Saturday 23 February 2013

You're mine, only mine! BAB 6




Bab 6
            Farisha membaca email kiriman Dean kepadanya berulang kali. Latar belakang perempuan yang bernama Ina berada di tangannya. Pisau cukur rupanya. Mangsa-mangsanya semua orang kaya. Perempuan ni memang mengejar harta kenamaan betullah.
            Mangsa baru aku, Ina. Ok, takpe. Aku tau ape aku nak buat dengan perempuan macam ni. Dia salah cari mangsa nampaknya. Harap je belajar tinggi-tinggi tapi ni jalan yang kau pilih ye perempuan? Takpe, kau tunggu. Kunci kereta diambil dan Farisha melangkah keluar dari bilik hotel.
            ‘Hana, kau kat mana sekarang?’ sapa Farisha kepada Hana yang berada di hujung talian. Alarm kereta ditekan. Farisha masuk ke dalam kereta dan enjin dihidupkan.
            ‘Aku kat rumahlah. Kenapa?’ Hana di hujung talian menyoal.
            ‘Ok. Aku on the way gi umah kau. Kau free tak? Macam biasa.’ Farisha menerangkan niat sebenarnya. Tidak sah kalau kerja ni dilakukan sendirian. Hana mesti ada sekali. Hana adalah sahabat sejak di bangku sekolah lagi. Hana dan Farisha bersahabat hampir 10 tahun. Setiap kali ada kes yang melibatkan Daniel, Hana akan turut serta turun padang bersana Farisha.
            ‘Ok. Aku bersiap sekarang. Agak-agak pukul berapa kau sampai?’ Hana bersetuju. Best kot kalau bab nak ambush orang ni. Tambah-tambah kalau pergi dengan Risha. Hot kau!
            ‘Aku dah sampai pun. Kat bawah ni. Kau turunlah.’ gelak Farisha. Jarak rumah Hana cuma 5 minit dari hotel kak Laila. Lambat lagi ke Hana nak turun. Naik kematu aku tunggu minah ni. Baik aku pasang CD. Boleh jugak layan mood. Hurm, nak pasang CD ape eh? Koleksi CD dalam album dibelek perlahan. Diambilnya CD kumpulan Big Bang dan dimasukkan dalam CD Player keretanya.
            Farisha mengikut rentak lagu yang dimainkan. Lancar dibibirnya lirik lagu When It’s Raining dinyanyikan. Farisha memejamkan matanya menikmati lagu-lagu yang berkumandang dalam kereta. Seat dijatuhkan.
            ‘Woi, Rish! Jom gerak. Sorry buat kau tunggu lama.’ Hana muncul dan terus masuk ke dalam kereta. Seat belt dipakai. Hish, Rish ni pun satu. Dengan pintu tak berkuncinya. Dia pulak boleh sedap-sedap tidur. Bahaya betullah. Kang kena ragut ke, apa ke. Naya!
            ‘Lamanya kau bersiap. Aku dah terlena tunggu kau kat sini.’ Farisha tayang muka meluat. Hana kalau bab bersiap memang lama. Bukan nak keluar dating pun. Keluar dengan aku je kot. Kereta bergerak pergi meninggalkan kawasan kediaman Laguna Height.
            ‘Ala, kau macam tak kenal aku pulak kan. Aku mana boleh keluar tak make up ni. Rambut kena jugak touch up.’ Gelak Hana sambil melihat imejnya melalui cermin kereta.
            ‘Tak yah nak touch up beria sangatlah. Kau nak kuar dengan aku je kot.’ Ujar Farisha malas.
            ‘Yelah. Eh, kau tau ke mana nak cari minah tu?’ tanya Hana. Dia difahamkan bahawa tugas mereka kali ini tetap melibatkan Daniel. Daniel ni pun satu, bini dah ada kat rumah pun masih nak cari lain. Tak faham betullah aku dengan abang Rish ni.
            Kereta diparkir betul-betul dihadapan kelab HotStuff. Ish, ramai pulak orang malam ni. Ada party ke kat dalam? Semua yang masuk berteman pulak tu. Salah time ke aku datang ni? Berdasarkan maklumat yang Dean bagi petang tadi, minah tu selalu jugak lepak kat sini malam-malam.
            ‘Hana, kau ada idea tak macam mana kita nak masuk dalam?’ Farisha garu kepalanya yang tidak gatal. Plan malam ni mana boleh cancel macam tu je. Rugi masa yang ada. Aku dah lah tak boleh berlama kat sini. Tu kes ladang, bukannya settle 100% lagi.
            ‘Aku ada idea. Jom!’ kata Farisha dengan mata yang bersinar-sinar. Farisha keluar dari kereta bersama Hana. Pandai kau ajak aku menyelit di kalangan manusia yang nak masuk ni kan Hana. Mana kau belajar taktik ni? Awesome!
            ‘Kita masuk je. Jom.’ Hana keluar dan membukakan pintu Farisha. Farisha teragak-agak untuk keluar. Hish, biar betul Hana ni. Tak sanggup aku nak masuk tempat macam ni. Farisha berlari mendapatkan Hana yang sudah jauh ke depan. Hana, tunggu aku!
