Muat ke nak masukkan baju untuk pakai seminggu? Diperhatikan beg bulat Garfield milik Farisha yang berada di atas katil.
            ‘Am. Tak reti nak pakai baju ke?’ Farisha bersuara tanpa memandang kea rah Armand. Armand memerhatikan tubuhnya yang hanya bertuala putih paras pinggang ke lutut itu.
            ‘Kenapa? Sha tergoda ke dengan keadaan abang macam ni?’ Armand menguji. Cekak di rambut panjang Farisha dilepaskan.
            ‘Awak ni dah kenapa?’ Farisha turut bangun dan memandang tajam ke ara Armand. Armand tersenyum.
            Mamat ni ada masalahlah. Sikit-sikit senyum. Sikit-sikit nak gelak. Entah apa yang lawak aku pun tak tahu. Dahl ah cacat kritikal. Tapi sebab cacat kritikal ni jugaklah buat aku leleh sekejap. Eh ye ke? No way!
            ‘Rambut Sha cantik. Kalau dibiarkan lepas macam ni lagi cantik.’ Armand mengelus manja rambut Farisha yang sudah terbuka sanggulannya.
            ‘Bak sini balik cekak rambut tu.’ Farisha merampas kasar. Tanpa imbangan yang stabil. Armand jatuh menghempap tubuh Farisha sebelum mereka ‘landing’ cantik atas katil.
            Aduhai, camne boleh jadi macam ni pulak? Farisha cuba untuk bangun. Tetapi tubuh Armand yang berat menghempapnya menyukarkan kerja. Muka Farisha dipalingkan ke sisi. Tidak rela menatap wajah Armand yang tersenyum gatal.

4 comments:

  1. Kena cek balik gf armand tu nama najiha atau hanan

    ReplyDelete
  2. xsempat nk update... bz sket.. btw, thanks for the comment..

    ReplyDelete
  3. Its ok..take ur time..jgn langsung xupdate dah lah..bersawang nanti blog ni

    ReplyDelete