Bab 20
‘Mak
ngah, ada nampak Armand tak?’ Tanya Farisha. Fatimah yang sedang menonton
cerita di televisyen laju menggeleng. Sepatah pun tidak berbunyi suaranya.
Concentrate betul.
Ish,
mana pulak dia pergi ni? Time aku nak jumpa dia, time tu dia nak menyorok. Time
aku taknak jumpa dia. Hah, menyendeng kat aku macam belangkas. Laju kakinya
memanjat tangga untuk ke bilik.
Bersinar
biji mata Farisha saat terpandangkan laptop Armand yang berada di atas meja.
Masih on lagi laptop ni. Dia ke mana. Bazir elektrik betullah dia ni. Eh, ada
email baru masuk.
From : Najiha
Am, I dah sampai. Jumpa you kat bawah pokok rambutan seberang sungai. Cepat. I tunggu. Miss you.
Girlfriend
dia ke? Amboi, dalam diam berisi. Siap kau. Mak ai, banyaknya email dari Najiha.
With love bagai. Email milik Armand di scroll ke bawah. Farisha tersenyum
nakal.
‘Hah,
buat apa tu?’ Armand menapak masuk ke bilik. Risha buat apa dengan laptop aku?
Jangan dia tumpahkan air sudah. Bukan pasal jugak dia ni. Kalau datang angin
dia, hancur.
‘Eh,
nothing. Oklah, keluar dulu.’ Ujar Farisha dan berlalu pergi. Armand
berkerut kening.
‘Fuh,
selamat. Nyaris-nyaris je kantoi tadi.’ Peluh dingin didahi Farisha dikesat
perlahan. Dadanya diurut. Macam orang dah buat salah pulak kan? Eh, memang
salah pun. Skodeng hak privasi orang lain. Tapi sape suruh tinggal laptop on
macam tu. Bukan salah aku sorang.
‘Jaga
kau Armand. Aku plan baik punya kali ni.’ Farisha mengilai dan menapak keluar
dari villa lavender. Gembira hati bukan kepalang lagi.
‘Eh,
Risha. Nak ke mana tu?’ Fatimah menyoal apabila ternampak Farisha yang
melenggang-lenggok dengan kepala ke kiri ke kanan. Biar betul budak ni??
‘Risha
nak keluar jap mak ngah. Ada hal.’ Ceria wajah Farisha. Fatimah sudah tayang
muka kehairanan sebelum kembali meneruskan kerjanya ber’dating’ dengan bunga
ros kesayangan.
‘Gembiranya
dalam hati.. bila nak buat jahat lagi… lalala’ Habis hancur lagu yang
elok-elok. Pencacat bahasa betullah kau ni Farisha. Farisha tersenyum meleret.
Kakinya laju menuju ke arah pokok ara di tepi sungai.
‘Tu
ke Najiha? Boleh tahan. Seksi.’ Farisha berlindung di balik pokok. Nasib baik
pokok ara itu besar dan boleh melindungi tubuhnya. Kalau tidak, hancur nak jadi
spy. Matanya dikecilkan cuba memfokus ke arah wanita yang berskirt senteng
dikenakan dengan tube pink.
Datang
akhirnya hero pujaan hati Najiha. Ewah-ewah, siap peluk-peluk lagi. Bestlah
Armand. Dapat barang free. Takpe, kejap lagi aku bagi korang merana pulak. Ni
ok lah, happy-happy. Tapi kan, gedik semacam je minah tu. Patutlah Armand
tergoda. Meliuk-liuk macam pokok kelapa tepi laut.
‘Apa
yang diorang cakap? Tak dengarlah.’ Baik aku gi join dorang. Baru class.
Farisha membetulkan rambut panjangnya yang diikat satu. Kemeja yang dipakai
dibuka satu butang. Dengan penuh lenggang-lenggok, dia menghampiri Armand.
‘Bie,
bie pergi mana tadi? Kata nak teman shopping. Eh, sape ni bie?’ Farisha memaut
lengan Armand. Hah, terbeliak biji mata kau dengar aku merengek-rengek macam ni
kan Armand? Aku boleh meliuk lagi hebat dari Hanan kau ni. Hahaha…
‘You,
siapa perempuan ni?’ Hanan cuba mempamerkan senyum plastiknya. Membara rasa di
hati melihat Farisha sedang memaut mesra lengan Armand. Armand pula tidak lepas
memandang Farisha yang berada di sisinya.
‘I
wife Armand. And you?’ jawapan dari Farisha jelas mengejutkan Hanan. Pucat
mukanya. Farisha sudah ketawa di dalam hati. Sudah tahu reaksi Hanan setelah
salam yang diberikan tidak bersambut.
‘I,
I gerak dulu Am. Ada hal.’ Ujar Najiha dan berlalu pergi. Armand tidak sempat
untuk mengejar kerana pautan tangan Farisha di lengannya tidak dilepaskan.
Farisha tayang muka tidak bersalah. Sempat dia mengerdipkan biji mata ke arah
Armand yang menahan marah.
‘Risha,
what have you done?’ Armand menolak kasar tangan Farisha di lengannya. Farisha
berdecit. Butang baju kemeja yang dibuka tadi dibutangkan kembali.
‘Patutnya
aku yang tanya macam tu bila kau sesedap kentang goreng je hancurkan ‘dating’
aku dengan Rizki kat ladang tea semalam.’
Farisha menyindir.
‘Gilalah
bercakap dengan kau ni. Orang tengah marah, kau boleh tersengeh macam taugeh
busuk pulak.’ Sambung Farisha apabila Armand mendiamkan diri. Menjengkelkan
betullah dia. Terencat emosi agaknya.
‘Are
you jealous?’ sela Armand dengan senyuman nakal dibibirnya.
‘Jealous??
Huh, never!’ laju sahaja jawapan yang diberikan Farisha sebelum berlalu
meninggalkan Armand gelak tak ingat dunia.
---------------
‘Aku
nak jealous? Huh, memang tidaklah. Mengarut je.’ Farisha mengomel sendirian.
Punggung dilabuhkan di atas buaian kain yang diikat pada kedua pokok kelapa
yang berada bersebelahan dengan villa Lavender.
Aku
mesti fikirkan cara nak singkirkan dia dari hidup aku. Think Risha, think. Apa
yang patut aku lakukan? Cara yang aku nak buat ni mesti smooth je. So, kak
Laila takkan suspect apa-apa.
Yelah,
memandangkan Armand tu ‘dijaga’ sepenuhnya oleh kak Laila. Aku taknak jugak
kalau nanti abang dengan kak Laila bergaduh sebab Armand. Maut si Armand tu aku
kerjakan.
‘Abang,
berapa kali Laila nak cakap ni? Laila dengan Armand takde apa-apa hubungan
istimewa. Hal yang dah lepas, janganlah nak diungkit pulak.’ Kedengaran suara
Laila kuat dari bilik yang didiaminya.
Farisha
yang mulanya berbaring bingkas bangun. Eh, tu suara kak Laila. Kenapa? Apa dah
jadi? Cepat-cepat Farisha bangun dan melangkah mendekati bilik yang dihuni
Laila dan Daniel sekeluarga.
‘Bukan
abang tak nak percaya, tapi bila tengok Laila berkepit dengan Armand tu,
fikiran abang terus lain. Abang tak boleh nak tipu diri abang sendiri. Sakit
sangat rasa hati ni.’ Daniel bersuara.
Bila
kak Laila berkepit dengan Armand ni? Aku tak nampak pun. Armand tu pun selalu
dok menyempit dekat aku tak kira masa. Sampai aku naik menyampah. So bila pulak
dia berkepit dengan kak Laila ni? Ada yang aku tak tahu ke? Gerutu Farisha.
Badannya disandar membelakangkan dinding bilik.
‘Abang,
Armand tu husband Risha. Automatiknya dia dah jadi adik ipar Laila. Adik ipar
kita. Hal yang lepas tu dah basi pun. Yang abang nak ungkit-ungkit ni pasal
apa?’ Laila bersuara lemah. Pening kepalanya memikirkan masalah yang
macam-macam ni.
‘Mungkin
Laila fikir macam tu. Tapi Laila tau ke apa yang ada dalam fikiran Armand.
Abang lelaki dan abang tahu kalau Armand masih menaruh perasaan pada Laila.’
Daniel meninggi suara. Walaupun Armand ada mengaku pada aku tentang perasaan
dia pada Laila dan Risha, jangan harap semudah tu je aku nak percaya. Aku
takkan mudah terpedaya.
‘Astagfirullah
hal azim, abang. Apa yang abang mengarut ni? Cuba bawakkan mengucap.’ Laila
mengurut dada. Tak sangka sejauh tu tanggapan Daniel terhadap Armand. Daniel
yang berlalu pergi diiringi dengan air mata yang berjuraian jatuh membasahi
pipi.
Armand
bukan seperti yang abang sangka. Laila kenal sangat dengan Armand tu. Laila
juga takkan korbankan masa depan Risha kalau tindakan Laila untuk satukan
mereka hanya sia-sia. Dulu, mungkin Laila cintakan Armand. Tetapi sekarang
Laila dah kawin dengan abang. Laila dah serahkan hati Laila pada abang.
Kalaulah
abang tahu Armand tak pernah taruh perasaan cinta pada Laila dari dulu sampai
sekarang, apa agaknya reaksi abang? Sepanjang Laila bersama Armand, kami
harungi suka duka bersama, tapi sekali pun Armand tak pernah kata yang dia
cintakan Laila.
Laila
tak memaksa. Laila tahu Laila hanya budak kampung. Masa belajar kat Australia
dulu, Armand banyak tolong Laila. Laila terhutang budi pada dia. Laila tahu,
hubungan kami pun hanya atas dasar simpati.
-------------
Mana
pulak Armand ni? Time aku perlukan dia, time tu jugaklah dia hilang. Call pun
tak dapat. Adoi, susahlah macam ni. Kaki aku nak nak tercabut dah ni.
Ha,
tu pun dia. kat sini dia menyorok rupanya. Dia tengah buat apa tu? Nak kata
memancing, alat pancing dalam beg tu tak disentuh pun. Dibiarkan je kat tepi
pokok. Apa yang ditengoknya dalam anak sungai tu? Ada jumpa ibu kaloi ke?
‘Armand.’
Laung Farisha sambil berjalan laju ke arah lelaki itu.
‘Pekak
ke apa mamat ni?’ gerutu Farisha perlahan apabila tiada tindak balas dari
Armand. Armand masih juga merenung anak sungai itu. Armand yang sudah berada di
sisinya tidak dihiraukan.
‘Woi,
Armand!’ Jerit Farisha rapat ke telinga Armand. Tergelak kecil dia apabila
Armand yang jelas-jelas terkejut terduduk di atas rumput kering.
‘Apa
ni jerit-jerit?’ Soal Armand perlahan. Armand bangun dan menyapu seluarnya yang
melekat dengan rerumput kering.
‘Ai,
suara lemah semacam je ni. Kenapa? Putus cinta ke?’ perli Farisha laju. Armand
menjongket bahu. Masih tidak bersuara.
‘Kau
marah kat aku ke?’ mati aku kalau dia marah dan merajuk dengan aku. Plan aku
nak jadi macam mana tanpa dia ni?
Armand
melepaskan keluhan berat. Dia berjalan menyusuri anak sungai. Meninggalkan
Farisha yang termanggu-manggu sendirian. Entah kenapa, panggilan telefon yang
baru diterima sebentar tadi mengganggu fikirannya.
‘Armand,
aku minta maaf kalau aku ada sakitkan hati kau. Tapi kau dulu yang sakitkan
hati aku. So, fair and square lah kan.’ Farisha menyambung. Cuba dikawal
intonasi suaranya supaya maintain lembut. Dia menyaingi Armand yang berpeluk
tubuh menghadap anak sungai.
‘Risha,
esok ikut abang.’ Armand berpaling. Bahu Farisha dipegang kemas. Serius
mukanya. Farisha telan liur.
‘Wei,
kau apasal?’ terkebil-kebil biji mata Farisha memandang Armand. Tangan Armand
dibahunya ditepis kasar. Berdebar jantung aku kot. Dahlah si PG ni wangi nak
mampus bau dia. Tergugat iman aku kejap.
‘Boleh
Risha tolong abang?’ soal Armand. Farisha yang tidak tahan dengan renungan yang
diberikan Armand mengalihkan pandangannya.
Tolong?
Tolong apa? Farisha menggarukan kepalanya yang tidak gatal. Berkerut dahinya
memikirkan pertolongan yang diminta Armand.
‘Aku
akan tolong kau apa sahaja asalkan kau sanggup buat sesuatu untuk aku. Boleh?’
Farisha menjongketkan sebelah keningnya. Armand tayang muka kusut.
‘Anything
for you dear.’ Putus Armand akhirnya. Farisha tersenyum. Senang je nak pujuk
Armand ni. Takpe janji plan aku jalan.
‘Ingat.
Semua ni hanya lakonan je. Kau jangan nak melebih-lebih. Nahas kau nanti.’ Ugut
Farisha.
‘Dah.
Jom.’ Tangan Armand ditarik. Jemarinya bertaut dengan jemari Armand. Mereka
berjalan mendekati yang lain di meja makan.
‘Hai
semua.’ Farisha senyum plastik manakala yang lain sudah melopong tatkala tangan
Armand melingkari pinggang Farisha. Tidak terkecuali Daniel yang molopong sama
sambil menenyeh matanya berulang kali. Laila hanya tersenyum.
Farisha
melabuhkan punggung di atas kerusi yang ditarik Arrmand. Senyuman masih tidak
lekang dibibir mereka berdua sedari tadi. Bajet bahagia gitu. Armand duduk
bersebelahan Farisha.
‘Jemputlah
makan semua. Kalau dah sejuk lauk ni, tak sedap pulak.’ Fatimah bersuara
apabila suasana di ruang makan itu tidak seperti yang sepatutnya. Ayam masak
merah dicedok dan diletakkan ke dalam pinggan Ismadi.
‘Yang
kamu semua ni duduk merenung Risha dengan Armand dari tadi, tak rasa lapar ke?’
sindir Ismadi pula. Korang tak nak makan sudah, aku lapar. Nasi disuapkan ke
dalam mulut.
‘Apa
ni, main raba-raba pulak!’ Farisha berbisik di telinga Armand. Mana tidaknya.
Dari tadi tangan Armand memicit-micit pahanya. Rimas tau tak! Aku bukannya sakit kaki pun.
Armand
buat tidak endah. Semakin giat tangannya dipaha Farisha. Farisha sudah tak
senang duduk. Kegelian. Semakin ditepis, semakin menggila pulak tangan Armand
ni. Gatal tak bertempat.
‘Risha,
kenapa?’ soal Laila pelik. Dari tadi diperhatikan tingkah laku Farisha yang
serba tidak kena. Atas kerusi ada jarum ke?
‘Takde
apa-apa. Bawah kerusi ni macam ada nyamuk pulak.’ Balas Risha sambil tangannya
berpura-pura mengibas bawah meja. Armand tersenyum.
‘Aduh!’
jerit Armand perlahan. Laju dia menarik tangannya yang berada dipaha Farisha.
‘Kamu
pun kena gigit nyamuk ke Armand?’ tanya Fatimah yang melihat Armand
menggosok-gosok belakang tangannya.
‘Ha’ah
mak ngah. Nyamuk besar. Bahaya betul nyamuk kat sini.’ Jeling Armand kepada
Farisha disebelahnya. Jelas sangat Farisha sedang menyembunyikan senyumnya.
Padan
muka. Kan dah merah tangan putih kau kena cubit. Gatal lagi. bukan salah aku
tau. Salah kau. Farisha tersenyum menunduk sambil menyuap nasi ke mulutnya.
Armand disebelah tidak puas hati.
---------------
‘Kalau
kau nak balik, kau jelah balik sorang. Nak babitkan aku pula kenapa?’ marah
Farisha berapi. Nasib baiklah bilik mereka tertutup rapat. Ada juga privasi.
‘Abang
dah tolong Risha. So sekarang Risha kena tolong abang pulak. Risha dah setuju.
Jangan nak ingkar janji pulak. Tak lama pun. Seminggu je.’ Ujar Armand. Farisha
merengus.
Ayah
ngah pun satu, boleh je biarkan Armand bawa aku balik rumah dia. nanti
dijualnya aku macam mana? Lagi satu, abang Daniel. Bukan ke dia tak ngam dengan
Armand? Kenapalah boleh jadi ‘lurus’ mengikut ke kata-kata Armand tadi?
‘Tak
lama? Seminggu tu tak lama kau kata? Apa bengong..’ tidak jadi Farisha
meneruskan kata-katanya apabila bibir Armand sudah memaut kasar bibirnya.
‘Apa
yang kau buat?’ terketar-ketas suaranya. Farisha menolak kasar tubuh Armand menjauh.
Terketar-ketar tangan memegang bibir sendiri. Sebiji macam yang jadi kat dalam
mimpi aku.
‘Don’t
you ever talk to me rudely like that. Or more than this kiss I would do. No
more ‘kau’ ‘aku’.’ Armand mengugut. Turun naik dadanya. Bukan kerana marah.
Kerana tertarik dengan apa yang dilakukan ka atas Farisha sebentar tadi.
Pantas
Farisha menutup bibirnya. Eww, gross! Meremang bulu tengkuknya saat
terpandangkan Armand dengan senyum gatal yang masih di bibir.
‘Perverted
guy.’ Ujar Farisha perlahan tetapi masih dapat didengari Armand. Armand
membulatkan matanya.
‘Apa
Risha cakap??’ Armand mendekati Farisha. Matanya dikecilkan memandang gadis
itu.
‘Takde
apa-apa. Ok. Sha ikut Am.’ Farisha kalut. Hilang sudah kau dan aku dibibirnya.
Armand tersenyum kemenangan.
‘Sha?
Am? That sound interesting.’ Armand mengusap dagu sendiri. Memikir-mikir
panggilan yang diberikan isterinya itu.
‘You
too. Keep your promise and behave yourself.’ Sengaja ditekan perkataan behave
itu.
‘Dah.
sekarang Sha boleh kemas baju. Pagi esok kita berangkat.’ Armand berlalu masuk
ke dalam bilik mandi. Tuala yang tersangkut di penyidai dicapai.
Macam
haram! Dahlah tuala aku juga dipakainya. Tuala sendiri ada, taknak pakai. Ni
nak kena kemas baju pulak. Malasnya. Gerutu Farisha seraya keluhan berat
dilepaskan. Beg dibawah katil tetap juga dikeluarkan.
Armand
yang baru keluar dari bilik mandi hanya memerhati Farisha yang leka memasukkan
pakaiannya ke dalam beg. Kecik je beg dia ni. Muat ke nak masukkan baju untuk
pakai seminggu? Diperhatikan beg bulat Garfield milik Farisha yang berada di
atas katil.
‘Am.
Tak reti nak pakai baju ke?’ Farisha bersuara tanpa memandang kea rah Armand.
Armand memerhatikan tubuhnya yang hanya bertuala putih paras pinggang ke lutut
itu.
‘Kenapa?
Sha tergoda ke dengan keadaan abang macam ni?’ Armand menguji. Cekak di rambut
panjang Farisha dilepaskan.
‘Awak
ni dah kenapa?’ Farisha turut bangun dan memandang tajam ke ara Armand. Armand
tersenyum.
Mamat
ni ada masalahlah. Sikit-sikit senyum. Sikit-sikit nak gelak. Entah apa yang
lawak aku pun tak tahu. Dahl ah cacat kritikal. Tapi sebab cacat kritikal ni
jugaklah buat aku leleh sekejap. Eh ye ke? No way!
‘Rambut
Sha cantik. Kalau dibiarkan lepas macam ni lagi cantik.’ Armand mengelus manja
rambut Farisha yang sudah terbuka sanggulannya.
‘Bak
sini balik cekak rambut tu.’ Farisha merampas kasar. Tanpa imbangan yang
stabil. Armand jatuh menghempap tubuh Farisha sebelum mereka ‘landing’ cantik
atas katil.
Aduhai,
camne boleh jadi macam ni pulak? Farisha cuba untuk bangun. Tetapi tubuh Armand
yang berat menghempapnya menyukarkan kerja. Muka Farisha dipalingkan ke sisi.
Tidak rela menatap wajah Armand yang tersenyum gatal.
Kena cek balik gf armand tu nama najiha atau hanan
ReplyDeletexsempat nk update... bz sket.. btw, thanks for the comment..
ReplyDeleteIts ok..take ur time..jgn langsung xupdate dah lah..bersawang nanti blog ni
ReplyDeleteNovel ni dah dibukukan ke?
ReplyDelete