            Bingit kedengaran muzik yang dimainkan. Kat luar tadi takda pulak dengar muzik kuat macam ni. Bila masuk je, mak ai macam nak pecah telinga aku dengar. Ni kalau keluar ni, sah-sah pekak sekejap. Tak paham aku dengan orang kat dalam ni. Boleh duduk sini lama dan hari-hari datang. Bukan telinga je sakit, mata aku pun sakit.
            Diperhatikan gelagat manusia-manusia yang berada dalam kelab. Semua terkinja-kinja macam beruk kacuk kangroo. Pakaian si perempuan usah cakap la. Seksi maut. Macam mat saleh dah. kulit je lain. Kalau badan lawa takpe. Ni kang, haih, malu nak cerita. Lelakinya pulak yang sopan menutup aurat. Majoriti dalam ni pulak adalah orang Melayu. Hish, memalukan kaum Melayu je.
            Farisha dan Hana mengambil tempat duduk yang agak tersorok dari pandangan. Bagus jugak lah suasana dalam kelab ni gelap hanya diterangi lampu kelip-kelip macam kat fun fair tu. Senang sikit kerja aku. Dari tempat duduk mereka, masih mampu melihat manusia yang terkinja-kinja. Ada juga yang memegang botol arak di tangan. Lelaki perermpuan, sama sahaja.
            Sedang mata leka memerhatikan suasana di dalam kelab itu, pandangan Farisha tertancap pada sepasang merpati sejoli yang sedang memadu asmara. Ina! Kau dapat habuan baru ke? India pun kau sapu? Ni  mesti poket berkepuk jugak kan? Hebat lah kau. Hana disebelah yang terangguk-angguk mengikut rentak lagu yang dimainkan dicuit.
            ‘Sana tu.’ Farisha memuncungkan bibirnya ke arah Suraya. Hana turut memandang ke arah yang sama. Wow, patutlah Daniel boleh terpikat kat kau. Cantik jugak kau ni kan? Muka pan-asian gitu. Seksi habis pulak tu. Subang kat pusat tu yang ngeri nak tengok. Komen Hana di dalam hati.
            ‘Kita tunggu dia keluar dari kelab ni. Baru boleh bertindak.’ Jelas Farisha sambil meneguk perlahan air Coke yang dipesan sebentar tadi.
            ‘Apa kau cakap?’ Hana mendekatkan telinganya ke Farisha. Bunyi muzik yang kuat menyukarkan perbualan mereka.
            ‘Kita tunggu minah tu keluar dulu.’ Farisha menguatkan suaranya. Jam sudah mengingak ke pukul 2 pagi. Hish, minah ni tak reti nak balik rumah ke? Dah pagi ni. Aku pun dah mengantuk tahap kritikal dah ni.
            ‘Woi, minah tu keluar dah la. Jom.’ Farisha menyiku lengan Hana. Serentak itu senyuman Hana mati. Kacau lah pulak Risha ni, aku baru nak enjoy dalam ni. Tangan dilambai kepada dua orang jejaka yang berada di meja sebelah sebelum dia bangun membuntuti langkah Farisha di hadapan.
            Ina dilihat berjalan terhuyung-hayang di depan mereka. Kunci kereta diambil dari tas tangannya dan butang alarm ditekan. Enjin kereta dihidupkan. Farisha memandu mengekori kereta Ina dari belakang. Eh, ni jalan ke villa DaVinci. Villa abang Daniel! Nampaknya betul apa yang kak Laila kata.
            Farisha memberhentikan kereta agak jauh dari pintu pagar villa DaVinci. Lampu kereta dimatikan. Seingatnya sudah lama Daniel tidak balik ke villa itu. Katanya villa itu perlu diselenggara. Oh, Ina yang jadi tukang selenggara rupanya.
            Kunci pendua dalam dashboard kereta diambil. Farisha tersenyum penuh agenda. Hari ni hari aku nampaknya. Bersedialah kau Ina! Apabila lampu villa ditutup, Farisha dan Hana memulakan langkah mereka. Pintu kecil di sebelah main gate dibuka menggunakan kunci pendua di tangannya.
            Perlahan-lahan mereka menyelinap masuk takut disedari. Beg kertas yang berada di tangan Hana dipegang kemas. Farisha menekan security code pada pintu utama. Pintu dibuka perlahan. Torch light di dalam beg kertas dikeluarkan.
            Farisha melangkah ke anak tangga untuk ke tingkat atas. Dengan penuh berhati-hati pintu bilik utama dibuka. Mereka memanjat tangga menuju ke tingkat atas. Diatur langkah perlahan menuju ke bilik utama. Pintu bilik dibuka dengan berhati-hati.
            ‘Risha, nak letak mana benda alah ni?’ tanya Hana perlahan sambil menunjukkan beg kertas yang dibawanya.
            Tidur mati ke minah ni? Tangan dilambai-lambai di depan muka Ina. Sah, memang tido mati. Perlahan Farisha mendekati Hana semula. Isi di dalam beg kertas dikeluarkan dan diletakkan di hujung kaki katil tempat tidur Ina. Tidak dilupakan beberapa keping gambar di dalam envelope diletakkan berhampiran.
            ‘Jom!’ Farisha menarik tangan Hana untuk pergi dari situ. Dikhuatiri kehadiran mereka disedari Ina.

2 comments: